Boikot Produk Israel

November 21, 2012




Hipokrit!

Itu antara perkataan yang dilaungkan apabila bercakap mengenai boikot. Boikot apa pulak ni? Boikot barangan Israel? Eleh, bukan dulu dulu dah boikot ke? Lepas tu dua tiga bulan, semuanya hilang. Semua cari balik, makan balik Mekdi. Ye kan? Jadi hang toksah dok boikot sangatlah!

Antara perkataan yang dizahirkan dengan tulisan. Sejak isu Gaza dibom oleh rejim Zionis semua isu dinaikkan semula. Ramai yang menghulurkan bantuan di samping doa yang berterusan. Alhamdulillah, masyarakat Malaysia masih terkenal dengan sifat perikemanusiaan. Tidak kira bangsa dan agama. Suatu nilai yang perlu kita teruskan untuk menjadi manusia yang hebat di sisi Allah.

Salah satu tindakan orang macam kita adalah boikot barangan dari Israel. Ya itu salah satu usaha penduduk Islam di seluruh dunia untuk melumpuhkan ekonomi Israel. Tetapi biasalah orang-orang dekat Malaysia ni ada saja tak kenannya. Tak cari pasal mana best. Kena timbulkan isu baru sensasi. Baru boleh sakitkan hati insan lain.

Sehinggalah terbit status ini di Facebookku:



Timbul satu soalan dari insan yang bernama Siti Zuraidah Abu Zaharin. Dan jawapan aku adalah:




Berusahalah walaupun sedikit. Kita hidup senang lenang di bumi Malaysia, sedangkan rakyat Palestine setiap masa mencari perlindungan dari dihujani peluru dan meriam. Kita di sini boleh merancang kehidupan yang lebih baik untuk masa hadapan, rakyat Palestine di sana berjuang mempertahankan nyawa setiap masa. 

Kita masih boleh hidup tanpa makan Mekdi. Tetapi lihatlah apabila Mekdi menawarkan makan percuma, ramai yang berduyon-duyon beratur di luar sana. Sungguh ketara perbezaannya di Malaysia dan di luar negara. Kesedaran kita mungkin tidak sehebat mereka. Gambar di bawah menerangkan segala-galannya.



Adakah kita tidak boleh hidup jika tak makan Mekdi?

Di bawah antara barangan dari Israel yang boleh kita boikot. Jika kita tak mampu boikot semua, mulalah dengan memboikot satu terlebih dahulu. Moga Allah terima usaha kita. InsyaAllah.


Hami Asraff:

"Kesedaran itu penting untuk mendidik diri. Orang lain tidak mampu mengubah kita. Kitalah orangnya yang perlu mengubah diri sendiri."


You Might Also Like

7 Comments

  1. yang nak memboikot teruskan usaha murni tu, yang xnak boikot tu tapayah la nak mengutuk2 nk cakap macam2 dekat orang yg nk memboikot, walopon contoh memboikot mcd, at least dia berusaha untuk tidak menyokong Israel walopon hanya memboikot mcd. :)

    ReplyDelete
  2. Orang yang memboikot diperli dan dipersenda kerana memboikot ikut musim. Itu normal dan biasa. Tapi ada jugak orang yang memboikot, memerli dan menghina orang yang tidak mahu memboikot. Mulanya nak mengajak orang berbuat baik tetapi diakhirnya mengutuk orang yang diajak kerana tak nak buat baik. You doing it wrongly. Nak ajak orang buat baik, kena berhikmah. Dia xnak, kita tak boleh paksa.

    Bagaimana pula dengan orang yang tak nak boikot memperlekehkan usaha kita? Kalau kita jugak memperlekeh mereka macam mereka memperlekeh kita, apa guna usaha kebaikkan kita padahal kita sama sahaja macam mereka.

    Ini la umat Islam hari ini, mereka menyeru kepada kebaikkan tatapi menghina mereka yang tidak mahu kepada kebaikkan. Tindakkan ini hanya menjauhkan mereka daripada kebaikkan.

    ReplyDelete
  3. hmm..entah la..nk slhkan rakyat m'sia susah jugak..nnti mengamok habes semua..haa..
    depends la dgn kesedaran masing2.tp mmg nmpak lah yg plg kene boikot mcD je..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, fr a blogger.
    Malaysian Muslims have already lost the war.We lost to McD, televisions, songs, games, KPops, and cigarettes.We are their sheeps, we are their goats.We are no one in their eyes.But Gaza, fuh.That's a different story.They live by the al-Quran,they live the life of the Sahabah.Which is why they running towards Syahid, and Jannah.It's our dream too.

    Boikot barangan Israel itu bagus.Tembakkan doa bertubi-tubi itu jua bagus.Yapp, usaha walaupun sedikit. Tapi kita ada sesuatu yang lebih besar yang perlu dibuat,iaitu beriman kepada ayat Allah,

    "... Kobarkanlah semangat para Mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, karena orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti."

    - Al-Anfal 8:65 -

    ReplyDelete
  5. stuju kte bertindak utk boikot selalu shaja bermusim..jadi tindakan ini sharusnya bermula dgn satu persatu secara tdk langsung kte akan terus utk boikot sbhagian brg yg dkluarkan Israel. tu kdg2 lebih baik menjadi org tahu dan mahu lalu bertindak atas apa yg kte tahu dan mahu itu. bkn sekadar tahu tapi tak mahu ~~

    ReplyDelete
  6. Kita tak mampu mengangkat senjata,
    Tapi kita mampu menadah doa.

    Boikotlah Produk Israel,Sokong produk Tempatan!!!

    #PrayForGAZA

    ReplyDelete
  7. Boikotlah produk Israel,sokong produk tempatan!Ayyuha!

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe