Tuesday, December 6, 2011

Letak Status Yang Baik-Baik Di Facebook Dan Twitter Untuk Tunjuk Diri Bagus Dan Riak?






Assalamualaikum w.b.t 

Aku ada terniat. Kalau boleh aku nak cuba tulis entri yang pendek-pendek. Macam dua, tiga perenggan dan post. Baru boleh update blog selalu. Ada saja idea, tulis dan post. Tak macam sekarang ni berblogging, kena hold sekurang-kurangnya dua hari untuk satu entri. Lembab kan? Dah agak dah yang tu yang korang akan cakap. Aku terima dengan redha. 

Tapi memang tak dinafikan pun. Aku suka membebel. Kalau tak tulis entri mencecah lantai tu tak sah la. Bukan Blog Hami Asraff la tu. Tak percaya pi ushar entri-entri lama aku. Memang panjang berjela dan jenuh nak membaca. Bila idea datang tu punya la khusyuk sampai tak sedar menaip. Macam dalam khayalan. Wah boleh begitu? Nampak tak? Dua perenggan dah merepek. Mahu la tak panjang. 

Jadi mari terus pada agenda entri. Aku memang sangat suka pada 'Quotes'. Pernah tulis dalam entri 'Quotes' Itu Adalah Nukilan Spontanku Sekiranya Tiada Nama Penciptanya.

Perasaan yang aku boleh kata semua ada. Empat huruf sahaja untuk membentuk perkataannya. R.I.A.K. Sebut perkataannya pun dah terasa macam riak. Oh setiap manusia sentiasa dihasut oleh perasaan ini. Dihantui oleh sesiapa sahaja. Sama ada sedari ataupun sebaliknya. Yang pastinya riak ini terlalu dekat dengan manusia. Jadi awas dan berjaga-jagalah. 




Begini. Mari aku beri contoh supaya lebih difahami. Aku memang sangat suka kata-kata hikmah. Dekat blog aku ni pun suka membina kata-kata hikmah sendiri. Turut dituruti di Twitter mahupun Facebook. Dan kata-kata hikmah aku selalunya berunsur kebaikan, motivasi dan islamik. Tetapi biasalah, bila ada kata-kata begini dikongsi di social network ada saja cakap-cakap manusia. Yang tak puas hati. Anda pasti ada? Ada je. Dalam entri Tidak Terungkap Dengan Kata-Kata. Maka, Aku Luahkan Segalanya Di Sini panjang lebar aku elobrate.

“Dia ni asyik nak letak kata-kata hikmah je. Eleh nak tunjuk bagus la tu. Nak tunjuk yang dia berilmu la tu. Nak menunjuk-nunjuk la tu. Blah la lu!” 

See. Ada je yang akan bercakap-cakap. Sama ada diluahkan pada diri sendiri atau dikongsi pada rakan-rakan. Dengan harapan semua orang tahu dia tu nak tunjuk bagus. Hmmmm, macam ni la. Aku bentukkan dialong kiasan di bawah.


 Si A: Kau tahu mana yang dia tu nak tunjuk bagus?

Si B: Eleh, aku kenal la dia tu. Dia tu biasa-biasa je. Bukan bagus sangat pun. 

Si A: Lor, habis tu nak luar biasa ke nak sebar kebaikan? 

Si B: Tak la. Sekurang-kurangnya dia kena ada ilmu, bertauliah. Baru boleh sebar ilmu. 

Si A: Pulak dah. Aku rasa tak salah pun. Malahan bagus apa. Benda baik kena la nasihat. Tegur. Ingat mengingati. Selagi tidak bercanggah dengan syariat, ambillah.

Si B: Tapi dia kongsi tu nak menunjuk-nunjuk. Riak je lebih.

Si A: Eh kau ni memandai je. Mana kau tahu dia nak menunjuk-nunjuk? Katakanlah, dia langsung tak menunjuk-nunjuk. Langsung tak rasa riak. Niat dia memang nak berkongsi. Macam mana?

Si B: Alaaa, kalau tak riak tak perlu nak berkongsi selalu. Mengharapkan orang Like (Facebook) dan Retweet (Twitter) status tu.

Si A: Ishhh, sebab apa kau kata dia mengharap pulak? Bukti?

Si B: Tak perlu bukti. Aku tahu sangat la. 

Si A: See. Dalam hal ni aku nampak kau yang lebih serkap jarang. Kau yang fikir banyak sangat tentang dia. Kau yang fikir buruk-buruk tentang dia. Cubalah kau fikir positif. 

Si B: Okey okey. Andai kata dia betul-betul riak macam mana? 

Si A: Tegurlah dia. Tetapi jangan la tegur secara umum. Tegurlah secara berhikmah. 

Si B: Macam mana? 

Si A: Tegur la dia dari Inbox Facebook ke, Direct Message Twitter ke, Email ke, YM ke. Antara kau dan dia. Kan cantik macam tu. 

Si B: Kalau dia tak nak terima? 

Si A: Dah cuba tegur? Cuba dulu. Selebihnya doa. 

Si B: Aku cuba. 



Tamat dialog rekaan sendiri. Panjang pulak. Tapi itulah salahnya orang kita. Selalu sangat nak fikir negatif terhadap orang lain. Terus-terusan fikir negatif pada orang tu. Cuba ambil positif dulu dari negatif. Cuba lihat perkara kebaikan dulu dari kejahatan. Cuba ambil yang baik-baik dulu. Dah cuba? Belum? Jadi cuba dulu. 

Fikirkan sejenak. Anda terus mencari kesalahan orang tu, tapi orang tu rileks dan happy. Sikit pun tak peduli tentang anda. Lepas tu anda sebar pada orang lain yang dia ni nak tunjuk riak, nak tunjuk bagus. Orang itu terus gembira dan bahagia. Lepas anda sebarkan semua tu, orang tu buat derk, anda sakit hati. Lepas tu apa jadi? Anda terus sakit hati kan? Untung tak dapat. Malah rugi yang banyak. 

Jika memang dia nak tunjuk yang dia baik, tetapi sebenarnya dia tak baik, maka berdoa la supaya dia menjadi insan yang baik. Insan yang tidak riak. Haruslah ingat sentiasa di hati dan minda, apabila kita menasihati orang lain kebaikan adalah secara tak langsungnya nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu. Sama juga, kalau nak pandai dalam sesuatu tu, cuba mengajar orang. Ha tahu pun kan? Jadi berhenti terus berfikiran negatif pada orang lain. 

Jika asyik mencari kesalahan manusia dan terus menindas manusia tersebut, bermakna anda terlupa tentang kesilapan diri sendiri. Ingatlah setiap orang ada kebaikan dan keburukkannya. Setiap orang mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jadi sekiranya ada insan yang mahu berubah ke arah yang lebih baik, bantulah beliau. Bukan mencaci, bukan menghina sebaliknya bersyukurlah. Berdoa dan berbahagialah untuknya. Memang Kita Tidak Mampu Puaskan Hati Semua Orang. tetapi kita cubalah yang terbaik untuk diri sendiri, di samping menyebarkan kebaikan pada semua orang.

Boleh? Boleh jika kita semua mahu. InsyaALLAH mari kita sama-sama menasihati satu sama lain. Yang salah tegur. Tetapi tegurlah secara berhikmah. Boleh lihat ruangan PEDOMAN di sidebar blog aku ini. Hayatilah maksud yang cuba Imam Hassan Al Basri sampaikan. Yang paling penting Utamakan Pandangan ALLAH Daripada Penilaian Manusia.  Tegurlah aku sekiranya aku ada salah.

Wallahu’alam. 


 Wassalam.

Hami Asraff:

"Bersyukurlah sekiranya masih ada yang mahu menasihati kita ke arah kebaikan. Itu tandanya orang itu peduli. Tidak mahu kita terus hanyut."


Sunday, December 4, 2011

Berjumpa Dengan Penulis Yang Aku Kagumi


Assalamualaikum w.b.t

Pesta Buku Karangkraf. Jarang ambil tahu. Bila dah dapat tahu dah habis. Selalu begitu. Paling menyakitkan hati dan sanubari ialah apabila Karangkraf berkenaan terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Okey tadi berkesempatan menjengah ke sana. Amatlah rugi sekiranya tidak menyoping (kata dasar adalah shopping) sebakul dua buku-buku kat Pesta Buku berkenaan. Diyakini amat murah sekali.

Maka bergegaslah aku ke sana bersama seorang sahabat (tukang pegang bakul). Bajet banyak buku pulak kan nak beli. Dalam kepala hanya sebuah buku saja yang aku cari. Memang manusia ramai. Melimpah ruah juga. Agak kesukaran untuk mengadakan sesi pencarian buku yang telah diidamkan. Secara tiba-tiba terpandang seorang mamat memegang buku berkenaan. Tanpa berselingkuh dan rasa malu aku bertanya di mana terletaknya buku itu.

Dipendekkan cerita pencarian aku berhasil. Kat bawah ni lah raut wajah buku berkenaan. Buku hasil karya penulis yang aku kagumi.



Memandangkan diskaun 30% daripada harga asal, jadi tidak manis sekiranya aku hanya membeli sebuah buku sahaja. (Macam tu pun ada). Jadi aku menyambar satu lagi. Juga dari penulis yang sama.



Dapatlah 2 bijik. Aku sebut buku ya di atas? Sebenarnya ianya adalah sebuah novel. Novel pun adalah sebuah buku juga.

Setelah berhempas pulas membuat pusingan di dalam Karangkraf berkenaan, mahu berangkat kaki pulang. Dalam hati memang teringin nak berjumpa dengan penulis novel di atas. Seriously teringin gila. Sejak aku mengumpul karya-karya beliau 6 tahun lepas.

Dan keteringinan itu akhirnya direalisasikan.



Inilah penulis novel yang aku kagumi itu. Ramlee Awang Murshid. Novelis THRILLER No.1 Malaysia. Alhamdulillah berkesempatan jumpa dan menangkap gambar dengan beliau. (Abaikan plastic beg Sinar Harian ditanganku)



Tandatangan penghargaan daripada beliau.

Ada orang kata, "Macam perempuan la weh baca novel."

Aku gelak saja dan tersenyum. Balas aku, "Hang bacalah novel-novelnya dulu. Sebelum hang nak judge apa-apa. Lepas tu sila beri komen pada aku. Tapi pastikan khatam semua novel-novelnya. Setuju?"

Aku dah ada 18 koleksi novel daripada beliau. Siapa peminat novel beliau pasti tahu betapa superbnya hasil karyanya. Ya sangat superb sehingga aku sangat mengagumi. Berharap menjadi sepertinya suatu hari nanti. Angan-angan. Mungkin jadi kenyataan? Wallahu'alam.

Wassalam.

Hami Asraff:

"Menyepi bukan sepi. Menyepi bukan sendiri. Menyepi mencari Nur Ilahi. Moga kita semua terus mencari. Jaga diri. Jaga hati. Jaga peribadi."