Semuanya Akan Berakhir

May 14, 2013





Assalamualaikum w.b.t

Tak tahu nak mula dari mana. 52 hari tak buka blog. Terus rasa suram dan muram. Jadi di kesempatan yang ada ni aku trylah update apa yang patut. Untuk mereka yang bertanya "Bila nak update blog?" tu terima kasih. Sesungguhnya soalan simple itu memberi kesan besar pada diri ini.

Sebenarnya entri kat bawah ni dah ditaip lama. Cuma dibiarkan tersimpan rapi di dalam draft. Jadi jangan terkejut dengan tajuk entri tu. Okey mari teruskan pembacaan.



***********



Suatu petang yang damai. Mengambil angin petang. Nyaman. Tiba-tiba telefon bimbit berdering. Tertera nama sahabat lama dari skrin telefon bimbit. Sahabat yang berada di bumi Pulau Pinang.

Sahabat: Assalamualaikum bro. Busy dak?

Aku: Waalaikumussalam. Kalau aku boleh mengangkat telefon dengan jayanya ni makna aku tak busy la. Pasaipa weh?

Sahabat: Aku tension la weh!

Aku: Ala, standard manusia biasalah beb kalau tension. Tapi hang tension pasai apa ni?

Sahabat: Macam-macam. Tension dengan kerja la, tension dengan masalah kewangan la, tension dengan masalah family la. Serabut!

Aku: Hmmm... Hidup kita memang macam tu bro. Ada saja masalah akan mai kat kita ni. Kita takdak pilihan pun. Kenapa hadapi jugak walaupun payah. Takpa, hang cerita satu persatu. Mana tau kot kot boleh mereleasekan ketensionan hang tu.

Sahabat: Macam ni aku baru dapat kerja baru. Masalahnya tak ngam la dengan aku. Tak best. Kawan-kawan tak best. Kerja tak best. Persekitaran tak best. Aku pi kerja macam dalam keadaan terpaksa je. Tak rela hati. Ikutkan hati nak berhenti je rasa.

Aku: Rilekslah. Kerja memang macam tu. Hang pi kerja kat tempat mana pun sama. Ada pro dan kontranya. Tekanan kat tempat kerja tu perkara biasa la. Paling penting macam mana kita nak bawak diri kita. Nak handle situasi tu. Jangan berhenti lagi. Kerja dulu, at the same time hang try cari kerja lain.

Sahabat: Hang tak faham sebab hang tak dok situasi aku ni. 

Aku: Aku memang takkan faham 100% situasi hang. Tapi percayalah, sedikit sebanyak aku faham tekanan yang hang hadapi.

Sang sahabat terus meluahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin itu salah satu cara untuk melepaskan ketensionan yang dihadapi. Kadang-kadang kita memang tidak mampu nak menolong. Tetapi kita boleh jadi pendengar yang baik, di samping cuba beri pandangan sewajarnya. Masalah manusia ini tak akan sama. Tetapi manusia mana yang tidak akan ditimpa masalah? Tak ada punya. Selagi kita bernama manusia, masalah akan terus datang dan datang menghampiri. Kadang-kadang memang kita tak mampu lari. Yang kita mampu lakukan adalah hadapi. Pernah menulis mengenai ujian hidup di ENTRI INI.


Jadi aku reflect permasalahan yang dialami sahabat kepada diri aku. Aku pun pernah alami situasi begini. Bila di tempat kerja sudah mula menunjuk tanda-tanda tidak seronok untuk bekerja, ianya akan mula effect pada keseluruhannya. Bermula dengan bangun pagi untuk ke tempat kerja. Muka masam mencuka. Liat sahaja untuk melangkah ke bilik air untuk persiapkan diri. Lepas tu meredah kesesakan lalulintas. Stress. Sampai tempat kerja, tengok muka bos, stress. Kerja berlambak-lambak, stress. Member tempat kerja tak ngam, stress. Persekitaran kerja tak best, stress. Balik kerja nak kena redah jammed lagi, stress.

See... Semua stress stress dan stress. Dan kestressan itu berulang untuk keesokkan hari dan hari seterusnya. Tapi pernahkah kita terfikir yang stress itu adalah salah satu ujian dari Allah? Ya benar. Ujian. Jadi, jika kita hanya memikirkan stress tanpa mencari jalan penyelesaian, sampai bila-bila pun stress akan membelenggu jiwa. Jadi apakah jalan penyelesaiannya?

Ini yang selalu aku amalkan apabila mengalami sesuatu atau keadaan yang tidak menyeronokkan dan stress adalah, aku berpegang pada konsep SEMUANYA AKAN BERAKHIR. Masih blur dan tak faham dengan apa yang aku cuba sampaikan? Baiklah mari aku bagi contoh.



Pagi-pagi drive pergi kerja. Terperangkap dalam jammed. Memang stress. Tambah-tambah naik kereta manual. Memang azab la. Tapi pujuk hati, semuanya akan berakhir. Habis kuat jammed pun sejam atau dua jam sahaja. Ye dak? Jadi dalam tempoh tu sabar dan bertahan. Sampai tempat kerja pun sama juga. Stress dengan segalanya. Jadi gunalah kaedah pujuk hati, semuanya akan berakhir. Habis lama pun sampai pukul 6 je kerja. Kalau tak pun sampai malam (untuk yang ada OT). Jadi dalam tempoh tu, sabar dan bertahan.

Faham? Itu yang aku sering lakukan. Alhamdulillah berkesan. Memang kalau berada dalam situasi tidak menyeronokkan tu, jam seakan lambat berjalan. Normal. Jadi, SABAR DAN BERTAHAN. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Dalam sehari kita ada 24 jam. Jika kita stress sebanyak 8 jam, sekurang-kurangnya kita ada 16 jam lagi untuk tidak stress. Ya kan? Jadi carilah jalan untuk lakukan sesuatu menghilangkan rasa stress itu. Ambil air sembahyang dan sembahyang. InsyaAllah ubat paling mujarab hilangkan stress.

Dan jika dihimpit ujian dunia, sedarkan akan suatu hakikat ini, semuanya akan berakhir. Kita tidak kekal. Tiada satu pun makhluk di dunia ini akan kekal selain Allah. Jadi kita stress dengan segala macam di dunia, sedangkan segala segenap inci yang ada di dalam dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Jadikanlah ini motivasi diri buat kita untuk terus melangkah gagah.


Itu sahaja kot kemerepekanku kali ini. Ada benda baik kita sama-sama amalkan. Aku tinggalkan kalian dengan lagu yang buat kita berfikir sejenak akan hakikat hidup ini. Mari berfikir sejenak.


 


Hami Asraff:

"Ujian Allah untuk menguji kesabaran kita. Kita sabar, ada sesuatu yang hebat menanti di hadapan."


You Might Also Like

19 Comments

  1. Majoriti daripada kita dah tau jawapan untuk melegakan masalah yg ada tapi kita ingin meminta seseorang ntk memberitahu benda yg sama.. itulah namanya "kawan" :)

    ReplyDelete
  2. Thanks hami utk entri ni. dah lama tak kerja bawah org jd dh lama juga tak amalkan 'petua' tersebut. betul, kalau tengah stress sama ada pujuk hati dgn 'semuanya akan berakhir' atau 'all is well' pasti hati pn akan rs kurang terbeban :)

    ReplyDelete
  3. Akhirnya terupdate jugak entri blog.
    stress?? semua orang hadapi..
    saya pun.
    just go with the flow. jangan fikirkan sangat stress tu.. terus ceriakan diri..
    InshaAllah, hidup pasti dapat diteruskan.. heee

    Awesome entry, mr enjinia! thanks. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, saya singgah sambil follow blog ni :D blog saudara masuk MHI pg td :D

    ReplyDelete
  5. tula konsep redha..ape2 pn, hadapi la segala ujian dgn minda yg positif..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,saya suka baca blog hami,banyak input"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti." =)

    ReplyDelete
  7. nice sharing...

    setiap manusia ad masalah.. cuma kne bijak mgatasinya...

    ReplyDelete
  8. sabar itu perlu dalam diri. :) nice entri

    ReplyDelete
  9. assalam..
    hai...da keja la skng ni ek?lm sgt xbaca blog...sejk kena transfer ke shah alam, sgt2 sibuk...

    congrate...dah dpt 1 lg nikmat:nikmat pekerjaan....mn2 pon stress tetap ada...cuma t'pulang kat kita ja cmna nk handle...kn?

    #penawarsayaini#

    ReplyDelete
  10. nice :) sye stuju kata2 pujuk hati itu~
    sye juga mengalaminya stress..
    stress cmne pn kte ttp kena hadapinya..
    yg pnting cara usaha tangani dan tindakn slps itu~
    thanks berkongsi encik Hami Asraff

    ReplyDelete
  11. kita kena cuba cari jalan keluar dan jangan biarkan diri kita berterusan terperuk dalam stress tu...jadi lagi bahaya nanti

    ReplyDelete
  12. Ujian kekadang buat kita sempit.
    tapi ada satu azimat yg boleh buat kita tenang dr kesempitan tu.

    sabar. Zikir. dan selawat. :)

    ReplyDelete
  13. waaa,,,sangat setuju,,sy yg bru intern pon dah rasa stress,,so kesabaran mmg sgt penting..kne pandai manage diri kte supaya x stress,,stress kat tempat kje saya bila x dapat solve problem..t'sgt stress,,bila baca entry encik, ada la semangat sikit nk g keje esok..hehehe..thanks for the nice entry..

    ReplyDelete
  14. Suatu perkongsian yang sungguh menarik bro...semua orang ada msalah...setiap hari akan ada masalah baharu...apa yang pentingnya jgn kita lari dari masalah...kerena dgn masalah lah akan menjadikan manusia itu hidup dan terus hidup....

    ReplyDelete
  15. Hidup ini penuh ujian dan dugaan. Hanya yang mampu bertahan dan bersabar sahaja yang akan berjaya menghadapinya.

    ReplyDelete
  16. CiM pun pernah alami situasi begini. berbulan tak bukak blog, trus blur.....sbb.....tak tau, mungkin giveup dgn sekeliling. tp....bila fikir2 balik, kenapa kita nk susahkan diri kita dan tambahkan lagi kefeningan kepala yg sedia ada kusut masai huru hara. so.....berbalik pada fitrah, mula2 berblog sbb utk mencari ketenangan. so...hanya di blog CiM akn luahkan dgn kepanjangan lebarannya. tak kesahlah org nak vaca ke idak. mcm kawan asraff tu, cuba cadangkan dia lakukan sesuatu yg boleh buatkan dia gembira selain dpd merungut dgn apa yg dia ada.

    so, asraff, bila nak kembali menukil ni?

    ReplyDelete
  17. Sekadar Perkongsian...masalah mg wjud dmna je,prktaan sbar mmg mdah dkata ttp amt brt utk dlkukn brsme prktikal..pape pon kne kmbali kpdnye utk dmnta kkuatan agr trus brjuang hdap mslh trsbut wlupun sizenyer sekecil semut??? hehe...tp bg prmpuan air mata tk dpt nk dpshkn dt msalah...ye dak,,but we have to be strong...wlupun msalah tu mmberi luka yg sgt mndlam shingga kita tkkn thu shingga Allah bg ptnjuknye....wasalam:-)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe