Aku belajar mengenal manusia. Ya manusia yang punya peel berbeza. Manusia yang tidak punya perasaan. Manusia yang tiada empati dalam diri. Manusia yang menganggap semua orang salah, dia sahaja betul. Ya terlalu banyak.
Aku belajar mengenal manusia. Ya manusia yang punya peel berbeza. Manusia yang tidak punya perasaan. Manusia yang tiada empati dalam diri. Manusia yang menganggap semua orang salah, dia sahaja betul. Ya terlalu banyak.
Saja. Tiba-tiba teringat nak bertandang sini. Apa yang boleh aku simpulkan untuk tahun 2025 adalah;
PENAT.
Ya penat dengan semuanya. Dan sampai saat ini pun masih terasa penatnya. Bila rasa penat, perkara pertama yang aku buat adalah, tak nak buat apa-apa. Tak nak bercakap dengan sesiapa.
Ya aku akui 2025 masih tahun yang sukar bagi aku. Tak tahu nak describe macam mana. Yang pastinya, masih bukan tahun yang terbaik buat diri.
Untuk kesekian kali, tak nak menjanjikan apa-apa tahun ini.
Hanya mahu teruskan.
Teruskan apa sahaja dengan apa yang ada.
Dah.
Itu sahaja.
Selamat Tahun Baru 2026.
Kebahagiaan mereka, kegembiraan aku.
Bila saja diajak ke playground, memang keduanya melompat riang. Nura Hana dan adiknya Sara Dena. Walaupun playground bawah rumah pun, bagi mereka itu adalah heavan.
Hari ni aku bawa Kakak dan Adik pergi playground jauh sikit. Tapi tidaklah terlalu jauh. Paling disukai sebab playground ini dekat dengan Speedmart, dan inilah masanya untuk “paw” Abi aiskrim. Begitulah modus operandi mereka menjelang petang.
Sambil menemani, aku taip entri ini di notes handphone. Lately, aku teringin nak tulis journal. Banyak jugak aku explore cara journal di TikTok dan Youtube. Ada yang ajar menulis journal di buku. Dan pun aku dah cuba. Ada juga yang recommand menulis di app yang banyak dekat app store. Pun aku dah cuba beberapa.
Tapi betullah feel menulis journal, masih kena menulis di buku fizikal. Pegang pen dan menulis. Itu barulah jiwa. Tapi satu hal yang aku perlu akui, konsisten. Hal ini yang paling sukar sekali sebenarnya.
Dalam aku mencuba beberapa journaling apps, tiba-tiba aku teringat, “Eh bukankah aku dah ada Blog. Blog sebenar cara menulis journal terpaling “ortodoks” atau purbakala. Cuma kita tak panggilnya journaling saja. Tapi sebenarnya ianya perkara yang sama.
Jadi aku decide untuk menulis di sini.
Seperti biasa, banyak aku nak luahkan. Terlalu banyak. Terlalu banyak hal yang menyesakkan kepala. Tambah-tambah dah hampir penghujung 2025. Tapi aku buat seperti tak ada apa-apa, teruskan hidup seperti biasa. Padahal kalau boleh selongkar segala apa yang ada dalam hati, memang ternyata kusut dan berselirat gamaknya.
Untuk entri yang tiada khusus tajuk ni, aku hanya sekadar menghamburkan. Aku tahu masalah tak akan selesai pun dengan aku bercerita di sini (walhal tak bercerita masalah apa pun haha), but at least ada some place untuk aku “lepak” sekejap.
Moga segala masa tersisa Allah makbulkan semua doa-doa kita. Amin.
Pernah kan hang ada moment buka laptop lama-lama tak tutup? Kalau tutup pun hang biarkan dia mode sleep saja. Oh ya aku sedang rindu zaman itu. Zaman Universiti yang aku rasa terpaling best untuk segala fasa hidup. Zaman Degree, 2008 sampai 2012. Aku rasa zaman itu adalah zaman online di laptop. Belum lagi ada smartphone. Kalau ada pun yang terpaling basic smartphone. Siapa pakai smartphone that time, memang dia terpaling kaya.
Kalau buka saja laptop, memang website pertama yang buka mestilah blog sendiri hahaha. Hang dok ulang baca entri yang sama berulang kali.
Dulu selain blog sendiri, dua blog yang wajib aku masuk adalah Zack Zukhairi dan Fatin Liyana. Siapa blogger-blogger lama mesti tahu punyalah. Dan sekarang aku pun tengah masuk blog depa ni. Sorang posting terakhir 2013, dan sorang lagi 2020. Dan apa dah jadi ya pada Zack Zukhairi?
Sedikit throwback.
Actually tak ada tajuk apa pun untuk entri ini. Hanya rindu kenangan lalu. Aku nak tulis benda lain sebenarnya.
Banyak perkara aku belum faham sebenarnya. Makin digali makin tidak faham jadinya. Jadi aku memutuskan untuk tidak mahu bertanyakan apa-apa. Walaupun di lubuk hati yang paling dalam memberontak ingin tahu, inginkan jawapan.
Pernah tak kau dihadapkan dengan ujian bertimpa-timpa? Mesti pernah kan?
Baru saja habis ujian pertama, terus dapat ujian kedua. Ujian kedua belum berakhir, ujian ketiga menyelit. Dan tak kurang jugak, ujian keempat pula menerpa.
Penat.
Penat fikir semuanya.
Dan sampai satu ketika, kau biarkan semuanya.
Biarkan semuanya berlalu sahaja.
Dan lahir di lubuk hati yang paling dalam secebis harapan.
Harapan untuk semuanya akan baik-baik sahaja.
Bila hati rasa tak best, aku singgah sini. Bila aku rasa tak happy, aku singgah sini. Ya sekarang ini hati aku dirundum rasa sedih.
Sekadar luahan rasa, tiada spesifik tajuknya.
Terlalu banyak perkara bersarang dalam kepala sebenarnya. Serabut tu tak payah cakaplah. Berkecamuk. Macam puzzle yang sedang berselerak. Dan lebih parahnya aku tak ada daya untuk menyusun puzzle tu semula.
Allah.
"Dunia ni memang tempat untuk berpenat-penat."
Terngiang-ngiang kata-kata seorang sahabat tempoh hari. Ya selalu dah dengar ungkapan itu. Tapi hari tu bila sembang dengan dia memang tertusuk rasa. Tertusuk pada hati yang paling dalam.
"Sabarlah."
"Ya apa lagi yang aku boleh buat? Selama ini, sabar ini sahaja yang aku ada."
"Hang tahu tak, dekat syurga nanti ada pintu khas untuk orang yang bersabar."
"Tahu. Tapi itulah...."
"Takpa, sabar dan teruskanlah."
Meniti hari hari dengan dua kekuatan ini. Sabar dan teruskanlah. Ulang banyak kali. Sematkan di dada berulang kali. Selalu pujuk hati berkali kali.
Hidup memang begini. Ya adakalanya kau diberi rasa bahagia. Tapi kau juga tertanya kan, kenapa bahagia itu tak melekat lama.
Itulah nama ujian dan dunia. Dunia ni kan tempat persinggahan. Semuanya bersifat sementara kan?
***********************
Kereta aku meluncur laju. Jam dah 11.00 malam. Di saat kepala sarat dengan beban, aku singgah di kedai mamak favourite.
Nescafe C kosong panas.
Antara moment healing yang best buat aku. Walau sebentar. Jarak kedai mamak ke rumah hanya ambil masa 5 minit. Rutin sebelum melangkah balik. "Reset" sebelum balik bertemu isteri dan anak-anak. Ingat, hal hal kerja tak boleh bawa balik rumah. Ya ini aku selalu semat.
Tak ada yang lebih bahagia apabila sampai sahaja pintu rumah, berlari lari Kakak dan Adik menyambut kepulangan Abinya. Bukankah ini satu rahmat dari Allah?
Mungkin aku terlupa untuk bersyukur. Kalau tak lupa pun, mungkin perlu diingatkan berkali-kali.
Terima kasih Allah atas segala rezeki.
Maafkan aku atas keluh kesah.
Kadangkala, aku tak kuat juga.
Tapi aku tak akan mengalah.
Sabar dan teruskanlah.
Dah terlalu banyak perkara berat kita lewati.
Dah terlalu banyak ujian berat kita harungi.
Bahkan, saat dulunya, saat kita dirundum masalah terpaling besar buat kita.
Kita bingung, kita depresi, kita mengeluh, kita menyerah.
Lalu kita bertanyakan,
“Ya Allah, kenapa beratnya ujian yang Kau berikan ini?”
“Ya Allah, kenapa aku ya Allah?”
Dan kita juga meminta,
“Kau hilangkan segala bebanan hidupku ini, Kau gantikanlah dengan segala kebahagiaan.”
“Kau tunjukkanlah aku jalan keluar ya Allah.”
Dan pada suatu saatnya tiba,
Bantuan Allah itu hadir pada jalan tak disangka-sangka. Semua masalah yang kita kira terlalu berat sebelumnya, diselesaikan Allah satu persatu.
Dan rupa-rupanya juga,
Kita makin terlupa akan semua hal hal yang dahulunya amat menyedihkan. Kerana apa? Kerana kita berjaya lewati semua perkara yang sukar itu.
Begitulah tatacara hidup ini.
Dan percayalah, semua momen momen itu akan terulang lagi dan lagi.
Jadi, apa yang kita sedang pelajari?
Jalani.
Lewati.
Depani.
Telah tersedia segala jawapannya,
hanya kau sahaja yang perlu bergerak ke sana.