Pernah suatu ketika hati ini sering berbunga. Mekar dan menebar. Rasa indahnya dunia. Kalau boleh mahu sebegini hari hari. Lancar segala kehidupan. Rezeki yang dikurniakan rasa amat cukup. Alhamdulillah. Panjatkan segala rasa syukur pada Yang Esa.
Tetapi,
Rasa rasa itu tidak bertahan mana. Tidak kekal lama. Dengan tidak semena-mena ada anasir mendurjanakan semua. Menghuru-harakan suasana. Menterbalikkan apa yang sudah kita bina.
Kita meronta.
Bahkan kita bertanyakan kenapa.
Namun, langsung tiada jawapan terhambur dari peti suara. Saat inilah, kita kumpul segala kudrat, berpaut pada akar, mencari kekuatan untuk bangun semula.
Kita mahu bangun dan hidup seperti yang lain. Kita juga mahu terus tersenyum tanpa sekelumit kebimbangan. Dan kita juga mahu terus melakar rasa rasa bahagia. Itulah yang kita impikan. Itulah yang semua inginkan.
Kita, dia, mereka.
Semua hanya impikan bahagia.
Hanya bahagia.