Saturday, January 2, 2016

Agency Planning Workshop 2016


Assalamualaikum w.b.t

Aku sematkan azam tahun baru 2016 ini dengan ingin menghidupkan kembali blog ini. Jujur, aku merindui coretan-coretan masa lalu. Ketika aku masih belajar di UiTM Shah Alam. Ya ketika itu aku memang kaki blogging. Ada saja titipan entri disisipkan di sini. Makanya, aku ingin mengulangi semuanya kembali.

Jarang aku menceritakan hal-hal personal di sini. Tapi mungkin tibanya aku berkongsi semula aktiviti dan kegiatan harian, sama ada dalam memenuhi tuntutan karier atau coretan sekadar suka-suka. Okay baiklah, mari aku mulakan.

Ini tahun kedua aku bekerja fulltime sebagai Perunding Takaful PruBSN Takaful di bawah Agensi Muqmeen Group. Ya setiap permulaan tahun, Agensi akan menganjurkan Agency Planning Workshop (APW) ini bagi tujuan review performance sepanjang tahun 2015. Alhamdulillah aku mencatat pencapaian peribadi di dalam bidang Takaful ini. Syukur, semuanya dari Ilahi.



Alhamdulillah aku di antara puluhan Perunding Takaful lain yang berjaya qualified untuk ke London. 

InsyaAllah dalam bulan 5 nanti akan ke London. Semua full sponsor. Hanya membawa kebahagiaan diri sahaja ke sana.


Ini pula untuk Potential Korea. Maksudnya challenge untuk ke Korea masih berlangsung. Doakan aku. (Gambar dari paparazi)


Di antara Top Agent of The Month Disember 2015. Syukur.


Sedikit perkongsian dari aku.


Bla bla bla...


Di antara wajah-wajah jejaka pejuang Takaful.


Doakan perjuangan kami dalam menyedarkan nusa bangsa.


Ini vision board. Hanya draft sahaja dulu. Balik baru cari gambar kereta idaman, rumah idaman, percutian ke tempat idaman, lekatkan di board, buat cantik-cantik dan letak pada tempat yang mudah dilihat. Seriously, vision board ni memang sangat-sangat helpful untuk meneraju semua impian-impian kita.

Since aku join Takaful ini, macam-macam yang aku dapat. InsyaAllah ramai yang bertanya kenapa aku sanggup meninggalkan kerjaya sebagai seorang Lecturer dan menjadi seorang Ejen Takaful/Perunding Takaful. InsyaAllah aku akan menceritakan di lain-lain entri. 

Moga Allah memakbulkan semua impian-impian kita. Amin.


Hami Asraff:

"Jangan pernah mengalah mengejar impian. Di saat kau ingin berputus asa, di saat itu Allah sedang menunaikan segala impianmu. Teruskan melangkah gagah."


18 comments:

Anonymous said...

seronok tengok blog ni dihidupkan kembali. pernah membaca post2 yg ditulis semasa en hami asraff masih belajr dan sejak tu jadi pembaca blog ni. harap blog ini akan sentiasa dihiasi dengan entri-entri baru.

Hami Asraff said...

Anonymous: Terima kasih sudi membaca blog usang saya ini. Hargai. :)

iryanty ahamad said...

perunding takaful rupanya...tahniah dapat pergi london....

tiga lalat said...

tahniahnyer., mugo terus maju jaya dan berdaya saing ., ;p

Etuza Etuza said...

Asalam Asraf..dulu pernah juga komen dsi blog Asraf..sama jg menyepi..tahnia kini dah berkerjaya..buat yang terbaik ya. Terima kasih datang komen blog Etuza, datang lagi ya..manalah tahu jadi bloglist 2016 di blog saya..

Fidah Shah said...

Best kata2 motivasi kat bawah tu..
Selamat tahun baru dan Moga suksess selalu

Abak Lorong Cinta said...

Smoga sgala ursan dpmudahkan nanti, aamiin

paridah said...

wah hebat sekali pencapaiannya tahniah...semoga terus berjaya dlm bidang yg diceburi...

Cik Itah said...

as salam. tahniahh dan semoga terus berjaya :)

p.s terima kasih sebab drop komen di blog. selamat tahun baru 2016. sy suka blog Hami Asyraff :)

Etuza Etuza said...

asalam datang lagi ni HA..apa khabar..moga ceria hari ahad

Mardiah Diana said...

Salam singgah petang di sini...Alhamdulillah dan tahniah...semoga d tahun 2016 dan tahun² berikutnya akan lebih berjaya lagi dan sentiasa di murahkan rezeki...

Scdha Sein (SS) said...

Good luck!

nurul harnani kasmari said...

Alhamdulillah. Be the best among the best.

Nota kaki - jangan lupa ole2 london n korea nnt ye.

Nurhuda Ismail said...

tahniaah. keep it up :)

Nur Khairiah Irwanie said...

seronoknya.. btw tahniah =)

Unknown said...

Tahniah en. Hami....mmm mcm ade persamaan pula...pernah di sebut ke korea...beijing....london...konfius...

Umi Reefasyaris said...

Tahniah en. Hami....mmm mcm ade persamaan pula...pernah di sebut ke korea...beijing....london...konfius...

sani said...

Tahniah bro...Moga tercapai cita cita tu...