Thursday, January 31, 2013

Hidup Adalah Sebuah Pilihan. Tetapi Kadang-Kadang Kita Tiada Pilihan.






Assalamualaikum w.b.t

Kekok. Dah lama tak bertandang ke sini. 2013 pun makin menjengah ke tengah. Pantasnya masa berlalu. Aku masih termanggu. Tergaru-garu. Maaf jikalau ada yang menunggu hasil nukilan picisanku. Jikalau tiada yang menunggu, biarlah aku malu.

Seperti biasa, terlalu banyak coretan yang ingin dimadahkan. Terlalu banyak sorotan kehidupan mahu di hamparkan. Satu persatu episod dan sirah hidup yang mahu dikupaskan. Ya terlalu banyak. Sehingga kadangkala menyesak fikiran dan minda. Tidak terluah dengan kata-kata. Tidak tersembul dengan nada.

Aku teruskan hidup. Kamu teruskan hidup. Mereka juga teruskan hidup. Selagi kita hidup, pilihan kita adalah meneruskan hidup. Hidup, terlalu banyak perkara kompleks terkandung di dalamnya. Kadang-kadang serabut memikirkan tentang masalah hidup. Ah, bukan kadang-kadang. Tetapi selalu. Selalu pening memikirkan masalah hidup yang tidak jemu melanda manusia. Lemah. Tidak berdaya.




Nak tak nak, mahu tidak mahu, best atau tidak best, hidup perlu diteruskan. Itulah tetapan hidup menjadi seorang manusia. Sepanjang meneruskan hidup, kita sering berhadapan dengan pilihan. Terkadang kita sendiri tidak pasti akan pilihan yang kita tentukan. Selalunya ia akan berakhir dengan kegusaran.

Hidup adalah sebuah pilihan. Semua orang tahu tentang cabang hidup ini. Tetapi kadang-kadang untuk melayari hidup seharian, kita terperangkap dan tidak menemui jalan. Kita memaksa diri mengharungi jalan di hadapan dek kerana kita tidak punya hak dan bisa memilih. Natijahnya, matlamat hidup goyah. Terumbang-ambing tidak bertepi. Andai bernasib baik, semuanya akan baik-baik sahaja. Jika sebaliknya, stress akan menguasai jiwa.


Buat masa ini, ketika ini, aku berhadapan dengan pilihan. Walaupun telah banyak pilihan telah dilakukan sepanjang melalui hidup, hati tetap gusar apabila berhadapan dengan sebuah pilihan. Ada dua perkara apabila kita berhadapan dengan pilihan. Pertama kita takut memilih. Takut-takut pilihan kita tidak tepat, dan merana akhirnya. Kedua, kita telah memilih. Kita telah berada di dalamnya. Kita tidak mampu keluar lagi. Jadi kita terus berhadapan dengan kekangan pilihan yang menyesakkan atau menggembirakan.

Hmmm... 

Tarik nafas. Hembus. Lihat awan berarak. Terus bergerak mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh penciptaNya. Sesekali ke kiri, sesekali ke kanan, sesekali bergabung melebar, sesekali berpecah dek ditiup angin. Tetapi tetap terus bergerak menjalankan tugasnya. Begitulah juga manusia. Kita perlu terus melangkah, melangkah dan melangkah. Andai goyah dan rebah, bangun dan melangkah semula. Melangkah meneruskan perjuangan hidup yang bersisa. Andai gusar, pejamkan mata dan yakinlah Allah tahu apa yang terbaik buatmu. InsyaAllah. Subhanallah.

Istikarah. Buat pilihan. Redha dengan pilihan. Senyumlah. Terus melangkah dengan gagah.

Wassalam.


Hami Asraff:

"Kita tidak pernah tahu rancangan Allah. Andai kita tahu, pasti kita tidak mengeluh dan terus bersyukur."

26 comments

January 31, 2013 at 9:04 PM

perancangan Allah adalah lebih baik untuk kita dari perancangan sendiri.

January 31, 2013 at 9:19 PM

Pilihan sentiasa ada. Tapi takut untuk memilih membuat pilihan seolah tiada.

January 31, 2013 at 9:28 PM

benar, hidup kita punyai pilihan sama ada kita pilih itu, mhupun ini. yakinlah pilihan yg kita buat tanpa keraguan stlh memohon petunjuk Allah. tunaikn solat istikhrah,moga kita diberi petunjuk yg baik.hakikat kehidupan, tak suma perkara mgikut kehendak kita tetapi kehendak Allah

January 31, 2013 at 9:33 PM

Moga pilihan yang kita pilih adalah yang terbaik untuk kita. Andai kata kita tersalah jalan, masih ada pilihan yang lain.

January 31, 2013 at 10:12 PM

Istikaharahlah...#SENYUM...

February 1, 2013 at 2:15 PM

hidup ini bukan pilihan..
mati juga bukan pilihan..
tapi cara kita menjalankan kehidupan itu pilihan...

Anonymous
February 1, 2013 at 3:31 PM

nak tanye gambar-gamabr yang hami guna memang cantik..kalo boleh nak tahu cari kat mane..heheh

February 1, 2013 at 4:18 PM

Hidup adlh satu perjalanan yg panjang. hujungnya sejauh pandangan mata. adakalanya laluan makin payah. sedangkan kaki kita mula lelah dan langkah kita semakin lemah. hanya hati yg sarat dengan keyakinan terhadap janji dan rahmat ALLAH shja yg akan kekal kuat dan tidak pernah berasa sendiri. perkongsian yg memberi manfaat, terima kasih.

assalamualaikum =)

February 1, 2013 at 7:19 PM

Kebetulan dengan situasi saya.
Dan saya telah membuat pilihan yang kedua.
Harap diri sendiri tabah.=)

February 1, 2013 at 9:19 PM

hidup itu indah bila kita hirup udara yang sangat segar . hehe

February 1, 2013 at 11:56 PM

well said. teruskan memblogging ya hami asraff :)

February 3, 2013 at 3:09 AM

aku paling touching part last skali.. "Kita tidak pernah tahu rancangan Allah. Andai kita tahu, pasti kita tidak mengeluh dan terus bersyukur."

Apa2 pun aku harap aku terus bersyukur..

February 3, 2013 at 3:19 AM

@eszyamin Rancangan Allah hebat.

February 4, 2013 at 9:12 AM

hidup kita sekarang adalah berdasarkan pilihan yang kita buat. Allah mentakdirkan hidup kita, tetapi kita yang mentadbirkan hidup kita. moga pilihan yang kita pilih adalah pilihan yang mendapat keredhaan Allah swt.

p/s: akhirnya ada entry baru utk blog hami...

Anonymous
February 5, 2013 at 10:30 PM

assalamualaikum.. :D

saya cuma seorang silent reader blog asraff, saya dah baca setiap entri saudara dari dari 2009 sampai la ni, banyak ilmu,kata-kata hikmah yang kadang-kadang ada yang terkena dengan situasi semasa saya.
ada masa kita diatas, ada masa kita jatuh tersungkur, tapi itu semua percaturan Allah,takdir yang telah ditetapkan oleh sang Pencipta untuk hamba-hambaNya. kita sebagai hambaNya harus percaya kerana sesungguhnya aturan Allah itu adalah sebaik-baik aturan.
(apa aku membebel daa)

ok,cuma nak cakap terima kasih atas semua perkongsian ilmu, seronok saya baca,kadang ralit duk mengadap blog ni ,,heheh
teruskan usaha dan jangan pernah putus asa, (peace -v-)

wassalam.. :)
(Khairun Nisak)

February 8, 2013 at 12:20 AM

Andai gusar, pejamkan mata dan yakinlah Allah tahu apa yang terbaik buatmu. InsyaAllah. Subhanallah.

February 8, 2013 at 12:21 AM

Andai gusar, pejamkan mata dan yakinlah Allah tahu apa yang terbaik buatmu. InsyaAllah. Subhanallah.

February 8, 2013 at 5:36 PM

hidup ini indah jika semuanya kerana Allah :)

February 14, 2013 at 4:25 PM

hidup kita dipaksa...dipaksa keluar dari rahim ibu...untuk menjalani alam dunia...
namun dalam keterpaksaan itulah juga ada nikmatnya...
tiada bayi yang tidak nangis apabila dipaksa meninggalkan alam rahim yang disangkakan sangat seronok, diusap-usap dan sentiasa dekat dengan ibu. sangat menenangkan...

namun tiba sahaja alam dunia, hidup adalah pilihan anda.
anda memilih untuk merancang segala-galanya, namun Allah jualah yang tahu kesudahan perancangan kita kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

February 15, 2013 at 3:18 AM

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

Anonymous
February 22, 2013 at 11:24 AM

setuju ngan ayat hami..lama dh tak melawat blog ni..makin maju dan pengisian makin byk..-cik makan

Anonymous
March 2, 2013 at 11:03 PM

Comeynya meooooowwwwwwwww......

March 5, 2013 at 3:36 PM

Hidup harus diteruskan, walaupun cabaran, dugaan dan ujian sentiasa menimpa kita. Tidak ada orang berjaya yang tidak pernah merasa kegagalan. :)

March 24, 2013 at 11:45 AM

Hidup mcm mkanan. Kalau xde pilihan, nak tak nak ttp kna mkn. Kalo x mkn jd mudarat pula.

April 9, 2013 at 6:45 PM

Kita tidak mampu keluar lagi. Jadi kita terus berhadapan dengan kekangan pilihan yang menyesakkan atau menggembirakan.


Wholesale Jewelry

Anonymous
May 14, 2013 at 4:56 PM

Andai gusar, pejamkan mata dan yakinlah Allah tahu apa yang terbaik buatmu. InsyaAllah. Subhanallah.

magazine printing

Post a Comment

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman. Tetapi pastikan anda bukan seorang spammer ataupun cik anonymous yang tidak bertanggungjawab :)

Related Posts with Thumbnails