Sesi Monolog Dalaman

Sunday, January 3, 2016

Melarikan Diri Bukan Cara Terbaik Menyelesaikan Masalah






Semua orang ada masalah. Masalah sekelumit kuman pun tetap sebuah masalah. Masalah setinggi Gunung Everest sekali pun ianya tetap sebuah masalah. Masalah dan manusia memang tak boleh dipisahkan. Buatlah macam mana sekali pun. Masalah tetap datang menghinggap dan merayap, seterusnya merebak ke semua saraf-saraf, mengalir ke sendi, membawa ke otak.

Ada orang menjadi sawan dek kerana masalah. Ada orang hilang arah tuju kerana masalah. Ada orang hilang nyawa kerana sebuah masalah. Ada orang terus dibelenggu kesedihan yang lama kerna masalah. 

Mengapa terlalu memikirkan tentang masalah sehingga kau terlupa untuk berfikir menjadi seorang yang waras? Ada orang terlalu mengambil jawapan singkat daripada segala masalah yang beliau hadapi. Biasanya orang begini pendek akal. Ada je masalah, terus ambil jalan mudah. Terus beremosi. Terus terusan meleretkan masalah menyelimuti anggota badan. Dia tak berfikir banyak. Baginya apa sahaja yang terlintas di fikiran, itu yang harus dilakukan terlebih dahulu. Lantas dia cuba selesaikan masalah dengan tidak rasional. Dia terlupa sebenarnya dia sedang mencipta masalah baharu.

Satu aku pesan, kalau kau ada masalah, jangan beremosi berlebihan. Macamlah kau beremosi tu dapat settlekan semua. Aci kerat buku lali, semua masalah kau dengan beremosi tu, kau sebenarnya sedang menambah-nambahkan lagi masalah. Kalau kau punya masalah, kau hadaplah sorang-sorang. Tak perlu pun nak melibatkan orang lain turut serta dengan masalah kau. Tapi oleh kerana kau tu pembawa masalah, semua orang sekeliling terpalit dengan masalah kau. Adilkah?

Satu lagi aku pesan. Kau dah besar panjang. Kau bukan lagi budak kecil yang perlu ditatang. Kau bukan lagi kanak-kanak yang sentiasa perlu bebelan. Kau dah tahu semuanya. Kau dah kenal dunia. Tetapi kenapa acapkali apa yang kau buat sering berlawanan arus? Tak ubah seperti budak hingusan yang dahagakan belaian. Tak ubah seperti kanak-kanak ribena yang menangis tidak keruan. Hello pleaselah, buruk bebenor kot. 

Kita diberi akal fikiran. Kita telah lama diberi panduan. Yang mana yang baik kita jadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Nah, bukanlah kau tak tahu kan? Cuma kau saja ego tak bertempat. Bagi kau, kau seorang je di dunia ini yang betul. Orang lain semuanya salah. Cakap kau saja perlu didengar, orang lain tidak perlu diambil kira.

Hmmm. Bebelan ini berunsur general. Untuk sesiapa sahaja. Yang terasa dipersilakan. Jangan kau lari pada masalah. Duduk dan hadapi. Cari solusi. Itu yang kau kena buat. 




Woho! Aku rindu bebelan di sini. Haha. So aku tamatkan entri ini dengan video Matluthi di bawah. Mohon ambil iktibar. 



Hami Asraff:

"Masalah tidak akan selesai jika kau tangani dengan emosi. Malah masalah kau akan bertambah lagi. Kau punya akal. Guna. Jangan bazirkan."



19 comments:

iryanty ahamad said...

Aik tajuk je.....ermmmmmmmmmm

iryanty ahamad said...

Betul kata2 tu....masalah takkan selesai Kalau lari..hadapi biarpun sukar

Bunda_nora said...

Betul tu...cari puncanya dan cuba mengatasinya dengan cara bijaksana...

Cik Itah said...

erk?? tajuk je? entri takda??

Nurhuda Ismail said...

melarikan diri boleh menyebabkan lagi banyak masalah yg datang :)

Hami Asraff said...

iryanty ahamad: Dah ada :)

Cik Itah: Entri lambat sikit menyusulnya. Hehe.

Mariatul Shima said...

Belajar untuk kawal emosi ketika berhadapan dengan satu satu masalah bukanlah perkara yg mudah... thank you for reminding...

Fyda Noh said...

Betul tu.. larikan diri memang masalah tak selesai.. Kecuali mmg masalah yg tak boleh selesaikan. Bukan saja lari, tp lupakan terus..

Maisarah Humaira said...

kalau ada masalah..cuba senyum, insyaAllah dapat cari penyelesaiannya

Raihanah Ahmad said...

hadapi masalah adalah penyelesaian terbaik

Kayu Manis said...

Manusia ni rambut sama hitam hati lain2..kdg fikir luar kotak..siiblis mudahlh masuk..nk larilh,nk terjunlh,hai mcm2..

Hidup ni perlu berilmu..bergaul dgn org berilmu,gali ilmu..

Pengisian ilmu rohani..

Zie Has said...

setuju sangat :)

Mr. Doctor said...

Kadang-kadang rasa lari dari masalah cara yang terbaik.. It might be temporary release but at least.. well.. Got some time to reflect on it..

Thank you singgah blog =)

Fauzi Sabri said...

Pada hemat saya, tiada seorang pun dalam dunia ini yang boleh lari meninggalkan masalah. Dia cuma terhenti seketika, termenung dan murung dalam tempoh tertentu, sebelum dia dapat formula yang tuntas dan berdiri tegap kembali bagi meneruskan kehidupan.

Membunuh diri juga adalah salah satu solusi untuk lari dari masalah. Tetapi bakal berdepan dengan 'masalah' yang tidak berkesudahan, tiada nokhtah dan berterusan selama-lamanya di sana kelak.

Maka, masalah yang kecil dan remeh janganlah digusarkan benar. Persiapkan diri dengan ilmu "How to stop worrying and Start Living."

#LakarHidupSendiri http://www.fauzisabri.com

abuikhwan said...

Assalamualaikum,
Terima kasih entry memotivasikan ini. Fitrah, masalah adalah rukun hidup manusia. Tiada manusia yang tiada masalah.. yang berbeza cara kita memandang masalah. Jalan penyelesaian tetap ada..

Cik Itah said...

memang tak boleh lari. kena hadapai jugak walaupun masalah tu terkadang payah dan amat sukar. kadang gugur jugak permata jernih sob sob :(

cik belbel said...

setuju ! larikan diri bukan selesaikan masalah. faced the prob !

Etuza Etuza said...

setuju..bukan semakin besar masalahnya tu...
blog Asraf dalam bloglist Etuza ya..tahnia

Farrah MF said...

Nak tak nak, kena hadap juga kan. Kalau lari dari masalah pun,..sekejap je lah. At the end of the day kita juga kena hadap consequencesnya :)