Sabtu menjelma lagi. Sabtu ke Sabtu dirasakan macam satu hari sahaja. Ya jarak seminggu tu dah rasa cepat gila. Mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman.
Entahlah hari Sabtu dan Ahad, kalau boleh aku tak nak pergi mana-mana. Nak duduk rumah. Nak masak makan best-best. Nak tengok Netflix dengan tenangnya.
Tapi sejak hadirnya Nura Hana, benda tu dah tak dapat dah. Masih boleh tengok Netflix macam biasa. Cuma gaya kita merebah badan ke sofa, mulalah;
“Abi… Purple purple.”
Merujuk kepada inginkan air ribena.
“Abi… Cokpat coplat.”
Dan ini pulak air coklat ataupun milo.
Kalau nak tengok movie dengan tenang memang tunggu dia tidur sajalah. Tapi Nura Hana jenis tidur siang sekejap sekejap saja. Jadi aku pun tengok tidak terlalu fokus, sebab kalau dia bangun terus minta remote;
“Kartun… Kartun…”
Begitulah.
Begitulah fasa hidup ini. Aku telah dan sedang melalui fasa hidup berkeluarga. Dulu masa zaman bujang bolehlah nak membongkang saja weekend di rumah tiada siapa yang marah. Tapi zaman bujang bukan main ligat weekend saja mesti ada aktiviti.
Memang kita rindu suatu masa lalu. Tapi yang dirindu adalah fasa hidup yang telah berlalu.
Jadi apa yang kita perlu buat adalah layari hidup pada hari ini.
Sebab yang semalam dan hari ini dah tak sama.