Beranak Di Tapak Pembinaan

March 09, 2013


Panas terik di tapak pembinaan Prima Saujana, Kajang. Aku mundar mandir memantau. Masing-masing sibuk dengan kerja mereka. Drawing plan kondominium 24 tingkat itu ditatap lama. Ini projek besar. Projek mega.

"Jom minum dulu!" Ajak Ah Seng, Site Supervisor. Aku memang banyak berurusan dengan Ah Seng.

"Jom!" Berjalan menuju ke kantin sementara yang dibina di tapak pembinaan. Pengusahanya warga negara Indonesia yang menetap lama di sini.

Memerhati gelagat Mat Bangla yang gigih bekerja. Terus bekerja di bawah bahang terik panas mentari. Sebuah gejala biasa bagi mereka. Jauh mereka datang mencari rezeki di negara orang. Usaha dan kerah keringat yang bukan sedikit.

Aku duduk sebelah seorang lelaki Melayu. Andaian aku agak umurnya dalam lingkungan 40-an. Beliau senyum. Aku membalas senyuman dan memulakan sapaan.

"Abang dah lama kerja dekat sini?" Permulaan ayat standard dari aku.

"Oh abe lamo dok keje sini. Lape tahun lebih dah!" Jawabnya dengan loqhat Kelantan yang pekat.

Sambil minum sambil berborak. Ramah abang ni. Dari satu topik ke satu topik yang lain. Topik semasa dan rumahtangga sehinggalah menceritakan keperitan dalam meneruskan hidup.

"Abe dulu hidop susah. Abe tinggal sekali dengan Mat Bangla dalam kontena ni. Bini abe kat kampung. Susah waktu tu."

Dia galak bercerita. Seperti terpendam dan terbuku lama. Dan mungkin aku tiba pada masa yang sesuai. Sesekali terlihat dua orang warga bangladesh yang begitu seronok bermain guli. Aku tersenyum. Mungkin ini sahajalah permainan mereka. Kita beruntung. Sangat beruntung.

"Tapi ada sorang Bangla ni bawa isteri dia yang sarat mengandung. Sampai beranak kat tapak pembinaan ni pun ada."

Terus tersentap aku dengar ayat dari abang ni. Terfikir aku dalam tentang ini. Kita hidup di bumi Malaysia yang mewah. Banyak kemakmuran. Banyak kemudahan. Banyak kesenangan. Tetapi berapa banyak kita tahu bersyukur dan tidak mengeluh tentang hidup kita?

Mungkin ada yang kata, "Alaa nama pun Bangla. Standard la hidup macam tu!"

Walaupun mereka warga Bangladesh, jangan kita lupa mereka juga manusia yang majoritinya adalah muslim. Hidup mereka memang naif. Bekerja kuat dari pagi sehingga malam. Bekerja bukan untuk simpanan di masa depan. Tetapi bekerja untuk makan pagi, petang dan malam.

Penyembangan dengan abang membawa folklift tadi memberi impak dan kesan tersendiri pada aku.

Kita mengeluh dengan apa yang kita miliki hari ini, sedangkan terlalu banyak nikmat yang Allah berikan. Kita mengeluh tentang pekerjaan kita tidak seronok dan sebagainya. Sedangkan beribu di luar sana yang masih tercari pekerjaan, malah lebih susah berbanding kita.

Aku teruskan kerja yang bersisa. Berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja.


Hami Asraff:

"Berhenti mengeluh. Bersyukurlah. Ucaplah alhamdulillah."

You Might Also Like

25 Comments

  1. ramai yg x bersyukur sebab x puas dgn apa yg dah dimiliki..byk sgt benda yg dibangkitkan dalam kehidupan seharian..dari menyalahkan orang sekeliling sampailah kekerajaan yg mntadbir semua dipersalahkan..

    ReplyDelete
  2. Syukur krn masih bernafas di bumi Illahi...

    ReplyDelete
  3. Sudah lama tak mengomen di sini.
    true.
    Syukur. Syukur. Syukur.
    Macam biasa, entri ringkas, tetap berisi.
    Baidewei, Orang kedah jumpa orang Kelate.
    Faham ke tak kecek kelate tu?
    Agak-agak terikut-ikut ke tidak loghat Kelate tu?

    ReplyDelete
  4. Setiap kali pegi site mesti rasa sgt kesian bila tgk pekerja buruh binaan, terutama wanita. Bekerja keras di terik panas semata mencari rezeki. Tapi contractor utk my project okay juga. Ade astro kot n tv flat screen. siap tempat lepak with gerai mknn yg ada mcm2. Nway sgt kagum dgn kegigihan drg yg tak sesempurna hidup kita.
    Btw salam perkenalan.
    Mary.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. :) syukur, syukur dan syukur..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    kita hidup di malaysia penuh dengan aman damai.
    Alhamdulillah dan bersyukur kepadaNya kerana, kita boleh menikmati apa yang kita ada sekarang, seperti mempunyai laptop, smartphone, pekerjaan yang tinggi pangkatnya, rumah yang sangat selesa, duit mencukupi, makanan yang sedap2.

    sedangkan mereka (pekerja buruh= bangladesh, indonesia dan sebagainya) ada yang hidupnya serba kekurangan. Jauh beza dari kita.

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Henti keluhan yang sementara, terus berjuang untuk mara.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah... kadang-kadang kita mudah mengeluh bila mana kerja menjadi beban dalam hidup. tapi kita sememangnya mudah terlupa, bahawa ribuan orang di luar sana yang menunggu pekerjaan kita itu tu. hentikan mengeluh, panjangkan syukur pada Allah..
    =)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.swt

    ReplyDelete
  10. kadang2 terfikir..Bumi ni Allah cipta untuk kita makhlukNya ..tapi kita terhalang membuat kehidupan di suatu tempat tanpa izin dengan kerajaan tu. so...terima hakikat undang2 rekaan manusia demi untuk kemakmuran...

    ReplyDelete
  11. lama dah linkkan blog Hami asraf ni..suka penulisan awak ...tq

    ReplyDelete
  12. Nikmat yang kita kecapi juga merupakan ujian Allah s.w.t cuma dari kita saja yang perlu tahu bgmna gunakan kenikmtan itu. =) Alhamdulillah syukur.

    ReplyDelete
  13. kadang kadang bangga jugak dengan diorang bab cari keje.. mat2 bangla sanggup datang jauh2 semate mate nk keje kt sini. tapi rakyat negara ni sendiri kadang ada yang menolak keje cmni sbb katenya x sesuai dengan diorg. x cool keje mcm ni.. x de kelass la. nauzubillah..

    ReplyDelete
  14. Setiap yg berlaku pasti ada hikmah...

    ReplyDelete
  15. Assalam, hanya mereka yang pernah hidup susah sahaja yang mengerti akan pahit getir kehidupan...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum...perlunya kita ingatkan diri selalu bersyukur dengan nikmat yang diberi, ini kerana, Tuhan boleh bila-bila masa sahaja tarik nikmat yang dikecapi hari ini

    ReplyDelete
  17. syukur dgn nikmat yg ada skrg...negara yg aman, kesihatan yg baik, mkn pakai yg cukup...alhamduliah

    ReplyDelete
  18. Salam...bila baca entry nie sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang perlunya bersyukur dengan apa yang ada sekarang walaupun sedikit...memang susah untuk mencari sesuatu yang memuaskan hati kita...Contohnya melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan atas dasar minat dan kecenderungan kita...semoga entry ini memberi inspirasi untuk saya lebih menghargai pekerjaan yang saya buat sekarang....Terima kasih atas cerita yg penuh bermakna ini.... :)

    ReplyDelete
  19. Teringat satu kata-kata ni:bila kita tengok org disekeliling kita,tengok pada org yg lebih rendah kemampuan dari kita,jgn tengok org yg lebih tinggi kemampuan dari kita barulah akan wujudnya sifat qanaah.

    ReplyDelete
  20. Bersyukur dengan apa yang ada.

    ReplyDelete
  21. Bagus dan menarik serta kreatif .

    ReplyDelete
  22. Begitu lah sbgmana islam menyuruh kita hijrah dapat merubah diri sendiri dr segi ekonomi,sosial,budaya dan kemajuan sendiri.

    T.Q

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe