Sesi Monolog Dalaman

Thursday, November 22, 2012

Budi Bahasa Yang Baik Mencerminkan Siapa Kita Sebenarnya


Assalamualaikum w.b.t

Ini entri spontan. Baru sahaja kejadian yang tidak diingini ini berlaku. Penting. Sebab ianya melibatkan maruah diri. Ceh konon maruah diri. Okey tak tak, bukan melibatkan maruah diri, tapi melibatkan budi bahasa budaya kita.

Tadi gua dapatlah sebuah panggilan dari operator TM. Lelaki. Perbualan ini sempat dirakamkan oleh medula oblongta gua dan ditransferkan dari jari jemari seterusnya disalurkan ke sini.

Operator: Hello, assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Encik Hami Asraff?

Aku: Waalaikumussalam. Ya saya bercakap. 

Operator: Boleh luangkan sedikit masa untuk bercakap?

Aku: InsyaAllah boleh.

Operator: Saya dari Telekom Malaysia. Encik Hami ada pakai streamyx kan dekat Kedah?

Aku: Ya saya.

Operator: Difahamkan Encik Hami pakai pakej terendah, jadi kami ingin menawarkan pakej baru kami di mana Encik perlu membayar sebanyak sekian sekian. Pakej ini Encik boleh menggunakan perkhidmatan internet di rumah dan di luar.

(Beliau menerangkan 2 minit tentang ini)

Aku: Tapi saya tak ada di Kedah sekarang.

Operator: Khidmat kami sudah mula meluas ke seluruh Malaysia. Jadi di mana ada hotspot yang terpilih Encik boleh surfing internet ini.

Aku: Oh terima kasih. Buat masa ini saya tak berminat lagi.

Operator: .............

*kedengaran gagang talipon diletakkan*

Eh macam tu saja? Tak bagi salam? Tak bagi terima kasih. Tadi bukan main lemah gemalai memberi penjelasan. Hai kalau ye pun marah, rileks la. Eh tapi kenapa dia nak marah pulak? Jadi aku cuba husnuzon. Mungkin line terputus kot. (Husnuzonnya aku).

Actually minggu lepas pun dah kena dah. Dari TM jugak. Situasi lebih kurang yang sama. Tapi kali ini operator perempuan. Permulaan bualan bukan main lemah lembut, sopan santun budi bahasa, tulus mulus budi bicara, tapi tatkala aku kata tak berminat, terus letak talipon. Hai, pesyen gapo dio ni? Adakah  mereka diasuh begini?

Sebelum hampa nak kata aku ni nak kata kat TM teruk ke apa, wait. Aku tak kata semua operator macam ni. Tapi ada di kalangan kita. Mungkin bukan aku seorang saja yang kena. Mungkin yang lain pun pernah kena. Cuma tertanya-tanya, kenapa perlu begitu? Kalau ye pun customer tu tak mahu, cubalah cakap elok-elok. Sekurang-kurangnya terima kasih. Lagipun dah memang kerja seorang customer service kena berdepan dengan customer yang pelbagai. Jadi budi bahasa dan manner itu penting. Ya semua orang tau cuma malas nak amalkannya.

Sama juga situasi kat sebuah kedai makan ni. Datang ambil order muka masam mencuka. Terlebih makan cuka gamaknya Kak Piah ni. Lepas tu pergi bayar di kaunter pun masih memaintankan muka masam mencukanya. Alahai Kak Piah, kalau berterusan macam ni, usah ditanya kenapa esoknya customer dah tak datang.

Kita boleh perbaiki diri sendiri kalau kita mahu perbaiki diri. Kadang-kadang kita terlupa perkara yang simple, tetapi membawa effect besar pada kehidupan. Mari menjadi hamba Allah yang berbudi bahasa, berakhlak tinggi dan jangan lupa lemparkan senyuman. Tak rugi pun hang senyum kat orang. 

Okey causinsi. Wassalam.


Hami Asraff:

"Biar kita tiada rupa, tapi orang pandang akhlak kita. Biar kita tiada harta, tapi kita kaya budi bahasa."

Wednesday, November 21, 2012

Boikot Produk Israel




Hipokrit!

Itu antara perkataan yang dilaungkan apabila bercakap mengenai boikot. Boikot apa pulak ni? Boikot barangan Israel? Eleh, bukan dulu dulu dah boikot ke? Lepas tu dua tiga bulan, semuanya hilang. Semua cari balik, makan balik Mekdi. Ye kan? Jadi hang toksah dok boikot sangatlah!

Antara perkataan yang dizahirkan dengan tulisan. Sejak isu Gaza dibom oleh rejim Zionis semua isu dinaikkan semula. Ramai yang menghulurkan bantuan di samping doa yang berterusan. Alhamdulillah, masyarakat Malaysia masih terkenal dengan sifat perikemanusiaan. Tidak kira bangsa dan agama. Suatu nilai yang perlu kita teruskan untuk menjadi manusia yang hebat di sisi Allah.

Salah satu tindakan orang macam kita adalah boikot barangan dari Israel. Ya itu salah satu usaha penduduk Islam di seluruh dunia untuk melumpuhkan ekonomi Israel. Tetapi biasalah orang-orang dekat Malaysia ni ada saja tak kenannya. Tak cari pasal mana best. Kena timbulkan isu baru sensasi. Baru boleh sakitkan hati insan lain.

Sehinggalah terbit status ini di Facebookku:



Timbul satu soalan dari insan yang bernama Siti Zuraidah Abu Zaharin. Dan jawapan aku adalah:




Berusahalah walaupun sedikit. Kita hidup senang lenang di bumi Malaysia, sedangkan rakyat Palestine setiap masa mencari perlindungan dari dihujani peluru dan meriam. Kita di sini boleh merancang kehidupan yang lebih baik untuk masa hadapan, rakyat Palestine di sana berjuang mempertahankan nyawa setiap masa. 

Kita masih boleh hidup tanpa makan Mekdi. Tetapi lihatlah apabila Mekdi menawarkan makan percuma, ramai yang berduyon-duyon beratur di luar sana. Sungguh ketara perbezaannya di Malaysia dan di luar negara. Kesedaran kita mungkin tidak sehebat mereka. Gambar di bawah menerangkan segala-galannya.



Adakah kita tidak boleh hidup jika tak makan Mekdi?

Di bawah antara barangan dari Israel yang boleh kita boikot. Jika kita tak mampu boikot semua, mulalah dengan memboikot satu terlebih dahulu. Moga Allah terima usaha kita. InsyaAllah.


Hami Asraff:

"Kesedaran itu penting untuk mendidik diri. Orang lain tidak mampu mengubah kita. Kitalah orangnya yang perlu mengubah diri sendiri."


Tuesday, November 13, 2012

Berubah Itu Mungkin Mudah. Istiqamah Itu Yang Payah.






Assalamualaikum w.b.t

Seperti biasa tajuk entri perlu skema dan klise selklisenya. Baru ada ummpph bak kata peminat teh boh lipton. Mai secawan...

Dalam menongkah arus hidup yang bersimpang siur, penuh pancaroba dunia, manusia seringkali dihambat dengan hasutan dunia yang tidak jemu menggoda. Apabila dunia menggoda, manusia ternoda. Siapa yang bertanggungjawab jalankan tugas ini? Tak lain tak bukan mereka inilah: 

NAFSU dan SYAITAN. Mereka kawan baik. Teman sepermainan. Bermain guli bersama-sama. Bergelak ketawa bersama-sama. Menjerumuskan manusia ke lembah hina sama-sama. Utuhnya persahabatan depa dua ni habaq hang. Apabila nafsu dan syaitan bergabung, ianya akan menghasilkan seekor makhluk yang sejahat Majin Buu. (Hampa jangan kata tak kenal Majin Buu. Yang tak kenal pi Yahoo please!).

Majin Buu merangka strategi. Majin Buu mula menguasai dunia. Buat masa ini, Majin Buu juara antara semua lawannya. Tidak terkalah. Jadi beliau mencari lawan yang tidak terkalah. Sehinggalah suatu hari Majin Buu bertemu dengan lawannya yang diberi jolokan gelaran 'Iman'. Nama penuhnya mungkin Mohd Iman. Mungkin juga Nurul Iman. Yang pastinya memang Iman. 

Maka bermula pertarungan sengit di antara Majin Buu dan Iman. Bagaikan bertemu buku dan ruas. Sama hebat. Tetapi sayangnya, Iman tidak konsisten. Pada mulanya Iman mampu menangkis segala serangan Majin Buu. Tetapi lama kelamaan powernya makin berkurangan. Tetapi Majin Buu tidak mengenal putus asa. Terus maintain. Akhirnya, Iman tewas jugak di tangan Majin Buu. Majin Buu terus bergelak ketawa. Cis!


***********



Ya Allah, korang mesti menyesal gila gila kan baca cerita rekaan gua di atas. Maaf. Sengaja mengimbau nostalgia zaman kegemilangan Dragon Ball. Diyakini dan diperakui oleh beberapa orang saksi gua adalah peminat nombot satu Mutiara Naga ini. Jadi di samping kita berMutiara Naga, harapfully dapatlah sepatah dua pengajaran yang dapat diterapkan oleh penceritaan nonsense di atas. Gapo dio?

Itulah manusia. Apabila nafsu dan syaitan bergabung, kita terumbang ambing. Lemah, jatuh dan mengalah. Iman sering goyah. Tetapi kita bangun semula. Kita insaf gila-gila. Kita bertaubat pada Allah. Kita menangis semahu-mahu padaNya. Tetapi semua itu tidak pernah kekal lama. Esok lusa kita ulangi kembali kesilapan lalu. Malah kita hampir terlupa yang kita pernah bertaubat. Kita pernah berjanji untuk tidak mahu ulangi lagi. Manusia oh manusia.

Memang benar, setiap orang mampu untuk berubah ke arah yang lebih baik. Ya setiap orang. Tetapi bukan setiap orang punya keupayaan istiqamah yang tinggi terhadap perubahan baiknya itu. Itulah masalah terbesar untuk manusia. Tiada lain, teruskan berusaha. Teruskan dekat pada Allah. Jangan tunduk pada nafsu serakah yang tidak lelah menghasut. Andai rebah, bangun dan melangkahlah semula. Hidup ini best kalau semua kita buat hanya kerana Allah. InsyaAllah.

Moga kita tidak berkawan dengan Majin Buu. Sekian. 




Hami Asraff:

"Hidup ini sebuah pelayaran. Kita orangnya yang akan mengemudi kapal. Samaada mahu karam, atau tiba selamat ke destinasi, terserah pada kita."

Sunday, November 4, 2012

Makin Makan Garam, Makin Tak Faham





Assalamualaikum w.b.t

Masin itu garam, garam itu masin. Biar mulut manis, jangan mulut masin. Pepatah spontan selalunya sangat tidak bertepatan. Bunyi sangat tidak menusuk ke jantung, hanya singgah ke limpa sahaja. Ya begitulah gamaknya apabila terlebih makan garam.

"Aku dah lama makan garam dari hang!"

Ayat di atas menunjukkan beliau dah lama sangat makan garam. Jadi rasa masin dan hidup telah sebati. Tetapi setelah ditranslatekan ke bahasa yang lebih unggul dia akan berbunyi lebih kurang macam ni la:

"Aku dah banyak pengalaman dari hang. Jadi aku lebih tau."

Oh ya. Dah kenapa dengan tiba-tiba semua ini diusulkan? Begitulah aku. Membangkitkan isu yang tak dilapuk dek hujan tak lekang dek panas adalah sesuatu yang sangat favourite. Ala, kalau tak ada isu, maka tiadalah cerita yang sensasi, tiadalah gosip hiburan terkini, tiadalah Melodi. Eh?

Baik. Seperti biasa. Aku selalu bagi contoh untuk mudah difahami dan diselami. Baru manusia yang membaca dapat kunyah dan hadam seluruh intipati. Itulah yang dinamakan sambil makan roti canai sambil menghirup secawan kopi.

Ceritanya begini. *ada kepulan asap naik ke atas dan seterusnya tayangan disembulkan dari kepulan asap*


Dalam sebuah kampung ada seorang guru agama yang pekerjaannya sebagai seorang guru. Oleh kerana beliau mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, makanya gelaran 'Ustaz' diberi. Ustaz R (Bukan nama sebenar). Ustaz R terkenal dengan sifatnya yang garang bukan kepalang di kalangan anak-anak muridnya. Mahu melemparkan senyuman? Oh itu sungguh asing baginya. Seperti sedang menyembunyikan sebuah ketulan intan dan pertama di dalam mulut. Mungkin. Itu telahan awal. 

Eh korang ni tak baiklah 'Judge the book by its cover'. Tak semua dia buat macam tu kot. Mungkin anak-anak muridnya sahaja. Mungkin itu caranya Ustaz R mendidik. Mungkin. Terus bersangka baik. Husnuzon. Terus berfikir positif pada Ustaz R. Sehinggalah sampai ke pengetahuan Cikgu Karim (Juga bukan nama sebenar).

"Aku bukanlah nak buat buah mulut, tapi ramai orang kata Ustaz R macam tu. Aku banyak kali dah cuba berfikir positif padanya. Tapi tetap tak jalan. Kadang-kadang aku senyum kat dia, dia buat derk je. Itu okey lagi kot. Paling tak digemari ramai sekalian rakyat jelata adalah beliau tak boleh dibawa berunding. Semua pendapat dia sahaja nak menang. Nak betul. Pendapat orang lain, disanggah, semua salah."

Terang panjang lebar Cikgu Karim pada cikgu-cikgu lain.




***********



Cerita di atas menggambarkan segelintir ragam manusia di celahan-celahan jutaan manusia yang hadir di atas muka bumi ini. Diakui, memang kita pernah terjumpa manusia yang sebegini. Malah terlalu ramai. Kadang-kadang menyakitkan hati. Tetapi kita mengalah pada mereka. Mengalah bukan kalah. Mengalah untuk tidak mahu berbalah.

Kadang-kadang manusia yang lebih berusia dari kita menganggap dirinya serba tahu. Makan garam satu kilo sehari. Sedikit pun tidak salah lebih tahu. Malah itu yang seharusnya. Terus mencari ilmu dunia dan akhirat. Tetapi yang menjadi kesalahan apabila merasakan ilmu yang didapatinya adalah betul tanpa mempedulikan manusia sekeliling. Kadangkala manusia sebegini merasakan pendapat orang lain salah sama sekali. Pendapatnya adalah sentiasa betul. Orang lain tak boleh beri pendapat, buang masa, katanya. Kau kena terima bulat-bulat pendapat aku, baginya.

Pendapat

Mungkin masih ramai yang blur tentang maksud pendapat. Kalau nak tau maksud pendapat boleh klik di sini. Tapi untuk menyenangkan korang, teruskan pembacaan. Bila manusia sukar faham apa yang dinamakan pendapat, maka makin sukarlah manusia memahami dan mengenali manusia lain.

Pendapat, bukanlah sebuah jawapan. Tiada jawapan YA atau TIDAK pada perkataan yang bernama Pendapat. Jadi mengapa manusia begitu beremosi pada sebuah pendapat seorang manusia?

Memberi pendapat juga perlu ada batas-batasnya. Ada pendapat yang melibatkan emosi, maka tidak hairanlah orang yang melihat, membaca, mendengar juga akan membalas dengan sebuah emosi. Itu antara sifat manusia yang sukar dibendung. Sesiapa sahaja boleh memberi pendapat. Sesiapa sahaja punya hak untuk meluahkan apa yang dirasanya. Tetapi tak semua orang akan menyenangi akan pendapat seseorang manusia untuk manusia lain.

Itu sebabnya sikap toleransi sangat penting untuk mendidik jiwa. Hormati pendapat orang lain, orang lain akan hormat dengan pendapat kita. Beri pendapat dengan baik, sambutlah pendapat dengan baik. Itu yang perlu kita faham dan kena terus menjadi sebuah amalan. Ingat, tidak semestinya orang muda kena hormat orang tua terlebih dahulu. Tetapi kadang-kadang orang yang lebih tua perlu memberi rasa hormat kepada orang lebih muda supaya ianya menjadi teladan dan pedoman pada generasi muda. Boleh ya pakcik, makcik sekalian? BOLEH!!!! Ya Malaysia boleh, kita pun mesti boleh punya.

Sekian.


Hami Asraff:

"Pujuklah hati untuk terus tabah menerima ujian dari Ilahi. Itu salah satu cara untuk meneruskan hidup ini."