Assalamualaikum w.b.t
Minta maaf. Eh awat dok tak dok minta maaf ni? Err, yer la dah dekat seminggu aku tak update blogku ini. Yang selalu dok update kat my Twitter saja. Kemaafan dihulur kepada mereka yang menanti akan kehadiran entri terbaru aku. Bagi mereka yang tidak menunggu, maka statement di atas sangat memalukan! (-_-")
Kalau hampa semua ada perasan dekat Post Script aku on the previous entry, aku ada mengkhabari bahawa aku ingin mengulas [bajet sempoi] mengenai sebuah filem yang bagi aku best. Tapi filem ni dah berkurun kot. Aku saja yang baru tengok. Sadiskan gua!
Cerita bermula.
Hari itu yang kebetulan juga hari Sabtu, gua menapakkan diri ke rumah member gua. Mat Areep namanya [huih Mat Areep akhirnya nama hang masuk dalam entri aku]. Beliau tanya aku.
"Wey hang dah tengok KCB?"
"KCB? Apadia tu? Kampung Cik Bedah ke?" [kunun buat lawak]
"Ceh, dok buat lawak pulak! Ketika Cinta Bertasbih la." [ceh beliau dapat detect aku buat lawak]
"Tak tengok lagi. Best ka wey? Kalau best nah transfer ke external hardiskku yang berkapasiti 14 Tera Giga Bite ni!" [kataku dengan penuh keriakkan = tipu saja berkapasiti itu]
"Mesti la best!" [eh ingatkan dah habis perbualan ni]
Okey perbualan tamat.
Aku ni pantang sikit kalau orang kata 'BEST'. Mesti nak tengok cepat-cepat. Kalau orang kata 'BOLEH LA', lambat sikit la kot.

Dipendekkan cerita aku dah habis menonton filem ini. 1 dan 2. Percaya atau tidak dan anda harus percaya, dalam masa 2 hari 4 kali aku tengok cerita ini. Hoho ~ Begitu jarang aku berbuat sedemikian untuk jangka masa yang singkat. Ishh pasti ada keistimewaannya sampai begitu sekali terjadi.
Okey, mari teruskan pembacaan.
Pertama
Filem ini begitu mengangkat aspek Ketuhanan yang tinggi. Sebelum ni orang kata filem Ayat-Ayat Cinta best. Tapi aku tak pernah tengok pun. Permulaan yang agak mendatar untuk filem yang bercorak sebegini. Tapi nasihat aku, teruskan menonton sampai ke penghujung. InsyaAllah banyak sangat nilai-nilai murni yang akan anda temui.
Kedua
Berkisar pencarian jodoh yang begitu dianjurkan oleh agama suci kita, Islam. Ini baru betul. Etika dan tatasusila dijaga sebaiknya. Bukti? Akan aku cerita di bawah nanti. Walaupun ada scene yang tak perlu menutup aurat, contohnya di dalam rumah. Yer la dalam rumah siapa nak tengok kan? Tetapi dalam filem ini begitu menekankan aspek itu. Langsung tidak menunjukkan aurat. Lainlah pelakon yang memang dah tak tutup aurat dalam filem ni.
Ketiga
Pemilihan perlakon. Ini yang paling aku puji. Aku ada bertanyakan seorang rakan blogger yang sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau ialah saudara Pamiesz. Dan ini blognya Hikayat Si Janggut Perang. Bagus ustaz ni. [wey aku dah promote blog hang ni. hehe ~] Katanya, pelakon di dalam filem ini kebanyakkannya di uji bakat. Bukanlah mengambil pelakon handalan sedia ada. No wonderlah Bahasa Arab yang dipertuturkan very influence. Maksudnya permilihan berdasarkan yang terbaik. Maka mereka yang terpilih itulah yang terbaik. Tambah-tambah watak Abdullah Khairul Azzam dan Anna Althafunnisa
Keempat
Ayat-ayat dan runut bunyi dalam filem ini sangat 'matching'. Betul-betul memberi satu intonasi dan penceritaan yang mempersona. Aku sangat tertarik akan satu babak dalam filem ini di mana Eliana Parmesthi Alam ingin memberi 'french kiss' kepada Abdullah Khairul Azam, tetapi ditolak dengan mengemukakan hujahan ini :
Setiap orang pasti punya prinsip dalam hidupnya. Biasanyakan berdasarkan yang diyakini kebenarannya. Prinsip hidup saya berdasarkan Al-Quran dan hadis. Dalam agama kita, masalah kesucian itu sangat diutamakan. Itu terbukti kenapa pelajaran pertama dalam buku-buku fikh ialah qro [ini aku tak pasti sebutannya] tentang bersuci agar penganutnya selalu menjaga kesucian lahir mahupun batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga adalah kesucian antara pria dan wanita. Kalau saya melakukan ciuman dengan wanita yang tidak halal bagi saya berertikan saya telah menoda kesucian saya sendiri dan juga menodai kesucian wanita itu juga. Itu adalah musibah bagi saya. Mungkin orang akan berkata saya ini kolot, kampungan, budak jamani bahkan primitif sekali pun saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya.
Setiap orang pasti punya prinsip dalam hidupnya. Biasanyakan berdasarkan yang diyakini kebenarannya. Prinsip hidup saya berdasarkan Al-Quran dan hadis. Dalam agama kita, masalah kesucian itu sangat diutamakan. Itu terbukti kenapa pelajaran pertama dalam buku-buku fikh ialah qro [ini aku tak pasti sebutannya] tentang bersuci agar penganutnya selalu menjaga kesucian lahir mahupun batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga adalah kesucian antara pria dan wanita. Kalau saya melakukan ciuman dengan wanita yang tidak halal bagi saya berertikan saya telah menoda kesucian saya sendiri dan juga menodai kesucian wanita itu juga. Itu adalah musibah bagi saya. Mungkin orang akan berkata saya ini kolot, kampungan, budak jamani bahkan primitif sekali pun saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya.
Menangis si Eliana Parmesthi Alam itu. Aku pun kurang pasti sebutan mereka sebab tiada subtitle untuk Ketika Cinta Bertasbih 1. Tapi aku masih faham lagi walaupun aku bukan penggemar setia Sinetron.
Hanya empat ulasan saja kot yang aku boleh huraikan. Selebihnya anda perlu menonton sendiri. Aku yakin dah ramai orang tengok filem ni. Aku ni je kot yang baru tengok. Ketinggalan sungguh!

Ada orang cakap kat aku sebelum tengok filem ini, pastikan baca bukunya dulu sebab dalam filem tak sedetail karya Novel Habiburrahman El Shizary ni. Tak pa tak pa, nanti aku pi cari novel ni. Pasti! Entah entah dah habis dah.
"Eh apa barang wey tengok cerita ni, jiwang gila!"
"Err, sebelum kata sebegitu, silalah tengok dahulu ye!"
Bukanlah dengan aku mengulas filem ini, aku cuba mengangkat filem luar. Oh tidak! Filem-filem kita pun hebat dan ada kualiti dalam kelas tersendiri. Cuma Filem berbentuk ketuhanan agak kurang. Tapi alhamdulillah sekarang ni sudah ada banyak karya-karya sebegini diketengahkan. Syabas untuk itu!
Untuk mereka yang masih belum tengok lagi, bolehlah download di bawah. Kualiti DVDrip [Mediafire] Rasanya boleh kot. Try la dulu.
Ketika Cinta Bertasbih 1
Ketika Cinta Bertasbih 2
Apabila anda sudah download, ketiga-tiga Part tu, pastikan anda ada WinRAR untuk extract ketiga-tiga Part tu. Rasanya ini semua orang tahu kot. Kalau tak tahu tanya yang tahu okey?
Aku terjumpa pula E-Novel untuk Ketika Cinta Bertasbih ni. Untuk sesiapa yang nak download juga boleh klik link di bawah :
Tak pasti pulak lengkap ke tak. Sebab waktu entri ini ditaip aku pun sedang download juga.
Itu saja kot aku nak cerita. Aku copy paste sikitlah sinopsis cerita ini di bawah. Orang selalu letak sinopsis di atas, yang aku ni letak kat bawah. Hehe ~
Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh bea siswa untuk belajar di Al Azhar Mesir selepas menamatkan Aliyah di desanya. Baru setahun di Kairo dan menjadi mahasiswa berprestasi peraih predikat Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna), ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak tertua Azzam mau tidak mau harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya, dikarenakan adiknya masih kecil-kecil. Sementara itu, dia sendiri harus menyelesaikan studinya di Negara orang. Akhirnya dia mulai membagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Ia mulai membuat tempe dan bakso yang ia pasarkan di lingkungan KBRI dia Kairo. Berkat keahlian dan keuletannya dalam memasak, Azzam menjadi populer dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi hal itu berimbas pada kuliah Azzam, sudah 9 tahun berlalu, ia belum juga menyelesaikan kuliahnya.
Itu saja rasanya nak cerita. Eh sat sat, sebenaqnya umoq Abdullah Khairul Azzam tu baru 20 tahun dan nama sebenar beliau [sedang google]. Oh tak jumpa. Haha ~ Tapi memang nampak berkaliber betoi lakonan dia walaupun pertama kali berlakon. [betoi ka kali pertama? aku rasa la]
Selamat menonton! Tetapi sekali lagi pesan aku, tengok dan hayati mesej-mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini. Sekian.
Wassalam ~
Post Script : Minta maaf untuk pemenang-pemenang Contest. Hadiah anda insyaAllah minggu hadapan akan aku usahakan. Minggu ini masih sibuk dengan tugasan-tugasan.