Amat penat.
Sehinggakan bukan lagi kata-kata terhambur.
Hanya keluhan dari hati yang paling dalam.
Dan lebih memenatkan, pabila kau seorang sahaja yang mengerti akan hal ini.
Ya kau seorang.
Tapi dengan segala penat lelah, kau berlagak cool.
Sehingga langsung tidak kelihatan dari mata kasar.
Sampai orang kata, “Untunglah kau bla.. bla…”
Dan kau terus tersenyum hambar.
Kalau kau boleh belah dada ini,
Dan terlihat segala kekusutan di hati,
Pasti kau akan menyesal melontarkan kata-kata tadi.
Selonglai apa, sepenat apa pun, larian ini perlu ditamatkan.
Walaupun kau dah tak mampu berlari lagi.
Berjalanlah, perlahan-lahan.
Itu sahaja buat masa ini.
