Coretan Di Kala Insomnia (Siri 7)

April 26, 2016


Hari Isnin dimulakan dengan sesuatu yang kurang indah. Hari ini aku terlewat sedikit keluar rumah untuk ke office. Yeah memang aku tau setiap hari memang jem bukan kepalang. Tambah-tambah hari Isnin. Memang teramat jem. 

Pagi tadi aku keluar pukul 7.00 pagi. Perjalanan dari Seksyen 7, Bandar Baru Bangi ke Jaya 33, Petaling Jaya lebih kurang 30 km. Dan mengambil masa 31 minit perjalanan (perjalanan biasa tanpa jem). Dalam fikiran, memang dah tahu bakal jem teruk. Tapi tetap redah juga. Jadi korang rasa aku mengambil masa berapa nak sampai office? Aku sampai 9.30 pagi. Ambil masa 2 jam 30 minit weh! Gila tak? Krem habis kaki walaupun aku naik kereta auto.

Di office settlekan payment client dan paperwork. Hari ini tak ada appointment. Hanya follow up dengan beberapa orang prospek dan sediakan quotation Takaful untuk mereka. Alhamdulillah happy dengan kerjaya sebagai Takaful Advisor. Di samping memberi kesedaran pada orang, kerjaya ni buat aku jadi seorang yang positif dan bersemangat tinggi. Alhamdulillah syukur dipertemukan dengan bisnes hebat ini.

Sebelah malam pulak, aku tetap kena datang office. Jadi trainer untuk ejen-ejen part time. Berkongsi sedikit ilmu dan selok belok dalam bisnes Takaful ini. Walaupun baru dua tahun berkecimpung, diberi kepercayaan untuk menjadi seorang trainer, tak akan aku sia-siakan.

Lepak, berbincang, memberi motivasi, sama-sama berkongsi tentang masalah yang dialami. InsyaAllah sama-sama mencari jalan keluar dari segala kebuntuan. Itu untungnya ada teamwork. Saling melengkapi.

Balik rumah. Imsonia menyerang. Makanya, tercoretlah sesuatu di sini.

2:11 pagi
26 April 2016
Kamar Beradu
Bandar Baru Bangi


You Might Also Like

3 Comments

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe