Assalamualaikum w.b.t
Golek ke kiri. Golek ke kanan. Bangun. Tidur. Baca doa tidur. Baca 3-Qul. Selawat. Semua dah cuba. Tetapi masih tidak berjaya memejam mata. Insomnia aku ni kadang-kadang tak sekata. Kadang-kadang datang tanpa dipinta. Entahlah. Dah pun terai beberapa petua untuk senang tidur. Berjaya juga. Tapi bertahannya tak lama. Dah pun meluahkan perasaan dalam entri Aku Seorang Insomnia ni.
Aku buka lampu tidur. On laptop dan menaiplah sesuatu. Masa nak menaip ni baru teringat sesuatu. Salah satu kaedah untuk mententeramkan jiwa dan minda. Ya lah kadang-kadang kita tak dapat tidur ni sebab minda tak tenang. Jiwa tak tenteram. Dok pikiaq banyak sangat. Mau la tak bikin jiwa ribut dan serabut.
Jadi ubatnya adalah Zikirullah.
Alaa, banyak sangat kat Youtube. Cuma perlukan kerajinan mencari ja. Dan aku memang sungguh tertawan dengan alunan Zikirullah Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Syahdu, sedap, meruntun jiwa. Tak percaya? Sila dengar di bawah.
Amacam? Sedap gila kan? Maksud aku penghayatan memang dirasai. Dengan alunan suara beliau tu yang buat hati bergetar. Sungguh. Aku dah pun beli CDnya dengar dalam kereta. Dengarlah berulang kali. Tak rugi pun. Malah faedah dan manfaatnya banyak sekali.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar. Benar, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.
Lantas aku capai headset. Letak di telinga. Dengar sampai terlelap.
Tutup lampu.
Tutup mata.
Lena.
Hami Asraff:
"Allah sentiasa ada menunjukkan jalan keluar. Jadi jangan tangguh berdoa."