Alhamdulillah.
Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi aku kesempatan menghirup udara percumaMU. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku peluang melata di bumiMU. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku kekuatan untuk terus melangkah ke destinasiMU.
Aku tahu terkadang aku tersasar dari jalanMU. Aku tahu seringkali aku meninggalkan suruhanMU. Aku juga tahu yang aku acapkali alpa dalam menggalas amanah yang diberiMU. Aku sedar dan tahu, aku terkilas melupai nikmat yang diberikan olehMU.
Tetapi ENGKAU tidak pernah melupaiku walaupun sedetik. Malah ENGKAU terus membantu aku di saat aku perlukanMU. ENGKAU sentiasa menemani hari-hariku. Malah ENGKAU tidak jemu memberi rahmat padaku.
Ya ALLAH, ampunilah aku.
Terima kasih Ya ALLAH memberi nikmat sihat tubuh badan pada usia 26 tahun ini. Aku bersyukur. Terima kasih kepada rakan-rakan di dunia maya yang sudi ucap Selamat Hari Lahir di Facebook dan Twitter aku. Minta maaf sekiranya tak mampu reply satu persatu. Ketahuilah aku hargai. Terima kasih. Banyak-banyak.
Lagu ini terlintas di minda. Harap memberi keinsafan bersama.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Ada orang redha di mulutnya sahaja. Tetapi hati tidak turut serta. Sertakan redha untuk kedua-duanya. InsyaALLAH ketenangan akan menjelma."