Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi aku kesempatan menghirup udara percumaMU. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku peluang melata di bumiMU. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku kekuatan untuk terus melangkah ke destinasiMU. Aku tahu terkadang aku tersasar dari jalanMU. Aku tahu seringkali aku meninggalkan suruhanMU. Aku juga tahu yang aku acapkali alpa dalam menggalas amanah yang diberiMU....
Assalamualaikum w.b.t Kadang-kadang aku rasa makin tidak endahkan blog ini. Mahu sentiasa coretkan sesuatu di sini. Tetapi apa kan daya, kekangan masa itu selalu datang menghampiri. Kena duduk berteleku menghadap skrin laptop, jari jemari bersedia menari di papan kekunci dan seterusnya fokus pada penaipan. Baru segalanya berjalan dengan lancar. Keterujaan menulis datang tak disangka-sangka. Hilang pun tak disangka-sangka juga. Jika kekangan masa bukan penyebabnya,...