Sesi Monolog Dalaman

Thursday, February 26, 2015

Ubah Cara Kita Berfikir. Kita Mampu Mengubah Dunia.


2.46 pagi.

Kelawar Man sedang menguasai diri. Nilai-nilai insomnia mula menyerap pada diri. Seperti dahulu kala. Bertepatan dengan tema Blog Abstrak Jiwa.

Coretan hidup di kala insomnia.

Merayap ke susur sesawang. Youtube menjadi pilihan. Agenda utama jika membuang masa dalam dunia tanpa sempadan. Hasil rayapan, terjumpa video-video yang menyentuh jiwa.

Video kat bawah ni dah pernah ushar. Mungkin di antara kita pun pernah menontonnya.




Video yang simple. Tapi mesej yang kebaboom. Antara sedar atau tidak, banyak perkara-perkara penting yang kita dah lalui dalam hidup ini. Ada happy, tak happy pun bukan main banyak lagi. Kekadang, kita terlalu ambil mudah dengan segala yang berlaku. Kita memperkecilkan hal-hal yang remeh. Endah tak endah.

Dalam video yang dipaparkan, seorang lelaki buta meminta sedekah dengan menulis,


"I'M BLIND. PLEASE HELP."


Ya itu yang kita perasan. Bila kita melalui pakcik ini, kita sedar dan kita tahu pakcik ini sememangnya buta. Dan sememangnya memerlukan bantuan. Dan dah berapa ramai kita melihat pakcik-pakcik begini. Dah terbiasa. Makanya, tidak ramai yang membantu (bab ikhlas itu cerita lain) dek kerana "gejala biasa" yang kita sering pandang.

Dan tiba-tiba muncul minah misteri menyelamatkan keadaan. Dengan sedikit sentuhan magiknya, ramai yang bersedekah dan menghulur bantuan. Apa rahsianya?

"IT'S A BEAUTIFUL DAY AND I CAN'T SEE IT."

Beliau mengubah sedikit sahaja, dan segalanya berubah. Kerana apa? Kerana kita merasa. Emosi kita ada. Dan kita berasa dekat dengannya even ianya perkara biasa. Itu yang terjadi dalam kehidupan sehari-hari. Banyak perkara-perkara yang membebankan dek kerana minda dan hati telah dikawal sedemikian rupa.

Cara kita berfikir, cara kita bertutur, cara kita bertindak, cara kita mengawal emosi dan sebagainya. Kita takut untuk mengubah apa yang telah tersedia. Kononnya kita telah berada di zon selesa. Walhal masih banyak yang belum diteroka.


Video di bawah antara salah satu rutin harian yang biasa kita lakukan. Mungkin kita perlu sedikit perubahan.




Start dari hari ini, jom kita perlahan-lahan berubah. 

Kita adalah apa yang kita inginkan. Siapa tahu, dengan sedikit perubahan, kita mampu mengubah dunia. Andai tidak mampu mengubah dunia, sekurang-kurangnya mampu mengubah diri ke arah lebih baik.


Hami Asraff:

"Tidak perlu menyesal dengan perubahan. Menyesallah jika tidak berubah dari sekarang."


3 comments:

adarain said...

Semoga kita mampu berubah dengan istiqomah.

♥ Nana BamBam ♥ said...

jika tidak kita mulakan, bila lagi?

^_^

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)