Assalamualaikum w.b.t
Aku terlalu sedih. Semuanya gara-gara melihat video seorang kanak-kanak yang dilanggar oleh van dan lori di negara China. Banyak dikongsi di Blog dan Facebook. Mulanya aku tak mahu tengok. Tetapi lihat komen-komen yang sungguh beremosi, lantas aku tengok juga.
Aku terkedu. Speechless. Sedih yang amat sangat.
Kenapa kau begitu kejam manusia?
Bukan seorang, malahan 18 orang yang lalu lalang di situ sedikit pun tak tolong. Entah apa yang difikirkan di lubuk hati mereka? Anak patung? Seekor ayam yang baru kena langgar? Mungkin melihat kanak-kanak itu mati lebih baik bagi mereka.
Terlalu banyak kes yang melibatkan kanak-kanak. Kelar, jerut, bunuh, buang, tikam, bakar, rogol, liwat dan seumpamanya. Begitu sinonim di tajuk-tajuk akhbar kini. Seperti trend yang dibanggakan. Sejak zaman berzaman, hari demi hari kekejaman manusia bertali arus. Tidak pernah surut. Malah makin bercambah. Manusia makin mengejar kemajuan dunia, manusia makin mundur. Mundur untuk mengawal emosi. Mundur untuk mengawal kemarahan. Mundur untuk menjadi manusia yang ada sifat belas kasihan.
Kau mengumpat, kau memaki hamun, kau mengeluarkan kata-kata kesat dengan binatang-binatang yang haram. Tidak sedarkah kau pun layak di samakan dengan binatang-binatang itu? Binatang juga punya belas kasihannya. Jadi, kau hina dari binatang? Kau sibuk buat anak, dan kau bunuh mereka. Adakah kau layak dipanggil manusia?
Astaghfirullahalazim.
Minta maaf sekiranya aku sedikit beremosi. Hati aku begitu dirundum sedih. Aku terlalu sayangkan kanak-kanak. Mereka insan tidak berdosa. Mereka insan yang perlu ditatang, diasuh, dididik, dicorak dengan sempurna. Supaya jadi manusia berguna kelak.
Kita makin hanyut disebabkan kita tidak berpegang pada tali ALLAH. Asasnya tidak kuat, maka jalannya longgar. Tiada cara lain, kembali pada jalan ALLAH. Jika masih berkesempatan, jangan abaikan. Segerakan bertaubat. Takut-takut bila nyawa di hujung tanduk, sudah tiada erti penyesalan.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Ya ALLAH, berilah kekuatan pada hati-hati kami untuk dekat denganMU. Ya ALLAH, selamatkan generasi kami dari terus hanyut tidak bertepi."
Assalamualaikum w.b.t
Idea spontan itu yang terbaik sebenarnya. Bertambah baik sekiranya capai apa sahaja objek berdekatan dan segera catit. Catit ke catat? Aku rasa catat. Dan sekarang ni laptop yang paling berdekatan dengan diri. Lantas tanpa perlu cakap banyak (memang tak perlu cakap pun) aku taip terus. Menaip juga perlu kerajinan. Ternyata kerajinan itu menjelma di saat ini. Syukur.
Terus terang aku sangat merindui arwah ayah. Bila aku bangun pagi, terdetik di hati dan sejurusnya di proses di minda, tersembul sebuah persoalan yang aku sendiri sudah tahu jawapannya.
"Betul ke ayah aku dah tak ada di dunia ni?"
Astaghfirullahazim.
Bukan aku tak terima hakikat. Tidak. Aku terima semuanya. Aku redha. Aku bulatkan hati terima hamparan takdir ini. Cuma terkadang, terkilas di lubuk hati dan sanubari. Rasa ini hadir tanpa dipinta. Meronta-ronta. Rindu yang bukan kepalang. Hanya ALLAH jua mengetahui betapa gulamnya perasaan hati aku di kala ini.
Senyuman yang mesra itu selalu hadir dalam minda. Sentiasa. Rindu betah bicara ayah dalam memecah kesunyian dalam memberi keceriaan pada kami sekeluarga. Ayah selalu bercerita apabila aku dan ayah di dalam kereta. Seronok. Ada saja cerita yang membuatkan aku gelak tak henti-henti. Itulah ayah. Tidak pernah gagal dalam memberi kegembiraan.
Di mana akan cari
Aku menangis seorang diri
Hatiku selalu ingin bertemu
Untukmu aku bernyanyi
Untuk ayah tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau air mata di pipiku
Ayah dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi
Lihatlah hari berganti
Namun tiada seindah dahulu
Datanglah aku ingin bertemu
Denganmu aku bernyanyi
Lagu yang selalu diperdendangkan apabila kerinduan bertandang. Benar. Aku ingin berjumpa walau hanya dalam mimpi. Rasanya dulu pernah termimpi arwah ayah. Cuma tak ingat akan situasi yang dialami. Kabur. Lebih kepada arwah ayah ada bersama kami. Seperti imbauan kenangan sahaja.
Kebetulan aku terjumpa sebuah video yang sangat memberi pedoman. Tentang ayah juga. Cukup tersentuh. Besar sungguh pengorbanan seorang insan yang bergelar ayah. Cuba hayati mesej yang ingin disampaikan di dalam video di bawah. Moga ada pengajaran yang berguna.
"There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly. Remember to care for those who care for you."
Hari ini genap 177 hari pemergian ayahanda tercinta. Ayah adalah yang terbaik di dunia. Dan aku yakin ayah anda jugak yang terbaik di dunia. Doa kudusku sentiasa dititipkan untukmu ayah. Moga ayah terus diberi ketenangan di alam barzakh sana.
Al-fatihah untuk arwah ayah, AB HALIM BIN MD. DIAH.
Segala catatan mengenai arwah ayah, aku sematkan di side bar blog ini. Di ruangan BELASUNGKAWA AYAHANDA.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Hargai dan berbaktilah sebaik-baiknya selagi ibubapa anda masih ada di dunia ini. Jangan leka walaupun seketika."
Assalamualaikum w.b.t
Entah. Entah kenapa. Entah kenapa semuanya jadi tidak kena. Fikiran bercelaru. Tidak menentu. Keadaan menjadi sebu. Resah. Gelisah dan turut mendesah. Cukup tidak suka bila semua rasa ini hadir. Rasa yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya mampu bertelingkah dengan nada.
4:15 pagi.
Seperti kebiasaan. Aku memang sukar untuk lelapkan mata. Walaupun dicuba berkali-kali masih tidak berjaya. Dari baring ke kiri, beralih posisi ke kanan, baca doa tidur, berselawat dan segala. Semuanya sudah dicuba. Tetapi masih tidak mendatangkan sebarang hasil. Lantas aku capai laptop yang tak jauh dari kepala. Harap jari jemari yang menari-nari di papan kekunci menjadi solusi.
Aku pun tak ingat sejak bila aku tak dapat tidur malam. Telah menjadi rutin yang aku sendiri tidak ingini. Kalau melebihi pukul 4:00 pagi aku masih belum tidur, memang aku takkan tidur sampai masuknya waktu subuh. Jika tidur juga, nescaya aku akan terlepas solat subuh dengan jayanya. Mata, silalah bertahan!
Jadi aku mencari sesuatu di enjin carian. Dan hasilnya:
Sebenarnya insomnia sendiri bukanlah merupakan suatu penyakit. Terkadang insomnia hanya merupakan manifestasi dari suatu kondisi fisik seperti kelelahan yang menumpuk karena kurangnya tidur dalam jangka panjang, atau gejala dari ketidakseimbangan emosional yang sedang dialami seseorang.
Kekhawatiran akan keadaan keluarga, ekonomi, dan kesehatan yang menyebabkan pikiran seseorang menjadi terlalu aktif juga dapat menyebabkannya sulit untuk rileks. Demikian juga dengan penyalahgunaan substansi tertentu seperti pada penggunaan obat-obatan, alkohol, kopi, kafein, cola, atau terlalu banyak meminum minuman penambah energi lainnya adalah salah satu penyebab insomnia.
Insomnia umumnya hanya berlangsung selama beberapa waktu, dan terbagi menjadi beberapa klasifikasi sesuai dengan berapa lama kondisi ini dialami oleh seseorang. Secara garis besar insomnia dibagi atas insomnia akut (acute insomnia) dan insomnia kronis (chronic insomnia). Insomnia akut berlangsung dalam waktu yang singkat, yaitu antara 1 malam sampai beberapa minggu. Insomnia yang disebut kronis yaitu bila penderitanya mengalaminya selama sedikitnya 3 malam dalam seminggu dan berlangsung selama 1 bulan atau lebih. Transient insomnia dan short-term insomnia termasuk dalam kategori acute insomnia.
Aku copy paste sebahagian sahaja. Selebihnya di sini: LINK
Tak dapat dinafikan. Aku pencinta air kopi ais. Kalau tak minum rasa macam tak kena. Tak lengkap. Sudah addicted barangkali. Dan satu perkara yang rata-rata manusia alami adalah terlalu banyak berfikir sebelum tidur. Aku tidak terkecuali. Bukan sengaja mahu berfikir. Tetapi segala caca merba permasalahan dunia akan tiba waktu begini. Memang pelik. Jadi terpaksa layan 'kerenah' minda ini.
Rasa cemburu dengan sesetengah manusia lain yang letak saja kepala di bantal terus terlelap. Macam-macam petua aku cuba. Antaranya ada yang suruh minum susu sebelum tidur. Dah cuba. Tapi tak jalan. Sama jugak ada yang suruh membaca sebelum tidur. Berjalan sedikit. Dan saranan untuk menulis diketengahkan juga. Sedang mencuba. Cuma belum lagi cuba menghantuk kepala di dinding. Macam extreme sangat. So hold dulu. Find another option.
Okey dah dapat.
Mungkin perlu tiru Mr. Bean. Kira kambing biri-biri. Sampai tertidur. Aku cuba sekarang.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Teruskanlah melangkah walaupun perlahan, asalkan jangan berhenti."