Assalamualaikum w.b.t Entah apa yang bergelodak di hati sekarang ni. Fikiran menerawang jauh. Sejauh alam. Kenangan pula singgah di sini. Di layar memori. Di setiap lipatan relung masa. Terjebak dan terus terbenam di sudut dalam minda. Digam kuat. Memang tidak mampu melepaskan diri. Keluhan demi keluhan dilepas. Aku tahu keluhan tidak mampu mengubah apa-apa. Mungkin meredakan sedikit ketegangan yang dirasa. Tetapi kadangkala langsung...
Assalamualaikum w.b.t Aku rindu. Aku rindu mahu membebel di blog. Seperti dulu dulu. Sewaktu aku mula-mula terjebak dalam arena blogging. Tiap-tiap hari ada saja titipan entri di sini. Ah, masa berlalu. Keadaan mengeliru. Suasana hilang satu persatu. Masa depan yang kita sendiri tidak tahu. Itu kehidupan. Mungkin aku bukan blogger sejati? Mungkin. Apakah definisi seorang blogger sejati? Aku sendiri tak pasti. Adakah perlu...
Assalamualaikum w.b.t Jumpa lagi kita di waktu dan hari yang telah-telah bukan hari yang sama. Kegiatan untuk mengupdate blog kian hambar. Hambar sehingga aku membiarkan Blog Hami Asraff ini terdampar. Begitu sahaja. Tanpa belas kasihan. Ah, manusia makin tidak kasihan kepada manusia lain. Okey itu cerita lain. Mahu berkongsi sesuatu lagi dengan anda. Biasalah aku apabila kesukaran untuk melelapkan mata dihabiskan dengan aktiviti...
Assalamualaikum w.b.t Bukan semua yang kita impikan mampu menjadi milik kita. Perlu disemat kemas di dada. Juga kewarasan minda dipengaruhi bersama. Berwaspada dengan setiap langkah. Bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Belajar mencari jalan penyelesaian. Inilah kehidupan yang harus kita jalani dan fahami. Manusia tidak akan senantiasa berada di atas. Di bawah juga. Sampai suatu ketika akan jatuh terjelepuk dan sukar untuk bangun lagi....
Buat itu salah. Buat ini tidak kena. Bercakap ini dikatakan bongkak. Berkata begitu dicakap riak. Tulis begini dikritik. Tulis itu dihentam. Apa lagi tidak kena wahai sang manusia?Manusia. Makhluk yang mempunyai akal budi. Makhluk yang tersangat aneh. Makhluk yang tidak pernah puas. Makhluk yang misteri. Makhluk yang unik. Makhluk yang terlalu banyak ragam. Makhluk yang baik. Makhluk yang jahat. Makhluk yang kejam. Makhluk...