On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Assalamualaikum w.b.t
Bermain dan berceloteh dengan anak-anak buah. Itulah aktiviti wajib sepanjang berada di kampung halaman. Mereka sumber keceriaan kadangkala. Tawa dan gurau senda selalu memecah suasana. Siapa yang ada anak buah pasti tahu.
Aku tahu memang agak lama tak kemaskini blog ini. Bukan sengaja. Bukan tiada apa mahu berkongsi. Bukan tidak mahu menaip. Bukan. Tetapi terlalu banyak perkara lain mahu dan perlu diselenggara terlebih dahulu. Utamakan yang mana perlu diutamakan.
Berkali-kali aku katakan. Aku rindu. Aku rindu seperti mula-mula berblogging dahulu. Ada sahaja titipan, madahan dan buah fikiran yang dititipkan di sini. Mahu seperti itu. Semangat berblogging waktu itu sangat hebat. Pantas saja jari jemari menari di papan kekunci. Tapi hari ini? Tika ini? Masa dan keadaan mampu mengubah sesiapa sahaja. Kena yakin di dalam hati.
Tidak mengapalah. Aku berazam akan lebih gigih lagi kemaskini blog ini. Tidak berjanji. Tapi berazam dan diikuti dengan lafaz 'InsyaAllah'. Okey mari mari! Mahu berkongsi sesuatu yang dirasakan sangat perlu berkongsi dengan pembaca semua.
Hanya satu perkataan yang tersembul keluar tatkala melihat video di bawah ni.
"TERSENTUH"
Video ini sudah diremove dari youtube. Entah kenapa. Nasib baik aku sempat download. Mungkin ada yang pernah melihat video ini. Tapi tak rugi melihat video sebegini berkali-kali.
Yang paling penting isi yang disampaikan. Selamat hayati.
Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini...
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya...
Ulasan dari penulis
MasyaAllah. Memang sangat tersentuh. Terasa begitu kerdil sebagai insan manusia di sisi Allah. Menyedari betapa besarnya nikmat yang diberikan Allah yang disalahguna oleh aku, dan oleh kita semua. Kita seringkali menganggap kitalah yang paling teruk apabila ditimpa ujian. Kita sering sedih berlebihan dengan dugaan yang kita perolehi dan kita juga seringkali mengeluh dan terus mengeluh dengan segala takdir yang ditentukan ini.
Hakikatnya jalan yang diaturkan oleh Allah SWT ini terlalu sempurna. Terlalu kemas dan rapi yang kadangkala langsung tidak terlintas dek fikiran. Maha Suci Allah. Ujian bukan untuk melemahkan kita. Sebaliknya untuk menyedarkan kita tentang erti sebenar sebuah kehidupan. Dugaan bukan untuk melumpuhkan kita. Tetapi untuk memberitahu kita ada sesuatu yang istimewa sedang menanti di hadapan.
Yakin seyakinlah di dalam diri. Allah Maha Mengetahui. Apa yang kita hajati, pasti didapati sekiranya Allah kehendaki. Wallu'alam.
Moga ada pedoman bersama. Wassalam.
Hami Asraff:
1. Menemani ibu hari demi hari sementelah berada di kampung halaman.
2. InsyaAllah akan lebih gigih menulis lepas ni. Doakan ya.
3. Tajuk entri tajuk asal video yang diupload di Youtube.
3. Tajuk entri tajuk asal video yang diupload di Youtube.
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
Kini tiba saat ayah akan dimandikan, mandi yang terakhir buat ayah di atas dunia yang fana ini. Adik-adik lelakiku; adik ap, bangcik, bangteh, atan dan adik mula mengambil tempat. Akan mereka laksanakan tugasan ini bersama beberapa orang tua yang pakar memandikan jenazah. Mengikut perancangan awal anak-anak lelaki ayah ingin meriba jenazah ayah di atas ribaan sebagai menunjukkan tanda penghargaan dan kasih tidak terhingga buat ayah ketika proses memandikan berlangsung. Namun oleh kerana bilik air rumah yang agak sempit tidak mengizinkan, maka ayah dibaringkan di atas kerusi couch kegemarannya. Menurut kata adik-adikku ayah tersenyum melihat mereka memandikannya. Mungkin mengucapkan syukur dan berbangga kerana melihat anak lelakinya sendiri yang menunaikan tanggungjawab ini, sedangkan walaupun tika hayatnya tidak pernah merasi pengalaman ini. Bagi adik-adikku pula, mereka merasakan paling bertuah kerana dapat terus melaksanakan bakti terhadap ayah Sesuatu yang tidak pernah dilakukan sepanjang hayat. Aku, emak dan suamiku turut diberi peluang untuk menyiramkan ayah buat kali terakhir. Alhamdulillah, aku puas biarpun hanya secebok air.
Proses mengkafankan ayah adalah suatu proses yang sukar bagi kami untuk saksikan. Bayangkan ayah yang terbujur kaku di kafan sehelai demi sehelai dengan kain putih sehingga lapisan yang terakhir. Cuma yang ditinggalkan di bahagian muka untuk kami sekeluarga kucup sebelum ianya juga ditutup. Hirisan cendana dan wangian lain ditaburi mengiringi jenazah ayah. Aku, emak, adik-adik lelakiku, suamiku, adik iparku dan anak-anakku diberikan peluang terakhir untuk mengucup dahi ayah. Bila tiba saatku, bukan setakat dahi yang kukucup sebaliknya seluruh wajah ayah kucium dengan penuh rasa syahdu. Itulah kucupan terakhirku buat ayah tersayang. Padahal semasa hayatnya aku yakin aku merupakan antara insan paling manja dengannya memandangkan statusku sebagai anak sulung dan perempuan tunggal di dalam keluarga.
Ayah seterusnya dibawa keluar dari pintu rumah buat kali yang teakhirnya. Sebelum ini ayah pernah bergurau dengan emak bahawa ayah memasang pintu utama yang besar adalah supaya memudahkan urusan keranda untuk diusung keluar dari rumah. Dalam perbualan itu juga, emak bertanya
“Keranda siapa agaknya dulu”
dengan pantas ayah menjawab,
“Keranda Sal lah dulu (ayah memanggil emak dengan panggilan manja-sal dari nama emak salmiah)”.
Tapi kenyataannya ialah keranda ayah yang pertama dibawa keluar melalui pintu utama itu. Tiada kata akhir, tiada pesan, tiada juga amanat seperti yang diguraukan, ayah meninggalkan rumah buat kali terakhir tanpa menoleh ke kiri mau pun ke kanan lagi. Ayah dibawa dan disolatkan di masjid, walaupun menurut kehendak hati kami adik-beradik lebih suka andainya jenazah ayah disolatkan di rumah yang merupakan hasil titik peluh ayah sepenuhnya sendiri bagi melihat emak dan kami selesa mendiaminya. Alhamdulillah ramai yang sudi mensolatkan ayah. Semasa hayatnya ayah sangat berharap agar solat jenazahnya diimamkan oleh mana-mana anak lelakinya. Namun adik-adik lelaki ku tidak dapat melaksanakan impian ayah itu kerana semua tidak bersedia dan juga bimbang tidak dapat mengawal perasaan.
Perpisahan abadi semakin menghampiri, jenazah ayah dibawa ke kediaman hakikinya. Perlahan-lahan jenazah ayah diturunkan ke dalam liang untuk disemadikan. Adik-adikku dan suamiku mengambil tempat masing-masing dengan peranan tersendiri. Ada yang sudah berada di bawah bersama jenazah ada juga yang di atas bagi membantu keperluan lain. Sedikit demi sedikit persemadian ayah ditimbus.
Kini tamatlah sudah hubungan dunia ayah bersama kami keluarganya yang tercinta. Usai bacaan talkin, tubuhku terus menjadi tidak bermaya untuk terus berdiri teguh. Tidak mampu rasanya diri ini meninggalkan ayah besemadi di sana seorang diri. Hanya iringian doa dari anak-anaknya bakal menjadi peneman ayah di sana. Wahai adik-adikku sekelian, jangan sekali-kali pernah kita lupa untuk mendoakan ayah setiap detik nadi kita berdenyut dan setiap hela nafas kita. Kerana kak yakin itulah yang telah dan pernah ayah lakukan terhadap kita. Ayah sangat-sangat sayangkan kita. Lebih dari ayah menyayangi dirinya sendiri, semua kita tahu tentang itu.
“ Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah segala dosa-dosa ayahku. Kau tempatkanlah roh ayahku bersama orang-orang yang beriman. Kau lapangkanlah kubur ayahku dengan segala amal solehnya di atas muka bumi. Kau cahayakanlah kuburnya dengan segala kebajikan yang telah dilakukan semasa hayatnya. Kau permudahkanlah/lancarkanlah segala anggotanya menjawab soalan Mungkar dan Nankirmu, Ya Allah….”
Kini aku, emak, adik-adikku dan semua yang engkau tingggalkan ayah akan mula mengutip satu demi satu kenangan demi kenangan bersamamu untuk menjadi teman kami di kala kerinduan. Ayah aku rindu padamu tanpa mampu terucap dengan kata-kata. Akhirnya waktu untuk mengucapkan selamat tinggal pada ayah tiba jua. Dengan langkah yang amat berat, kami tinggalkan ayah keseorangan di persemadiannya.
Majlis tahlil diadakan di masjid, atas nasihat imam. Aku dan mak di rumah turut membaca yaasin untuk dihadiahkan kepada ayah. Malam pertama tanpa ayah, kekurangan itu amat dirasai. Pelbagai “andai” dan “kalau” kami luahkan. Itulah sebabnya dalam islam tiada kalau dan andainya kerana kalau itu sangat indah. Pernah aku terfikir, andainya aku tahu itu merupakan hari terkahir ayah bersama kami, pasti tidak kami tinggalkan ayah di hospital dengan atan sahaja. Pasti kami semua akan bersamanya. Kalau juga aku tahu ayah akan dijemput kembali, pasti tidak aku bawa ayah ke hospital, biarlah aku gosok ayah hingga ke pagi di rumah. Tetapi andainya pula aku tidak membawa ayah ke hospital dan ayah pergi tanpa diberi rawatan pasti aku akan menyesal seumur hidup kerana mungkin juga dengan sedikit bantuan pakar ayah mungkin pulih. Itulah apa yang ada di fikiran, jauh menerawang yang bukan-bukan.
Cepat-cepat aku sedarkan diriku dari terus dibuai perasaan. Kami sekeluarga mula merasa rindu pada riuh rendah suara ayah yang seringkali menyakat kami. Hari-hari yang berlalu tanpa ayah dirasakan kosong, kerana ayah merupakan sumber inspirasi kami dalam menjalani kehidupan seharian.
Rindu pada arwah ayah begitu mencengkam perasaan. Al-fatihah untuk arwah ayah.
Malam itu adikku atan yang menemani ayah di hospital mula membuka mulut bercerita.
“Lepas hampa semua balik ayah muntah. Lega ayah kata sebab ayah dah muntah, rasa keluar angin dah dari dalam badan. Tapi muntah pun ada air je la.”
Teringat aku ayah tidak menjamah sebarang makanan semenjak petang sehingga dibawa ke hospital. Atan menyambung lagi dalam sendu dan esak
“Ayah pesan jangan letak jauh-jauh bekas untuk tadah muntah, kot-kot nanti ayah nak muntah lagi senang ayah buleh capai. Atan p la tidur, ayah pun nak tidur dah ni”
Kemudian atan tinggalkan ayah tidur di katilnya sementara atan berbaring di katil hadapan dengan katil ayah. Tidak sempat melelapkan mata daripada dengkuran kecil ayah, tiba-tiba kedengaran bunyi seolah-olah ayah sesak nafas dengan satu tarikan nafas yang berat.
Lantas atan bangun menyalakan lampu, kelihatan ayah sudah tidak sedarkan diri. Atan kejutkan nurse yang sudah melentokkan kepala di kaunter. Segala kemahiran yang ada digunakan untuk menyedarkan ayah termasuk menampar pipi ayah. Namun ayah masih juga tidak sedarkan diri.
Atan bertanya adakah kesilapannya menidurkan ayah pada kedudukan yang memungkinkan ayah mengalami sesak nafas,
“Tidak, bukan salah atan atau sapa-sapa”,
Jawab emak. Sebenarnya hari, tarikh dan masa serta tempat untuk ayah kembali menghadap Yang Maha Esa telah pun tertulis di sana, tidak akan diawalkan atau dilewatkan walau seminit pun. Cuma kesakitan itu adalah sebagai penyebab kepada cara pemergiannya. Kata-kata emaklah yang menjadi penawar kami dari diserang seribu satu rasa bersalah di dalam diri. Seseungguhnya kami redha dengan cara pemergian ayah.
Ayah, terima kasih kerana membesarkan, mendidik kami sehingga menjadi insan seperti hari ini. Sesungguhnya jasa dan budi serta pengorbananmu tidak ternilai harganya dan hanya balasan doa akan kami iringkan sebagai tanda kasih untukmu sehingga kami jua turut dijemput bersama engkau di sana suatu hari nanti.
"Tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang, Tanya sama langit apa sebab hujan, nanti jawab langit tanyalah awan….awan nanti kata aku kandung air, sampai tempat sejuk aku pun cair, lihat dalam air Nampak baying-bayang, campak satu batu bayang pun hilang.."
Disambung lagi dengan lirik yang lain
Tanya sama hati apa tanda sayang, tidur masa lena apakah mimpimu, bila berjauhan apa yang dikenangkan, itu lah sayang…..
Kami sayang ayah, sangat-sangat sayang dan tidak mungkin berpaling kerana ayah tiada galang gantinya sama ada di dunia ini mahupun di akhirat sana kelak.
Disambung lagi dengan lirik yang lain
Tanya sama hati apa tanda sayang, tidur masa lena apakah mimpimu, bila berjauhan apa yang dikenangkan, itu lah sayang…..
Kami sayang ayah, sangat-sangat sayang dan tidak mungkin berpaling kerana ayah tiada galang gantinya sama ada di dunia ini mahupun di akhirat sana kelak.
Hami Asraff:
1. Sudah azan maghrib. Mari menunaikan kewajiban. Mari menuju kejayaan.
2. Bacalah Al-Quran tiap-tiap hari walaupun satu helaian. Jangan tinggal.
Assalamualaikum w.b.t
Mengurangkan kata-kata di dalam entri ini.
Menunggu bas.
Pecah laju a.k.a breakfast.
Di pusara ayahanda tercinta.
Menabur bunga di atas pusara.
Raut wajah yang selalu mempamerkan ketenangan. Ibu tercinta.
Satu-satunya kakakku di dunia. Puan Hamilia Binti Ab. Halim.
Nurin Sofia a.k.a Kak Long a.k.a Gadis Dusun.
Nurnisa Umairah a.k.a Kak Ngah. Senyuman menawan.
Ahmad Naim Yadiy yang sentiasa membuat mimik muka.
Mungkin cover album. Mungkin.
Bersama adik gua yang rock.
Sawah.
Di Empangan Tasik Beris.
Senyuman separa menawan. Bajet.
Mereka memang suka beraksi.
Dua orang abangku yang gagah perkasa.
Gabungan dua keluarga.
Ada sorang lagi adikku tiada dalam gambar. Alhamdulillah masih diberi kegembiraan pada kami. Syukur :)
Wassalam.
Hami Asraff:
1. Aku suka pakai cap.
2. Gambar terlebih dari ruang lingkup. Err, gua malas nak outer. Boleh je kan? :)
3. Pernah bercerita mengenai anak-anak buahku di sini. SILA KLIK.
3. Pernah bercerita mengenai anak-anak buahku di sini. SILA KLIK.