Hidup Adalah Tentang Bahagia
May 26, 2021
Pernah suatu ketika hati ini sering berbunga. Mekar dan menebar. Rasa indahnya dunia. Kalau boleh mahu sebegini hari hari. Lancar segala kehidupan. Rezeki yang dikurniakan rasa amat cukup. Alhamdulillah. Panjatkan segala rasa syukur pada Yang Esa.
Tetapi,
Rasa rasa itu tidak bertahan mana. Tidak kekal lama. Dengan tidak semena-mena ada anasir mendurjanakan semua. Menghuru-harakan suasana. Menterbalikkan apa yang sudah kita bina.
Kita meronta.
Bahkan kita bertanyakan kenapa.
Namun, langsung tiada jawapan terhambur dari peti suara. Saat inilah, kita kumpul segala kudrat, berpaut pada akar, mencari kekuatan untuk bangun semula.
Kita mahu bangun dan hidup seperti yang lain. Kita juga mahu terus tersenyum tanpa sekelumit kebimbangan. Dan kita juga mahu terus melakar rasa rasa bahagia. Itulah yang kita impikan. Itulah yang semua inginkan.
Kita, dia, mereka.
Semua hanya impikan bahagia.
Hanya bahagia.
5 Comments
Ramai orang mengejar bahagia yang hakikatnya bahagia tu ada pada diri kita. Kita yg pilih cara bagaimana untuk rasa bahagia. Persoalan yg selalu saya tanya, kenapa kita mengharapkan orang lain untuk buat kita merasa bahagia? Kenapa tidak diri kita sendiri? Lahir juga sendiri... mati juga sendiri... Mungkin memang begitulah lumrah manusia. Meletakkan maksud bahagia dari apa yang kita dapat dari manusia lain.
ReplyDeleteentahlah..
Jaga diri.
Ya bahagia itu ada dalam diri kita.
DeleteSemua org ingin hidup bahagia. Bahagia itu kita yang cipta.
ReplyDeleteP.S. Done follow your blog.
Terima kasih sudi follow.
Deleteinshaa Allah bahagia akan mendatang tidak esok mungkin lusa..dan seterusnya^^
ReplyDelete#bersangkabaik #notauntukdirisendiri .... sebenarnya haha
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)