16.11.11

November 16, 2011




Alhamdulillah.

Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi aku kesempatan menghirup udara percumaMU. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku peluang melata di bumiMU. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku kekuatan untuk terus melangkah ke destinasiMU.

Aku tahu terkadang aku tersasar dari jalanMU. Aku tahu seringkali aku meninggalkan suruhanMU. Aku juga tahu yang aku acapkali alpa dalam menggalas amanah yang diberiMU. Aku sedar dan tahu, aku terkilas melupai nikmat yang diberikan olehMU.

Tetapi ENGKAU tidak pernah melupaiku walaupun sedetik. Malah ENGKAU terus membantu aku di saat aku perlukanMU. ENGKAU sentiasa menemani hari-hariku. Malah ENGKAU tidak jemu memberi rahmat padaku.

Ya ALLAH, ampunilah aku.

Terima kasih Ya ALLAH memberi nikmat sihat tubuh badan pada usia 26 tahun ini. Aku bersyukur. Terima kasih kepada rakan-rakan di dunia maya yang sudi ucap Selamat Hari Lahir di Facebook dan Twitter aku. Minta maaf sekiranya tak mampu reply satu persatu. Ketahuilah aku hargai. Terima kasih. Banyak-banyak.

Lagu ini terlintas di minda. Harap memberi keinsafan bersama.



Wassalam.

Hami Asraff:

"Ada orang redha di mulutnya sahaja. Tetapi hati tidak turut serta. Sertakan redha untuk kedua-duanya. InsyaALLAH ketenangan akan menjelma."


You Might Also Like

18 Comments

  1. Semoga terus dirahmati Tuhan.. =]

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir bro...share same date 161111...:)

    ReplyDelete
  3. selamat hari lahir...semoga dapat menjalani hidup dengan lebih sempurna dan mengikut landasan-NYA..Amin

    ReplyDelete
  4. Semoga kita sentiasa berada dikalangan org yg sentiasa bersyukur atas apa yg diperolehi..amin Ya Rabb

    ReplyDelete
  5. Semoga kita sentiasa berada di kalangan org2 yg sentiasa bersyukur atas apa yg diperolehi..amin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  6. moga Allah melimpahkan hami asraff dgn keberkatan. amin.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah di atas segala limpah kurnia Allah S.W.T

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir...semoga panjang umur dan diberkati Ilahi. InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. salam~

    bertambah umur bermakna semakin dekatlah kita dgn kematian..biasa dgr kan.. :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah,
    semoga terus berjaya
    dan dilimpahi dengan keberkatan.
    Amin.

    ReplyDelete
  11. Saat hari kelahiran kita adalah saat hari kesakitan ibu. Terima kasih untuk ibu. Kongsilah hari istimewa ini dengan ibu jua.

    Selamat hari lahir. Moga keberkatan usia mengiringi diri dan keluarga.
    Ameen..

    ReplyDelete
  12. Selamat UlangTahun :) Semoga Allah sentiasa merahmati Hami Asraff.

    ReplyDelete
  13. :: Selamat Hari Lahir, umur dah semakin meningkat. Moga amalan dan bekalan sepanjang hidup di dunia ini juga semakin meningkat :: ~~

    ReplyDelete
  14. Kita berkongsi tarikh yang serupa :) 16.11.11.. whoever u are might Allah bless us .. alwayz!!~ :)

    ReplyDelete
  15. 16.11 is your DOB?? selamat ulangtahun kelahiran HA..semoga sentiasa dlm lingkungan rahmatNYA :)





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  16. slamat hari lahir ke 26...muda lagi...suka P/S HA..TQ=)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe