Sesi Monolog Dalaman

Thursday, July 21, 2016

Bangun Dan Lakukan Apa Yang Ada Di Depan Mata






Baru beberapa saat yang lalu, aku berkicauan di Twitter,

"Bila terlalu stress, kadang kau rasa macam tak nak fikir apa-apa. Itu normal. Tidurlah. InsyaAllah bila dah bangun, kau akan okey semula."

Cubaan untuk tidur terhalang. Ya memang kalau dah terlalu banyak fikir, lagi susah nak tidur sebenarnya. Kau goleklah 360 darjah di atas tilam sekalipun, mesti susah nak lelap punya. Semuanya nak menyerbu masuk dalam kepala otak. Tak faham mengapa.

Ah!

Aku buka laptop. Aku masuk blog sendiri. Tatap blog ini. Gila lah. Macam orang tua yang ditinggalkan di rumah orang-orang tua tanpa ada anak-anak dan saudara mara datang melawat. Ya itulah gambaran sebenar yang aku boleh paparkan tentang blog kesepian ni. Sayu deep deep je. Gila kau tak sayu kalau duduk rumah orang tua tak ada yang datang melawat.

Okay over. Aku totally blur. Lepas raya dah balik ke kotaraya, terus lemau selemaunya. Semua benda tak bersemangat nak buat. Homesick pun ada. Gejala ni aku perasan dah sebati dengan diri since aku sekolah berasrama dari Tingkatan 1 sampai 5. Hinggalah terbawa ke zaman U dan sampai zaman bekerjaya. Dia punya perasaan hiba homesick tu tak tau nak habaq. Rasa rindu je dekat rumah. Rindu je dekat mak ayah. Tapi homesick tu bertahan dalam masa seminggu. And then bila kau dah jalani kehidupan, makin hilang homesick tu. Yes perasaan tu wujud sampailah sekarang.

Biasalah. Nama pun manusia.

Ada kan bila di satu saat, kau rasa macam tak nak buat apa-apa. Kau tak nak fikir apa-apa. Kau nak duduk rileks je. Kau nak makan dan tidur, tengok TV, tengok movie, tengok TV Series sambil makan kuaci bersilang kaki. Yes indahnya perasaan itu. Kau tak nak fikir semua masalah dunia. In the end, semua tu hanya terbayang di minda sahaja. Sebab kau memang tak boleh buat macam tu. Kalau boleh pun, sementara cuma. Sebab apa? Sebab kau ada tanggungjawab nak pikul dan galas. Kau ingat kau anak Datuk? Anak Tan Sri? Nak terbongkang depan TV sambil gelak orang kaya? Semua tu yang berlaku di slot Akasia bro. Bukan di alam nyata.




Jadi kau kena wake up dari tidur. Kena bingkas bangun. Kau kena start buat.

Buat apa?

Buat apa yang ada di depan mata kau sekarang. Hai laptop, kau memang penyelamat. At least bila aku start menulis di sini, semua benda yang menjalar di minda ni sikit demi sikit kian hilang. Aku start baca entri-entri lama dalam blog 'Abstrak Jiwa' ini. Ya Allah, tak sangka aku mempunyai kerajinan menaip yang superb suatu masa dulu. 

Dan aku terimbas satu babak masa zaman study dulu. Degree Electrical Engineering di UiTM Shah Alam. Kelas subjek Control System. Nama dia Dr. Lee kalau tak silap aku. Lecturer Chinese. So first class dia memang aku terkesan sampai sekarang. 

"You know Nike tagline? Yeah Just Do It! So no matter who you are, what you do, just do it!"

Subjek Control System ni memang susah. Killer paper. Aku pun repeat paper ni. Tak budak Engine la kalau tak repeat paper. Hahaha. Kata-kata Dr. Lee tu selalu terngiang-ngiang. Susah macam mana pun kau kena buat jugak. So buat je, just do it! Dan bila aku apply "Just Do It" ni untuk semua perkara memang ternyata berkesan. 

Bila di saat kau rasa stress dengan kehidupan dunia, percayalah semua tu sementara sahaja. Stresslah macam mana sekali pun, insyaAllah akan ada jalan keluar. Jadi nak tak nak kau kena lalui jugak hidup tu. Ada masalah sebesar mana pun, kau tetap kena redah. Buat dan buat. Itu je tips yang kau perlu semat dekat diri. Dan bila kau toleh kembali jalan hidup kau, dah berapa banyak perkara sukar yang kau dah pun berjaya harungi? Sebab apa? Macam mana? Sebab kau teruskan hidup. Kau terus buat dan buat. Sebab tu kau dah pun berjaya sampai tahap ini.

Duduk sendiri kena banyak muhasabah diri. Semuanya dari Ilahi. Stress pasal dunia tak bawa kita kemana. Stress dan berusaha cari jalan keluar. Itu yang kita semua kena buat sebenarnya.

Okey guys? So selamat menjalani hidup dengan lebih sempurna. 



Hami Asraff:

"Kita mahukan dunia sampai lupakan Dia. Kita terlupa yang beri segalanya adalah Dia. Jadi mengapa dahulukan dunia berbanding pemberiNya?"




8 comments:

Anonymous said...

sye setuju dgn tulisan anda. mungkin kita alami rasa yg sama dlm situasi yg berbeza. InsyaAllah, setiap mslh pasti ada jln keluar kn😔😔😔

Anonymous said...

Apa yg diperkatakan tu memang saya sedang alami. Buntu tp insya Allah, ada jalan keluar. Huhu

bukankosong said...

kita punyai masalah yg sama

tak suka stress dtg & kdg malas nk pk perihal kerja yg non stop serabut kepala

lg tinggi position & lg besarla tanggungjwb & tersangat serabut kepala


ada ketika mcm ang cakapla, nk berada di rumah je bermalasan tahap dewa tanpa pedulikan apa2

tp hidup bkn semudah itu, kalau mudah lama settle tanpa apa2 drama

so layankan aje semua ini, ada masa nnti pergilah bercuti, keluar ngn si dia ke utk lupakan segalanya

wish u happy alwayz

:)

sea_lavender said...

nice entry hg kali ni! sama la wei cheq pn rasa benda sama lemau selemau2nya~ but trbaca entry hg trus kena bangkit. Just do it! Thank you!

Nur Fannun said...

ok la tu ada homesick & tak hilang2 lagi walau dh besar panjang, tu tandanya ada keluarga yang bahagia & harmoni.

Kadang-kadang kita yang sengaja serabutkan diri dengan overthinking, lepas tu secara tak langsung lemahkan semangat diri.

Rapunzel Cikilolo said...

kuatkan semangat ya.

dear anies said...

homesick tu lumrah... kalau x de perasaan homesick tu mcm org xde perasaan laa pulak kan..

Jari Manis said...

jika ingin dunia kejarlah akhirat kerana dunia akan ikut kita