Assalamualaikum w.b.t
Ini entri spontan. Baru sahaja kejadian yang tidak diingini ini berlaku. Penting. Sebab ianya melibatkan maruah diri. Ceh konon maruah diri. Okey tak tak, bukan melibatkan maruah diri, tapi melibatkan budi bahasa budaya kita.
Tadi gua dapatlah sebuah panggilan dari operator TM. Lelaki. Perbualan ini sempat dirakamkan oleh medula oblongta gua dan ditransferkan dari jari jemari seterusnya disalurkan ke sini.
Operator: Hello, assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Encik Hami Asraff?
Aku: Waalaikumussalam. Ya saya bercakap.
Operator: Boleh luangkan sedikit masa untuk bercakap?
Aku: InsyaAllah boleh.
Operator: Saya dari Telekom Malaysia. Encik Hami ada pakai streamyx kan dekat Kedah?
Aku: Ya saya.
Operator: Difahamkan Encik Hami pakai pakej terendah, jadi kami ingin menawarkan pakej baru kami di mana Encik perlu membayar sebanyak sekian sekian. Pakej ini Encik boleh menggunakan perkhidmatan internet di rumah dan di luar.
(Beliau menerangkan 2 minit tentang ini)
Aku: Tapi saya tak ada di Kedah sekarang.
Operator: Khidmat kami sudah mula meluas ke seluruh Malaysia. Jadi di mana ada hotspot yang terpilih Encik boleh surfing internet ini.
Aku: Oh terima kasih. Buat masa ini saya tak berminat lagi.
Operator: .............
*kedengaran gagang talipon diletakkan*
Eh macam tu saja? Tak bagi salam? Tak bagi terima kasih. Tadi bukan main lemah gemalai memberi penjelasan. Hai kalau ye pun marah, rileks la. Eh tapi kenapa dia nak marah pulak? Jadi aku cuba husnuzon. Mungkin line terputus kot. (Husnuzonnya aku).
Actually minggu lepas pun dah kena dah. Dari TM jugak. Situasi lebih kurang yang sama. Tapi kali ini operator perempuan. Permulaan bualan bukan main lemah lembut, sopan santun budi bahasa, tulus mulus budi bicara, tapi tatkala aku kata tak berminat, terus letak talipon. Hai, pesyen gapo dio ni? Adakah mereka diasuh begini?
Sebelum hampa nak kata aku ni nak kata kat TM teruk ke apa, wait. Aku tak kata semua operator macam ni. Tapi ada di kalangan kita. Mungkin bukan aku seorang saja yang kena. Mungkin yang lain pun pernah kena. Cuma tertanya-tanya, kenapa perlu begitu? Kalau ye pun customer tu tak mahu, cubalah cakap elok-elok. Sekurang-kurangnya terima kasih. Lagipun dah memang kerja seorang customer service kena berdepan dengan customer yang pelbagai. Jadi budi bahasa dan manner itu penting. Ya semua orang tau cuma malas nak amalkannya.
Sama juga situasi kat sebuah kedai makan ni. Datang ambil order muka masam mencuka. Terlebih makan cuka gamaknya Kak Piah ni. Lepas tu pergi bayar di kaunter pun masih memaintankan muka masam mencukanya. Alahai Kak Piah, kalau berterusan macam ni, usah ditanya kenapa esoknya customer dah tak datang.
Kita boleh perbaiki diri sendiri kalau kita mahu perbaiki diri. Kadang-kadang kita terlupa perkara yang simple, tetapi membawa effect besar pada kehidupan. Mari menjadi hamba Allah yang berbudi bahasa, berakhlak tinggi dan jangan lupa lemparkan senyuman. Tak rugi pun hang senyum kat orang.
Okey causinsi. Wassalam.
Hami Asraff:
"Biar kita tiada rupa, tapi orang pandang akhlak kita. Biar kita tiada harta, tapi kita kaya budi bahasa."