Sesi Monolog Dalaman

Friday, February 12, 2016

Coretan Di Kala Insomnia (Siri 6)


Biasanya coretan insomnia ni terhasil di saat aku sedang bergolek ke sana ke mari di atas pembaringan tilam. Pegang phone, scroll down, scroll up semua sosial media. Membangkitkan suasana bosan, lalu aku bertandang ke sini.

Seperti biasa sebelum tidur aku akan buat to do list untuk esok hari. Banyak benda nak kena settle. Kalau dah nama kerja, sampai bila pun tak pernah settle. Kalau dah busy, everyday, everytime akan busy. 

Otak ligat berfikir dengan carca merba masalah. Macam-macam problem lately. Yes problem is our bestfriend. Baru nak terlepas dari cengkaman masalah, masalah lain pulak membaham diri. Tak sempat mengelak, kedebuk jatuh di kepala.

Belajar terima segala masalah dengan berlapang dada. Belajar bertenang (walaupun kadang sukar bertenang), belajar cari solusi. 

Moga esok hari sentiasa membawa erti.

1:00 pagi
Kamar Sepi
Bandar Baru Bangi




2 comments:

ax said...

Wah2 asik ber wechat bahaya betoi iman di lambung2

Bro Ley said...

Kalau fikir pasal kerja, kerja ni sampai bila pun x abis. Lepas settle satu isu, ada isu lain pulak. Tapi benda tu semua ajar kita utk jadi lebih baik n matang.

Kerja macam mana pun sibuk, kena try cari masa appreciate org2 yg rapat dgn kita, especially family la. Kerja boleh cari lain, family x boleh ganti camtu je..