Blog... Di Sini Bermula Segalanya...

May 05, 2016


Menulis blog ini seperti menulis diari. 

Itulah yang aku terfikir bila aku start menulis di sini. Apa sahaja yang terlintas di fikiran, akan diupdate di sini. Segala aktiviti seharian, akan catat di sini. Perkara yang menyeronokkan, perkara yang tidak menyeronokkan, dan segalanya. Ya, itu yang aku buat semenjak aku mula menulis di blog ini pada 7 tahun lepas. 7 tahun adalah tempoh masa yang agak lama. Dah Tadika pun kalau diukur dengan usia seorang budak.

Banyak aku belajar dari blog ini. Di sinilah bermula segalanya. Dari tidak dikenali, dikenali, dari menulis suka-suka, alhamdulillah boleh publish buku. Dari tiada networks, alhamdulillah makin ramai networks, dari aku tidak mengenal dunia, lebih buat aku kenal dunia.

Jadi bila aku tengok kenapa blogging dah tidak sepopular dulu, aku dapat rangkumkan. Semuanya cumalah satu perkara.

SMARTPHONE.

Ya, aku akui benda ni. Dulu masa aku start menulis blog, bagi aku dunia internet ini hanyalah di PC. Berblogging, bersosial network segala hanyalah di laptop semata-mata. Keterujaan online dulu dan sekarang sangat jauh beza. Dulu tak sabar balik kelas, buka laptop dan mula menulis. Yes dulu aku hanya pakai handphone Nokia 3315 sahaja. Mungkin budak hari ini tidak sempat merasa semua tu. Jadi faham sajalah bagaimana rasa happy bila dapat online di laptop. Dunia online kau di laptop semata-mata. Sebab tu kalau kau dah start menulis, start online, akan betul-betul online. Betul-betul hargai. Kadang tu boleh spend berjam-jam di laptop, hanya nak update blog. 

But now semua tu hanya tinggal kenangan. Semua orang hari ini, handphone tak lekang dengan tangan. Walaupun boleh je update blog di handphone, tapi semua tu dah tak sama. Feel pun dah tak sama. Orang hari ini lebih suka gunakan sosial media sebagai medan interaksi. Facebook, Instagram, Twitter lebih cepat dan pantas dan memberi info, dalam menyampaikan berita. Sebab tu sikit demi sikit orang makin melupai dunia blog.

Dan termasuklah aku. Jadi blog kian terabai. Bersawang. Baik update di social media. Mudah dan lebih berkesan. Tapi bila difikirkan balik, jika aku tak mula menulis sejak dari dulu, social media tu tak memberi apa-apa erti pun. Jadi, blog ini adalah punca segalanya. Tidak adil kiranya aku mengabaikan tempat yang buat aku kenal dunia penulisan, medium yang buat aku ingin tulis dan tulis lagi.

InsyaAllah aku akan terus menulis di sini. Biar tiada siapa pun yang sudi membaca, tetapi sekurang-kurangya aku gembira dan puas dengan apa yang aku lakukan. Memang akhirnya pun kita nak puaskan hati sendiri juga.

Senang sahaja jika mahu terus konsisten update blog. Update segala kegiatan harian di sini dan kurangkan update di laman sosial. Barulah blog ini akan terus hidup. Moga aku istiqamah. Banyak mahu bercerita sebenarnya. InsyaAllah kita berjumpa lagi di lain masa.

Aku tinggalkan korang dengan sebuah lagu yang aku minat sejak sekian lama.


Di Sini Bermula - Dayang Nurfaizah

Di sini bermula segala-galanya 
Di tepian pantai saat bayu berbisikan 
Antara kita oh tersembunyi satu rahsia 
Tak terucap sepatah kata 
Tiada bahasa

Siulan sang unggas menciptakan irama 
Desiran sang ombak bagai mengerti 
Debaran di hatiku

( korus ) 
Di saat ku berlalu 
Dikau memanggil namaku 
Kau dekati diriku ini 
Lalu kau genggami tanganku 


Dan menyatakan hatimu 
Sekian lamanya kau menyinta 
Namun tak terluah perasaanmu

Senyuman terukir manisnya di pipi 
Menawan di hati 
Kusimpan di kalbu tuk penawar rindu

Terharunya di hati mendengar perasaanmu 
Tak perlu resah lagi oh kasih 
Terima dikau oh... sayangku 
Antara dikau dan aku 
Kini bahagia melayari lautan cinta
Abadi...

Di sini bermula...

Memang minat lagu-lagu Dayang Nurfaizah. Haha entah kenapa.

Okey sudah mahu tidur.

Moga esok sentiasa memberi sinar.


You Might Also Like

4 Comments

  1. Dont worry.. masih ada orang yang membaca. meski sikit, meski dalam diam. teruskan menulis untuk inspirasi bersama :)

    ReplyDelete
  2. Thnks wish n sudi singgah blog sy n da follow cne..

    ReplyDelete
  3. masih ada yang membaca.
    Mungkin berkurang dari kebiasaan, tapi yang pasti masih ada.
    Teruskan menulis.
    Ramai yang menyokong dari belakang. :)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe