Monday, October 22, 2012

Top 5 Filem-Filem Pendek Yang Bagus Di Malaysia





Assalamualaikum w.b.t

Aku pencinta KamuTiub (sila baca Youtube). Jadi bila malam-malam sebelum melabuhkan kepala ke bantal untuk dibawa ke alam mimpi, aku akan memulakan sesi merayap. Dari satu channel ke satu channel yang lain. Seriously KamuTiub adalah medium yang sangat pantas dan cerdas dalam mengepost video tentang isu-isu terkini. Dari santai, ilmiah, agama, kelakar, menyanyi lagha dan sebagainya. Lagipun biasalah manusia kan lebih suka menonton dari membaca. Ye dak?

Makanya, di sini aku ingin sajikan Top 5 Shortfilm or Filem Pendek terbaik buatan anak-anak Malaysia. Eh wait wait. Top 5 video shortfilm ni adalah terbaik dari penilaian dan tontonan aku. Bukannya buat undian seluruh rakyat Malaysia pun. Okey let's cekidaut di bawah.


5. The Criminal

Mengenai persahabatan. Di sebalik persahabatan, terkandung perasaan cemburu yang membawa kepada niat jahat. Disebabkan niat jahat, sang sahabat sanggup 'menaya' kawannya. Eh mana boleh cerita semua. Klik dan tontonlah sendiri video kat bawah ni.




4. Tomato 1.0

Juga mengisahkan mengenai persahabatan. Ukhwah dalam persahabatan. Sikap tolak ansur, bersabar, saling percaya adalah nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam Filem Pendek di bawah.




3. The Invigilator

Mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar sekolah. Kerenah acapkali yang dihadapi oleh mana-mana pelajar dan guru-guru. Tetapi di sebalik penceritaan dan kehidupan pelajar sekolah ini, tersirat sebuah kisah kepura-puraan cikgu dalam mendidik para pelajarnya.





2. Lightbulb

Short Film ni agak psiko sikit. Mula-mula aku tengok pun tak faham. Aku tengok kali kedua baru mula faham. Penceritaan yang santai, bersahaja tetapi isinya sangat superb dan memerlukan daya pemikir yang tinggi. Genius!




1. Pasport Ekspres

Dalam banyak-banyak Short Film, aku rasa ini adalah yang terbaik. Secara keseluruhannya memang adalah awesome. Video yang memberi seribu satu makna mendalam tentang hidup. Tentang hidup yang sedang kita kejar. Cuba tengok dan amati.





Kesimpulan aku tentang Filem Pendek

Ternyata, filem-filem pendek buatan Malaysia berada pada kelas yang tersendiri. Paling aku puji tentang filem-filem pendek di atas adalah kualiti video dan teknik sinematografi (Ambik hang sinematografi bagai! Bajet pakar. Haha!) yang sangat cantik dan awesome. Sekalung tahniah pada depa di atas yang menghasilkan karya untuk buah minda pada masyarakat.

Bila tonton filem-filem pendek di atas, terfikir aku, kenapa filem-filem di negara kita begitu ketandusan idea dalam penghasilan cerita yang terlalu sarat dengan filem gangster, hantu, lawak yang tiada kesudahannya. Sedangkan masih terlalu banyak perkara manfaat lain boleh digarapkan untuk minda masyarakat.

Jika anda ada saranan Filem-Filem pendek yang bagus lain, sila nyatakan pada ruangan komen di bawah. Moga ada manfaat bersama.


Hami Asraff:

"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat pada orang lain. Berilah manfaat pada orang lain, walaupun sedikit."


24 comments

October 22, 2012 at 10:09 PM

kalau kita melihat, video/filem pendek ni lebih banyak pengajaran yang kita boleh kutip. filem? hurmm boring.

October 22, 2012 at 10:15 PM

Kat USM tak boleh tengok KamuTiub. Sabtu ahad je baru boleh tengok. Nonbor 5, 4 dan 1 je penah tengok. Memang terbaik. Siap download lagi.
v(^_^)v

farhani
October 22, 2012 at 10:18 PM

Menaya tu ape?hehe

October 22, 2012 at 10:24 PM

Menarik..

October 22, 2012 at 10:43 PM

paling terkesan dihati yang last sekali, passport express. pengubat rindu kampung halaman.

"mana mungkin klcc dan sawah padi itu bersatu".

October 22, 2012 at 11:36 PM

@Mohd Firhan Jasni Boring dan begitu klise.

October 22, 2012 at 11:37 PM

@Aziani Zolman Sampai begitu sekali undang-undang USM.

October 22, 2012 at 11:37 PM

@farhani "Mempekena"

October 22, 2012 at 11:38 PM

@Cik Shafeeqah :)

October 22, 2012 at 11:38 PM

@a.N.I.s Ya terlalu banyak kenangan dan nostalgia di situ.

October 23, 2012 at 12:01 AM

kira a must watch video ni.. hehe. ;p

October 23, 2012 at 1:52 AM

Im gonna sound so stupid by asking this, but I don't get Lightbulb. Boo if you want but do enlighten me, anyone?

October 23, 2012 at 3:00 AM

1, 3 dan 4...short filem amat saya suka.

pernah tengok dalam minggu lepas tak silap dari kawan2 facebook juga.

October 23, 2012 at 7:21 AM

Have seen them all before except for Lightbulb; baru tgk taksat ni. Tp masih xpaham msg dia. Mungkin kena tgk bnyk2 kali kot:)

October 23, 2012 at 7:22 AM

Have seen them all before except for Lightbulb; baru tgk taksat ni tp xpaham msg dia. Mungkin kena tgk bnyk2 kali baru phm kot:)

October 23, 2012 at 3:44 PM

ok, baru nak tgk.. =)

October 23, 2012 at 6:10 PM

br lepas tengok pasport ekspress.
memang best.. bnyk pengajaran.

October 23, 2012 at 8:05 PM

A long time tak tengok movie, tv. Yaa, it's hard when u're at campus. but inshaAllah i'll catch it this break.

October 24, 2012 at 10:31 AM

sHort film nie mmg banyak maksud tersirat dan moral di sebaliknya masih belom dapat tengok Lightbulb


Filem melayu sekarang kkdg byk merepeknya hihi...

Anonymous
October 28, 2012 at 1:50 AM

cg tu bg duit kat student utk berlakon? apa yg cuba disampaikan? xpaham... *the invigilator*

November 1, 2012 at 12:28 AM

tak pernah tengok kesemua filem pendek ni. thanks sebab share. akan tgk kesemuanya nnt :)

May 8, 2013 at 10:55 AM

Pasport ekspress paling berkesan sekali jalan cerita dia. Thanks hami for this entry.

May 8, 2013 at 10:58 AM

Terima kasih en. hami atas entry ni. Kalau tak, tak pernah tahu pun wujudnya short film anak melayu yg hebat mcm ni.

May 8, 2013 at 10:58 AM

Pasport ekspress paling berkesan sekali jalan cerita dia. Thanks hami for this entry.

Post a Comment

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman. Tetapi pastikan anda bukan seorang spammer ataupun cik anonymous yang tidak bertanggungjawab :)

Related Posts with Thumbnails