Kita Beri, Kita Akan Dapat Lebih Lagi. Jangan Takut Untuk Memberi.

August 16, 2016




Keluar rumah 6:30 pagi. Sampai rumah pukul 12:00 tengah malam. Rutin seharian sebagai seorang Perancang Kewangan. Alhamdulilah aku enjoy dan happy. Bekerjalah sebagai apa  pun, paling penting kau buat kerja dengan ikhlas. Itu antara perkara penting di antara terpenting.

Macam biasa aku perlu keluar rumah seawal pagi. Lagi awal lagi bagus. Alasannya cuma satu. Tak sanggup aku nak hadap jem yang berliku panjang. Perjalanan dari Seksyen 7 Bandar Baru Bangi ke Prudential Jaya 33, Petaling Jaya lebih kurang 30km sahaja. Tapi kalau kau keluar lambat sikit, nesaya kau akan terperangkap dalam jem selama 2 jam. Ya kisah benar.

Alhamdulilah perjalanan hidup hari ini berjalan dengan lancar. Setiap Isnin, kami akan ada meeting dan sharing. Sharing to get some energy sesama kami. Bagaimana nak meningkatkan production sales dan sebagainya. 

Sempat juga tadi personal coaching dengan beberapa orang ejen baru. Tujuannya cuma satu, sama-sama belajar. Sama-sama dapat ilmu. Yang mana kita tahu, kita sampaikan kepada mereka yang tidak tahu. Simple. Kau dapat pahala even bantuan kau tu sebesar kuman, tapi mungkin dipandang besar oleh Allah. Siapa tahu kan?

So bila kau dapat membantu orang, akan tercetusnya perasaannya membahagiakan. Satu perasaan gembira yang aku sendiri tak tau nak describe macam mana feeling tu. Tapi memang rasa best. 

"Aku tolong orang, insyaAllah Allah akan tolong aku." 

Itu yang aku sering sematkan di hati dan minda.

Sebelah petang aku ada appointment dengan seorang Executive muda di Ampang Park, KL. Beliau ambil Takaful untuk diri sendiri. Kesedaran yang tinggi. Benarlah, kadang kesedaran itu nak tak nak perlu lahir dari diri sendiri. Aku cuma touch up sahaja. Mengapa dia perlu mencarum dalam Takaful. Apa benefit yang dia dapat dan sebagainya.

Sebelah malam pulak, jumpa sahabat lama. Sembang banyak mengenai life masing-masing. Dari satu topik ke satu topik yang lain. Sehinggalah dia buka mulut,

"Bro, kalau aku teringin nak jadi Perunding Takaful ni aku nak kena buat apa?"

Seorang Akauntan di sebuah syarikat swasta bertanya soalan. Aku cuba terang sikit demi sedikit. Dengan member ni senang sikit nak explain. Explain punya explain, last last sekali beliau decide ingin mencuba.

"Berjaya atau tak tu belakang cerita. First sekali hang punya keinginan untuk mencuba. Just try. Selagi tak try, selagi tu hang tak tau macam mana."

Di saat aku tengah present, dapat satu whatsapp dari kawan lama. Kawan sekampung, kawan sejak zaman sekolah rendah. Beliau mahu buatkan Education Plan Takaful untuk anak-anaknya. Alhamdulilah rezeki dari Allah.

On the way balik rumah, aku dapat satu whatsapp dari seorang stranger. Juga inginkan Takaful. Aku balas, insyaAllah lusa akan berjumpa beliau untuk uruskan semua. Alhamdulilah sekali lagi rezeki dari Allah.

Badan agak penat. Memandu pulang. Radio Era dipasang. Sedang berkumandang adalah lagu "Alhamdulilah " by Wani dan Juzzthin. Dulu first dengar macam biasa-biasa je lagu ni. Tapi bila dah lama dengar rasa best pulak. Paling terkesan dekat bait-baik liriknya.

Walau genggamannya kuat

Tapi bukan milik kita
Akan terlepas jua
Tak ada yang lebih baik
Tak ada yang lebih cantik
Beroleh keredhaanNya

Cinta sesama manusia

Hadapi segala dugaan
Bila jiwa rasa lelah
Ambil nafas dan senyumlah
Kerna langit masih cerah

Ku bersyukur alhamdulillah

Ku beruntung alhamdulillah
Wajburni alhamdulillah
Selama-lamanya

Indah cinta pada bahagia

Bila berduka tak mesra
Lagi kekal cintaNya

Bersyukur bukannya susah

Hanya bukti beribdah
Ucapkan alhamdulillah

Ku bersyukur alhamdulillah

Ku beruntung alhamdulillah
Wajburni alhamdulillah
Selama-lama

Baik lirik yang menyentuh hati. Semuanya dari Allah. Lantas terus aku teringat apa yang berlaku satu hari ini.

Breakfast pagi tadi; alhamdulillah ada orang belanja.
Minum pagi; officemate belanja.
Lunch time; housemate belanja.
Minum petang; klien belanja.
Dinner; member belanja.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Aku tak suruh pun depa belanja. Depa yang volunteer diri nak bayarkan. MasyaAllah. Benarlah, rezeki itu bukan datang dengan wang ringgit semata-mata. Rezeki itu datang dengan kesihatan yang baik untuk bekerja. Rezeki itu datang dengan mudahnya kita mendekati orang, orang pun mudah mendekati kita. Rezeki itu datang dari rezeki orang lain yang dikongsi. 

Alhamdulilah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kita ini kerdil sahaja. Kita ni penuh dengan kekhilafan dan kedaifan. Kita tak perlu pun nak buat kerja Allah. Sebagai manusia, kita hanya perlu terus menjadi seorang manusia. Terus laksanakan tanggungjawab sebagai manusia. Berusaha buat perkara baik setiap hari.

Allah akan beri bila tiba masa.
Kita hanya perlu berusaha.
Kita akan dapat segalanya.

Senyum dan berusahalah!






You Might Also Like

12 Comments

  1. Syukur Alhamdulilah dengan rezeki yang diberi Nya.Akak dan hubby pun dalam kepayahan anak2 belajar namun syukur ...rezeki tak pernah putus...Alhamdulilah.

    ReplyDelete
  2. dgn memberi akn mendidik jiwa utk jauhi sifat kikir, kedekut, hj bakhil etc ;-)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah murah rezeki. Awak ni agent Prudential ya. Saya macam nak tukar agen la sebab haish....senang cerita agent asal saya dah meninggal dunia. Pengambilalih tak sama dengan agen asal saya. Maybe saya cerewet.

    ReplyDelete
  4. betul. ada kisah sabahat tntg baiknya memberi ni

    ReplyDelete
  5. setuju sgt..memberi dan membantu dalam pelbagai cara..in shaa Allah akan balas dari pelbagai cara..

    ReplyDelete
  6. jgn kedekut untuk memberi walau sedikit kerana allah akan byl berganda,..penting ikhlas

    ReplyDelete
  7. apa pun yang kita buat yang penting ikhlas =)

    ReplyDelete
  8. Agree =D
    Semoga dimurahkan rezeki. And you spread the good vibes.
    Update more!

    ReplyDelete
  9. nice sharing...sangat terkesan, the more you give, the more you get back..dunia & akhirat, In shaa Allah...

    ReplyDelete
  10. sedekah tak akan menjadikan seseorang itu miskin. benar...setuju dengan apa yang dikongsikan

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe