Teknologi Merenggangkan Ukhwah Di Dunia Nyata Manusia?

December 22, 2012


Assalamualaikum w.b.t

Di Chicken Rice Shop The Mines. Perut lapar. Orang ramai. Nasi habis. Kena tunggu setengah jam untuk menanak nasi. Dek kerana aku tidak membaham sebutir nasi pun ke dalam perut lagi hari ini, jadi aku sanggup menunggu. Sanggup! Sebijik nasi ibarat setitis peluh petani. *imagine Raja Farah yang sebut ni

Benda ni aku perasan lama dah. Tunggu nak luahkan segala-galanya di sini sahaja. Ya semuanya berkaitan dengan kehidupan manusia yang menongkah arus bersama kepesatan teknologi dunia. Teknologi buat manusia terus berlari laju. Eh silap. Manusia tak perlu berlari ke sana ke sini. Manusia hanya perlu melepak di depan TV, sambil jari jemari menari di papan kekunci gadjet masing-masing. Ah, gadjet pulak mesti yang paling latest sekali. Semuanya di hujung jari kelingking.

Tak payah pi tengok contoh jauh-jauh. Ni apa yang aku sedang buat ini membukti segala-galanya. Bila lepak reramai dengan rerakan di kedai makan, pakat semua keluarkan gadjet canggih mereka. Jumpa di depan, tetapi asyik sibuk nak main Facebooknya, Twitternya, Instagramnya, Petakempatnya dan Friendsternya (kat sini boleh letak emoticon sengih sampai ke telinga).

Jadi adakah teknologi membawa kepada merenggangkan ukhwah di dunia nyata? Jawapan aku adalah YA. Tapi.....

*meneguk air strawberi*

Bukanlah semua. Tetapi terjadi di kalangan kita. Jika ukhwah tetap rapat di dunia maya dan nyata, alhamdulillah. Teruskanlah. Jika tidak kena fikirkan jalan penyelesaiannya. Sebab benda ni aku alami sendiri which is ada orang lalu sebelah, tapi dia ushar ushar sahaja, lantas membuat sesi teguran di Facebook/Twitter. Nampak tak permainannya kat situ?

Ramai aku jumpa mereka sangat ramah di dunia maya. Tetapi bila bertemu, oh pendiam rupanya. Okey. Aku pulak sebaliknya. Ada orang kata aku kurang friendly di dunia maya, tapi insyaAllah aku peramah di dunia nyata.

Ok nasi chicken gua dah sampai. Gua melantak dulu. Moga teknologi terus merapat ukhwah kita di dunia maya dan nyata.

Caucincalok!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone



You Might Also Like

16 Comments

  1. Hmmm... Ada betul jugak. Kekadang teknologi boleh renggangkan hubugan dan kekadang boleh merapatkan hubungan. Kita amik yang baik sajalah.

    ReplyDelete
  2. SANGAT SETUJU!

    Saya juga ada cerita yg sama. Saya ada kawan baik yg dah dekat setahun tak jumpa. Tapi kami kerap tweet satu sama lain. Tapi bila dia dah berada dekat dengan saya, masing masing blurr dan macam segan. Dah macam bergaduh pulak, walhal kalau kat tweet mesra je. Cuma di alam nyata, tak seramah di alam maya.

    Dan...saya pernah jumpa saudara di pasar malam minggu lepas. Tak berani nak tegur. Huhuuuuu.

    Hipotesis anda diterima.

    ReplyDelete
  3. p0n boleh.. hee :D menarik entry..
    sye dua talkative dunia nyata dan maya :)

    ReplyDelete
  4. heheh.. tapi perkenalan di dunia maya juga boleh membuahkan persahabatan yang sangat rapat didunia realiti (sejantina). Itu yang berlaku pada saya, walaupun pada asalnya saya memang tidak pernah percaya kepada rakan alam maya sehingga february 2011 yang memecahkan tembok penghalang itu bila buat pertama kali berjumpa dengan group blogger. Apapun kena pandai pilih kawan.

    Tapi saya kalau keluar dengan kawan, nset memang duduk dalam beg diam-diam, tiada gangguan untuk lepaking dengan kawan-kawan. kawan-kawan pun sama macam tu. :-)

    ReplyDelete
  5. Memang diakui,
    kebanyakannya maya dan nyata ada bezanya :)

    ReplyDelete
  6. xdapat tidak..dunia dah betul2 merubah segalanya...kalau dulu sebelum tahun 2006, blogger sgt terkenal.selepas Fb dijahkn di dunia...tumpuan manusia dah beralih...proses mengupdate blog semakin Kurang...dan memakan masa... anak2 kecil pn dah tak main di luar...duduk terperap dlm rumah main games..dah xreti sgt nk sepak bola...xreti main ting ting...sedih...

    ReplyDelete
  7. dah jumpa bukan nak tegur..mmg hebat dunia teknologi sekarang..esok2 pun tidur sebelah pun nak cakap selamat mlm pun thru henpon.. ;)

    ReplyDelete
  8. setuju, setuju dan setuju..

    harap-harap ukhwah takkan renggang dek teknologi.

    perkongsian yang ringkas dan as usual, berisi ! :)

    ReplyDelete
  9. bunda juga setuju, perkongsian yg manfaat..

    ReplyDelete
  10. stuju!. jngan smpai dengan teknologi , ukhwah smakin renggang,..

    ReplyDelete
  11. Mungkin ini juga salah satu perancangan mereka yg ingin melihat Umat Islam reggang..Apapun2, jom kita satukan umat ini dengan berjemaah di masjid :)

    ReplyDelete
  12. di dunia maya semua perkara boleh berlaku...

    ReplyDelete
  13. Teknologi haruslah digunakan secara bermanfaat seperti meningkatkan silaturrahim. Namun kadangkala kita sibuk dengan orang yang jauh tapi lupa dengan yang dekat.

    ReplyDelete
  14. kadang-kadang teknologi boleh merapatkn kita dgn masyarakat diluar...selain itu jugak blh memberi nasihat dan dakwah cara yg halus dgn post2 yg berunsurkan nasihat dll

    ReplyDelete
  15. ada pro & cons...bergantung kepada kita untuk memanfaatkannya sebaik mungkin atau sebaliknya.. ada sesetengah tu terlalu leka dgn gajet masing2 sampaikan lupa pd orang yg berada sekeliling..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe