Sesi Monolog Dalaman

Saturday, February 15, 2014

Apa Matlamat Hidup Aku Sebenarnya?


Tak boleh tidur. Golek sini, golek sana serba tak kena.

Bangun.
Buka lampu.
Capai buku.

Lihat jam. Pukul 2.33 pagi. Oh insomnia menyerang lagi. Nasib baik esok cuti. Makanya memberi chance insomnia merajai minda dan hati.

Teringat sesuatu. Dalam kelas tempoh hari. Semasa berceritakan sesuatu pada students aku. Oh ya, aku memang suka bercerita. Mohon students aku bertabah dengan cerita-cerita penglipur lara yang sering disampaikan.

Aku cerita kat depa mengenai tiga manusia yang terdampar di pulau. Suatu hari depa terjumpa lampu ajaib. Bila digosok lampu ajaib berkenaan, keluarlah jin. Ya part ini tahyul. Makanya layan sahaja.

Lebih kurang macam cerita Aladdin. Bila keluar jin, jin cakap kat depa dia mampu tunaikan 3 permintaan depa.

So manusia pertama meminta supaya dia pulang ke rumah kerana terlalu rindukan isteri tercinta. Jin tunaikan permintaannya.

Permintaan manusia kedua pun mahu pulang ke rumah kerana rindukan anak-anaknya. Jin tersebut juga mampu tunaikan permintaan manusia kedua tadi.

Tinggallah seorang sahaja iaitu manusia ketiga.

Hmmm... Agak-agak anda tahu apa permintaan manusia ketiga ini?

Dia meminta supaya manusia pertama dan kedua kembali ke pulau berkenaan dan mahu bertanya pada mereka apakah permintaan paling sesuai.

Jin pun menunaikan permintaan manusia ketiga dan sekaligus jin hilang dari pandangan mata. Maka, mereka bertiga pun terus terdampar di pulau berkenaan sampai bila-bila.

*******

Moral cerita di atas:

Hidup kita semua perlu ada matlamat. Matlamat pula haruslah jelas. Bukan hanya ikut telunjuk dan kemahuan orang lain.

Berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu. Bukan hanya main hentam sesuka hati tanpa memikirkan natijah yang bakal dihadapi.

Itu saja mahu berkongsi.

Mahu rebah kepala semula.

Tutup mata.

Tanya pada diri.

"Apa matlamat hidup aku sebenarnya?"

Hami Asraff:

"Sebelum tidur set matlamat yang jelas di minda. Moga bangun esok pagi dengan hati positif dan jiwa bersemangat waja."

Thursday, February 6, 2014

Manusia Yang Sibuk


Manusia ini sering sibuk.
Sibuk sana, sibuk sini.
Sibuk sibuk sibuk.
Itu sahaja alasan sering diberi.

Sibuknya mengalahkan menteri.
Sibuknya mengalahkan CEO.
Sibuknya mengalahkan usahawan.
Sibuknya mengalahkan jutawan.

Rupanya, sibuk itu menjadi alasan semua.
Disebabkan sibuk semua benda tergendala.
Seperti dirinya seorang sahaja paling sibuk di dunia.
Geleng kepala.

Rupanya, sibuk ber'online' di alam maya
dikategorikan sebagai sibuk juga.
Baru tahu.
Sesetengah manusia begini.
Mungkin ramai.
Ya mungkin.

Bila untuk manusia penting, kesibukan itu ditolak tepi.
Bila untuk manusia yang tidak dipandang, kesibukan itu alasan utama.
Inilah segelintir sikap manusia.
Sikap yang kian jelek buat manusia yang tidak penting.

Sibuk dengan dunia.
Sampai bila pun tidak akan habis punya.
Sibuk dengan akhirat sana.
InsyaAllah ada ganjaran menanti bahagia.

Hami Asraff
00:43
060214
Malam yang galau,
Bangi