Manusia


Kadang-kadang...
Manusia itu terlalu kompleks,
Semuanya salah di setiap aspek,
Salah sendiri disimpan dalam poket,
Salah manusia lain dirobek-robek.

Kadang-kadang...
Manusia itu tidak bersyukur,
Mengeluh sana-sini berhambur-hambur,
Lupa pada nikmat pandangan kabur,
Yang ada cuma nafsu berbaur-baur.

Kadang-kadang...
Manusia itu sibuk mencanang,
Mencanang keburukan supaya rasa senang,
Walhal sebenarnya mengundang tidak tenang,
Apatah lagi belas ihsan orang.

Kadang-kadang...
Manusia itu jiwanya tidak dibajai,
Hatinya itu tidak dicuci,
Makin hari titik hitam sebati,
Cepat cuci hati sebelum titik hitam meliputi.

Kadang-kadang...
Kita kena belajar menyayangi,
Jangan hanya belajar menghukumi,
Kita kena belajar memahami,
Selebihnya biar Allah urusi.

Hami Asraff
03:04:05
21 November 2013
UPM, Serdang
Selangor

Comments

Ragam manusia.
Bermacam-macam.
Yang elok molek jadi teladan.
Yang sebaliknya, buat sempadan.

Nukilan hebat di UPM.
salam ziarah. :)
Cik Itah@RRP said…
berupa teguran yang membina..nice sharing..
bole buat lirik lagu ni.. :D

mohon kongsikan artikel anda di www.kongsiblog.com

thanks
ezad said…
syahdu,:-)

Kepada pembaca lain,sila la lawat laman saya disini,banyak info yang anda belum tahu>>klik sini :-)<<
Alfa said…
Aku suka blog ni...teruskan berkarya !!

Popular posts from this blog

Bolehkah Orang Melayu Yang Beragama Islam Bermain Nombor Ekor?

Terlalu Rindu Ayah. Hargai Ayah Anda Selagi Mereka Masih Ada.

Kita Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang. (Nukilan Di Malam Sepi)