Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
May 24, 2025
Pernah kan hang ada moment buka laptop lama-lama tak tutup? Kalau tutup pun hang biarkan dia mode sleep saja. Oh ya aku sedang rindu zaman itu. Zaman Universiti yang aku rasa terpaling best untuk segala fasa hidup. Zaman Degree, 2008 sampai 2012. Aku rasa zaman itu adalah zaman online di laptop. Belum lagi ada smartphone. Kalau ada pun yang terpaling basic smartphone. Siapa pakai smartphone that time, memang dia terpaling kaya.
Kalau buka saja laptop, memang website pertama yang buka mestilah blog sendiri hahaha. Hang dok ulang baca entri yang sama berulang kali.
Dulu selain blog sendiri, dua blog yang wajib aku masuk adalah Zack Zukhairi dan Fatin Liyana. Siapa blogger-blogger lama mesti tahu punyalah. Dan sekarang aku pun tengah masuk blog depa ni. Sorang posting terakhir 2013, dan sorang lagi 2020. Dan apa dah jadi ya pada Zack Zukhairi?
Sedikit throwback.
Actually tak ada tajuk apa pun untuk entri ini. Hanya rindu kenangan lalu. Aku nak tulis benda lain sebenarnya.
Banyak perkara aku belum faham sebenarnya. Makin digali makin tidak faham jadinya. Jadi aku memutuskan untuk tidak mahu bertanyakan apa-apa. Walaupun di lubuk hati yang paling dalam memberontak ingin tahu, inginkan jawapan.
Pernah tak kau dihadapkan dengan ujian bertimpa-timpa? Mesti pernah kan?
Baru saja habis ujian pertama, terus dapat ujian kedua. Ujian kedua belum berakhir, ujian ketiga menyelit. Dan tak kurang jugak, ujian keempat pula menerpa.
Penat.
Penat fikir semuanya.
Dan sampai satu ketika, kau biarkan semuanya.
Biarkan semuanya berlalu sahaja.
Dan lahir di lubuk hati yang paling dalam secebis harapan.
Harapan untuk semuanya akan baik-baik sahaja.
8 Comments
Kekadang makin kita persoal makin jauh persoalan tu. Mungkin cara terbaik kita berhenti persoala dan teruskan ke step seterusnya. Bak kata omputeh, move on :)
ReplyDeleteBetul. Berhenti bertanya, dan jalan terus.
DeleteDulu-dulu kat blog selalu ada chatbox, bukak je blog 24 jam sbb nk layan chat di chatbox.. haha
ReplyDeleteHaha iya. Saya pun pernah terjebak jugak.
Deletezaman dulu, baca blog cik Epal, Hanis zalikha, ben Ashari..tp..skang masih ada ben Ashari...
ReplyDeleteada waktu senggang je, buka laptop..tengok blog...padahal blog bukan ada apa pun...sendu ja.. hahaha
Zaman sekarang saya dah tak tahu nak masuk blog siapa. Sebab tu masuk blog sendiri. Haha. 🤭
Deletebarangkali ujian bertimpa-timpa tu juga mungkin kerana doa-doa yg kita pernah minta sebelum ni. contoh, kita mohon doa agar dpt msk syurga tanpa hisab, jd nya ujian tersebut pastinya selari dgn 'harga' syurga yg mahal...
ReplyDeleteAllahu setuju.
DeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)