Assalamualaikum w.b.t
Pagi yang hening.
Pagi 1 Syawal yang baru.
Pagi yang membawa sebuah harapan.
Memang 1 Syawal yang paling berbeza. Seusai solat Aidilfitri berlaku sebuah peristiwa yang tidak pernah berlaku seumur hidup aku. Juga seumur hidup keluarga aku. Dan semuanya berlaku pagi tadi. Detik-detik yang akan senantiasa dikenang dalam layar memori.
Menziarahi pusara ayahanda tercinta.
Pusara datuk dan nenek jauh. Memang tidak pernah ziarah. Malah tidak pernah melihat datuk dan nenek pun. Keempat-empat tak pernah lihat dari kecil. Makanya, ini yang pertama menziarah pusara orang terdekat pada 1 Syawal. Seperti yang dijangka emosi dan perasaan memang tidak lagi mampu diseka. Bercucuran juga airmata segenap isi keluarga. Al-fatihah buat arwah ayah, Ab. Halim Bin Md. Diah. Moga ayah terus tenang di sana.
Perjalanan hari raya aku seperti biasa saja. Kawan-kawan terdekat saja yang bertandang ke rumah.
Alhamdulillah.
Di kesempatan ini aku ambil kesempatan juga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini. Minta maaf segalanya. Mungkin ada saja yang tidak menggemari tulisan aku di sini. Mengguris hati yang membaca. Aku pohon kemaafan itu.
Adakah Syawal ini yang terakhir bagi kita? ALLAH jua Maha Mengetahui.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Kemaafan mampu memberi ketenangan yang tidak mampu digambarkan. Itulah indahnya memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja."
"Kemaafan mampu memberi ketenangan yang tidak mampu digambarkan. Itulah indahnya memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja."