Bekerja Dari Rumah Dan Teori Konspirasi

October 20, 2020

 
Tak pernah menyangka kan? Yang suatu hari kita perlu bekerja dari rumah untuk teruskan hidup. Dan hari ini kita dah pun realisasikannya. Ya memang ada sesetengah pekerjaan yang perlu bekerja dari rumah. Tapi tak semua yang begitu. Contoh termudah adalah aku sendiri. 

Sebagai Takaful Consultant adalah amat imposibble untuk bekerja dari rumah. Ya la sebab pekerjaan aku ni memang wajib jumpa orang. Tapi apa kan daya dek kerana Corona Virus, semuanya perlu dilakukan di rumah sahaja.

Tahun 2020 yang terlalu banyak ujian dan dugaan. Tak tahu apa yang Tuhan ingin tunjukkan. 
Jadi bila bekerja dari rumah, hang berpeluanglah untuk on laptop. Kalau tak bila entah nak on. Sebab tuntutan kerja aku sekarang, hanya perlukan sebuah iPad. Ada iPad beres semua kerja.

Jadi sesambil buka blog ni aku buka Youtube. Entah kenapa lately suka benar nak menonton mengenai Teori Konspirasi ni. Dulu dulu pun dah tau dah pasal Teori Konspirasi ni. Tapi macam biasa tak pernah ambil port sangat pun. Dan sekarang pun hanyalah sekadar tonton, generate sendiri dalam otak, dan dapat info. Tidaklah 100% percaya apa yang didendangkan.

Tertarik dengan satu Teori Konspirasi berkenaan dengan lagu Lady Gaga, 911. Dari dulu lagi kalau tak pelik tu bukan Lady Gagalah. So ada 1 video ni dia rungkaikan the whole story dalam video klip lagu 911 tu. Tak nak komen lelebih. Tapi korang boleh tengok di bawah ni.




So, wallahualam.

Kita tengok, kita nilai. Jika ada perkara yang baik kita ambil sebagai peringatan dan pedoman. Tapi jika sebaliknya, kita ambil ia sebagai satu bentuk hiburan.

Apa pun, hidup perlu diteruskan. 

Teruskan apa yang kita ada, teruskan hidup.

Moga Allah pelihara kita semua.

You Might Also Like

2 Comments

  1. Macam mana kalau kita tak ambil peduli tentang teori konspirasi ni? Macam mana kalau semua orang tak ambil peduli pasal ni. Kiranya macam LG buat MV macam tu tapi takda siapa peduli dengan konsep dan agenda di sebaliknya. Apa akan jadi agaknya eh. Tiba-tiba terfikir pula. HEh.. ~ happy WFH. Stay Safe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya masih ramai dekat luar sana tak ambil peduli pun.

      Delete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe