Assalamualaikum w.b.t
Setiap orang punya kisah tersendiri dalam hidupnya. Tak kisahlah yang suka ataupun duka. Yang pastinya tiada yang mahu berduka. Merana apatah lagi. Kehidupan yang dipandu akan menjurus kepada suka ataupun tidak. Terserlahlah kepada keupayaan kita untuk merencanakan perjalanan ini.
Kekadang kita tiada kuasa memilih walaupun pada asasnya itulah kekuatan. Apa yang diperoleh diterima bulat-bulat. Mungkin ada yang kisah. Mungkin ada yang tak endah. Mungkin ada jugak yang langsung tidak membuat pilihan.
Kisah hidup terlau rumit untuk dirungkai. Perjalanan yang penuh misteri. Tiada siapa yang dapat ramal apa yang bakal berlaku di persimpangan hadapan. Acapkali ramalan tersasar jauh. Tekaan berhelah. Perancangan dibuat dengan teliti belum tentu memberi pulangan yang berkualiti.
Ramai yang gusar. Ramai yang mencari jalan keluar. Tapi tak ramai yang mampu laksanakan. Punya keazaman dan jati diri yang tinggi. Tetapi masih belum terjamin akan berjaya lalui. Hati dan diri.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya luahan apakah yang aku ingin sampaikan. Aku sendiri pun kurang pasti dengan apa yang ingin dikongsi di sini. Mungkin hanya sebuah luahan di kala senja yang suram. Sesuram perasaan yang hadir tatkala ini. Ah, aku tak pandai bermadah segala. Bukan pensyair pujangga.
Aku perlu berehat dari dunia maya ini barangkali. Sehingga bila? Tiada jawapan yang sahih untuk ini. Kepada yang terus membaca nukilan picisan aku, terima kasih banyak-banyak. Ketahuilah aku sangat gembira.
Kepada kawan-kawan maya semua, minta maaf banyak-banyak. Aku perlu berundur seketika dari sini. Tatkala aku menulis ini, aku telah deactivated akaun facebook aku. Dan aku jugak akan private blog ni tak lama lagi. Usah bertanya kenapa. Kerana aku sendiri tak mampu berikan jawapan yang terbaik.
InsyaAllah aku akan kembali. Aku doakan kesejahteraan kalian. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripadaNYA. InsyaAllah.
Wassalam.
Hami Asraff: Mengumpul kekuatan untuk melangkah. Harap berjaya walaupun lelah.