Terlalu Rindu Ayah. Hargai Ayah Anda Selagi Mereka Masih Ada.
October 11, 2011
Assalamualaikum w.b.t
Idea spontan itu yang terbaik sebenarnya. Bertambah baik sekiranya capai apa sahaja objek berdekatan dan segera catit. Catit ke catat? Aku rasa catat. Dan sekarang ni laptop yang paling berdekatan dengan diri. Lantas tanpa perlu cakap banyak (memang tak perlu cakap pun) aku taip terus. Menaip juga perlu kerajinan. Ternyata kerajinan itu menjelma di saat ini. Syukur.
Terus terang aku sangat merindui arwah ayah. Bila aku bangun pagi, terdetik di hati dan sejurusnya di proses di minda, tersembul sebuah persoalan yang aku sendiri sudah tahu jawapannya.
"Betul ke ayah aku dah tak ada di dunia ni?"
Astaghfirullahazim.
Bukan aku tak terima hakikat. Tidak. Aku terima semuanya. Aku redha. Aku bulatkan hati terima hamparan takdir ini. Cuma terkadang, terkilas di lubuk hati dan sanubari. Rasa ini hadir tanpa dipinta. Meronta-ronta. Rindu yang bukan kepalang. Hanya ALLAH jua mengetahui betapa gulamnya perasaan hati aku di kala ini.
Senyuman yang mesra itu selalu hadir dalam minda. Sentiasa. Rindu betah bicara ayah dalam memecah kesunyian dalam memberi keceriaan pada kami sekeluarga. Ayah selalu bercerita apabila aku dan ayah di dalam kereta. Seronok. Ada saja cerita yang membuatkan aku gelak tak henti-henti. Itulah ayah. Tidak pernah gagal dalam memberi kegembiraan.
Di mana akan cari
Aku menangis seorang diri
Hatiku selalu ingin bertemu
Untukmu aku bernyanyi
Untuk ayah tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau air mata di pipiku
Ayah dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi
Lihatlah hari berganti
Namun tiada seindah dahulu
Datanglah aku ingin bertemu
Denganmu aku bernyanyi
Lagu yang selalu diperdendangkan apabila kerinduan bertandang. Benar. Aku ingin berjumpa walau hanya dalam mimpi. Rasanya dulu pernah termimpi arwah ayah. Cuma tak ingat akan situasi yang dialami. Kabur. Lebih kepada arwah ayah ada bersama kami. Seperti imbauan kenangan sahaja.
Kebetulan aku terjumpa sebuah video yang sangat memberi pedoman. Tentang ayah juga. Cukup tersentuh. Besar sungguh pengorbanan seorang insan yang bergelar ayah. Cuba hayati mesej yang ingin disampaikan di dalam video di bawah. Moga ada pengajaran yang berguna.
"There are no perfect fathers. But a father will always love perfectly. Remember to care for those who care for you."
Hari ini genap 177 hari pemergian ayahanda tercinta. Ayah adalah yang terbaik di dunia. Dan aku yakin ayah anda jugak yang terbaik di dunia. Doa kudusku sentiasa dititipkan untukmu ayah. Moga ayah terus diberi ketenangan di alam barzakh sana.
Al-fatihah untuk arwah ayah, AB HALIM BIN MD. DIAH.
Segala catatan mengenai arwah ayah, aku sematkan di side bar blog ini. Di ruangan BELASUNGKAWA AYAHANDA.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Hargai dan berbaktilah sebaik-baiknya selagi ibubapa anda masih ada di dunia ini. Jangan leka walaupun seketika."
44 Comments
assalammualaikum
ReplyDeletesemoga arwah abah akhi dtmptkan dalam golongan yang beriman dan dicucuri rahmat ke atas rohnya.Amin Ya rabb.
Terima kasih atas nukilan ini.
mmg tgh mrindui abah n mak juga skrg.
cuti sem dlm dua minggu lg.
Al-Fatihah utk arwah....semoga rohnya ditempatkan bersama org beriman....
ReplyDeleteamin
ReplyDeletesemoga arwah ayah kamu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh
bersabarlah dan bersyukurlah kerana arwah ayah kamu telah diberi nikmat besar iaitu bertemu dengan pencipta yang paling dicintainya
Assalamualaikum...sekadar berkongsi..sy pn sme,rindu utk bertemu hanya dlm mimpi arwah ayah dan ibu..:(
ReplyDeletesetiap seorg dari kita pasti merinduinya.apatah lg mak pendamping setia ayah.'di mana akan ku cari'..tiada manusia lain pun yg akan dpt menandinginya
ReplyDeleteWhen faith is put at test. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang SABAR.
ReplyDeleteAl-Fatihah..
ReplyDeletemoga rohnya tenang di sana..
doa hida sentiasa buat mereka.. di berikan kesihatan untuk beribadat dan juga sama2 melihat kejayaan hida kerna tanpa pengorbanan mereka, siapa hida sekarang..
sabar la yer.. saye dah pon lebih awal berada di kerusi awak. seawal umur 17 tahun... lagi 2 hari birthday saye.. time tgh trial spm, arwah ayah saye pergi selamanya. 5 tahun dah skarang pemergian ayah. ase rindu sentiasa ada. x mmpu nak tampung kesedihan bile pergi rumah kawan2, tgk ayah dorang..mesti saye akan nangis. =). kasih ayah x pernah luput dlm hati saye. kalau diberikan peluang skali lagi, saye x nak masuk sekolah asrama semata nak spent time dgn arwah.
ReplyDeletesedihhhh baca. :(
ReplyDelete*alfatihah*
Yup bro...ayah adalah insan yg pling terkesan kat diri kita...even bila da tak de tp kita selalu ingat kat dia...
ReplyDeleteSebak. saya tak payah baca setiap satu perkataan pun saya dah sebak. Luv my dad so much~ dan iklan Thai tu mmg terbaik!
ReplyDeletebersabarlah...saya pernah melalui dan masih melaluinya..bezanya ia tidaklah benar menjerut tangkai hati seperti diawal kepergiannya..
ReplyDeletebersabarlah..hanya masa yang mampu mengubatinya..hadiahkan doa..sesungguhnya ia ibarat saham yang memberi imbuhan ke syurga buat ayahanda dan bonda akita..insyaallah..
Al-fatihah :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Setiap orang yang kita sayang atau cinta, pasti dan pasti akan berlaku perpisahan dengannya, bila Allah mengkehendaki. Sama ada diri kita meninggalkan atau diri kita ditinggalkan, hanya kerana untuk bertemu dengan Yang Maha Pemberi Sayang dan Cinta itu. Berdoalah, dengan cara itu sahaja dapat menghubungkan kita dengan mereka.
ReplyDelete"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputus amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan ANAK SOLEH yang menDOAkan untuknya." [Riwayat Muslim]
Alhamdulillah..saya masih punya ayah dan ibu..hope diri ini dapat membahagiakan mereka berdua selagi terdaya...amin
ReplyDeleteTadi terserempah saudara di ptar 3..sambung master ke
kamu dikira beruntung berbanding saya..kamu kehilangan ayah ketika kamu berumur 27..jika nak dibandingkan dgn saya yg kehilangan ayah ketika beusia 4 tahun dan skg umur saya 20 thun....membesar tanpa seorang ayah bukan senang..cemburu sentiasa ade ..setiap kali lihat ayah orang lain..sehingga sekarang cemburu itu masih ade..
ReplyDeletelama atau sekejap keberadaan mereka disisi, kehilangan itu tetap suatu yang menyakitkan..
ReplyDeletebersabarlah..masa juga yang akan mengubatnya...insyaallah..
kerinduan yang takkan pernah hilang..semoga doa yg dikirimkan sampai buat arwah dari seorang anak yg soleh seperti kamu..bersabarlah..
ReplyDeletesaye pun dah 4396 hari meniti kehidupan tanpa seorang ayah..dah 12 tahun 16 hari saya tak sempat pun membesar di depan mata dia..bersyukurlah kamu dapat juga membesar di hadapan mata dia..
apa-apa pun sentiasalah berdoa buat arwah..semoga roh nya sentiasa aman di sana..al-fatihah buat arwah ayah kamu..
Asalam..
ReplyDeleteBanyakkan doa bagi di dan alfatihah. Kita semua hidup sementara.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBanyakkan bersabar & iringkan doa serta al fatiha untuk Allahyarham ayahnda saudara yang sangat saudara kasihi.
Saya terpanggil untuk memberi respon kali ini.
Ya. Perasaan kehilangan itu seperti sukar diterima. Saya faham kerana saya juga mengalami situasi yang sama. 5 tahun yang lalu, saya juga menghadapi situasi getir ini. Seakan seperti tidak percaya, namun itulah hakikat. Hingga sekarang, kami semua merindui ayah. Rindu bermain janggut ayah, rindu anyam ketupat dengan ayah, rindu dengan lawak jenaka yang membuat kami sekeluarga tidak kering gusi. Walau kemana jua kaki ini melangkah, ingatan pada Ayah sentiasa di kotak fikiran. Hanya doa & kiriman Al Fatiha saja yang dapat dilakukan tatkala hanyut dengan tuntutan duniawi yang lain.
Apapun, kehidupan ini mesti kita teruskan. Nasib ibu perlu dibela. Kebajikan ibu wajib kita jaga. Lantas, ikatan kekeluargaan kami adik beradik menjadi semakin kuat dan lebih erat. Semua dengan satu tujuan utama --> bahagiakan Ibu, gembirakan Ibu & curahkan bakti kepada Ibu. Sekarang, dia lah Ibu & dia lah Bapa. Betapa kita rasa kehilangan Ayah, Ibu juga begitu, malahan lebih lagi. Kita kena kuat demi Ibu kita yang tersayang.
Semoga roh Ayah/Abah/Papa/Abi/Apak/Bapak/Bak yang kita sayang dicucuri rahmat Allah swt. Al Fatiha.
Kita serupa..bezanya ayahanda akak dah hampir 11 thn meninggalkan kami..namun kasih sayang dia masih segar di hati..
ReplyDeletesemoga mereka ditempatkan bersama para solihin
ya ALLAH...sedih bace entry nie...rindu gak kat arwah abah...walau da setahun die pegi tinggal aku...tp rase br smlm die anto aku g skolah...Al Fatihah utk arwah ayah hami...:'(
ReplyDeletetibe2 teringat kat ayah yg baru je jumpe smlm. hmmmm... buruk mcm mane pon itu tetap ayah kite. kalau baik, jgn la kite pijak kepale mereka. ye. itu yg selalu sy ingat. agar diri ini tak rase menyesal satu hari nnt :)
ReplyDeletesabar ye,kita nih sama2 dh xde ayah, 22 oct ni 5 thn dh ayah pergi, sbnarnya masih ada rasa xdpt terima hakikat pemergian ayah :-(
ReplyDeletekita sama2 kehilangan ayah. Semoga ditempatkan di kalangan mereka yg beriman. al-Fatihah.
ReplyDeleteamat bertuah seseorang bapa itu memiliki harta (anak) yang ditinggalkan yang senantiasa mengingati, merindui nya dan seterusnya mensedekahkan alfatiah dan doa untuk nya. Al-Fatiah...!
ReplyDeletePosting yang bermanfaat. Aku setuju sob
ReplyDeletebetol tu..
ReplyDeletewalaupun kita tak suka ayah selalu marah2 kita.. tp nnt bila ayah kita dah takde.. confirm kita akan rindu waktu2 dahulu semasa kita dimarahi ayah..
nice post~
video yg ke dua tuh sgt sedih :(
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt.,
ReplyDeleteSesungguhnya Allah SWT amat menyayangi arwah. Semoga arwah Ayahanda kamu ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dan soleh, insha'Allah.
salam
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan
As salam..inalillahi..
ReplyDeleteSaya pun sama, kdg2 selalu terfikir..nak bawa kemana rindu ni??...rindu pd arwah abah yg sudah tiada, dan pd masa tu lah semua kenanganmenjadi indah..doa penyambung kasih..
tapi, itulah fitrah dan JanjiNYA...pasti.
Semoga roh Arwah Abah kita2 semua dicucuri rahmat Allah, aamiin
tatkala baca entri ini, ditambah pula dengan video tersebut, rasa sebak hati ni, arwah abah dah pergi since 16 tahun yg lepas..RINDU nya Ya Allah..RINDU tak terkata..
ReplyDeletei wish i had my dad..
ReplyDeleteouh ya, jangan kerana seorang teman(boyfriend or girlfriend),sikap kurang ajar pada orang yang jaga kita selama ni. that happens anyway.
kn..kn
al-fatihah...
ReplyDeletelast video nie sedih la..
ReplyDeleteYa Allah, di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi. Kalau Engkau yang menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan...
ReplyDelete:)
As Salam..
ReplyDeleteSaya baru mula membaca entri2 anda tentang Allahyarham ayah anda. Saya dapat rasakan apa yang anda rasa. Mac, genap setahun saya kehilangan lelaki yang saya panggil Abah. Hingga saat ini, kadangkala sukar untuk menerima kenyataan. Masih belum puas hidup bersamanya, masih belum puas berbakti padanya, tetapi Allah lebih sayangkannya. Ya Allah lebih sayangkannya. Hanya itu kata2 yang mampu memujuk hati untuk menerima kenyataan. Kerinduan tak pernah padam. Hanya doa yang mampu dipanjatkan.
Semoga anda juga tabah dan Allah mendengar doa kita...
hmmmm..terlalu rindu dgn ayah,tangan gatal search cerita ayah..ttbe kuar blog ni..
ReplyDeletebtol, hingga hr ini sy masih terasa ayah belum pergi walpon ayah dh 14hari tinggalkan kami..
sungguh, kami redha, tp kenangan yg membuatkan sy hilang arah..
Ya Allah, tempatkanlah beliau dikalangan para solihin..amin
Menyentuh hati sesiapa yg membaca. Doakan untuk arwah ayah anda.
ReplyDeletediri ini juga merindui abah :) jemput baca http://bicarasaidahmanan.blogspot.com/2011/01/surat-untuk-abah.html . sedekahkan al-fatihah juga :)
ReplyDeleteCatatan yang menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang kehilangan ayah buat selama-lamanya.semoga arwah ayah saudara ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
ReplyDeleteYa Allah ampunilah dosa-dosa arwah ayahku.Semoga beliau ditempatkan dikalangan insan-insan yang terpilih dikalangan orang-orang Soleh. Amin
Ayah saya baru pergi menghadap ilahi 30 september lepas.. Buat masa sekarang, bercampur baur perasaan saya bila terasa kehilangan.. Saya tak pernah berjauhan dengan dia.. Bila dah terpisah ni rasa lain yang teramat..janggal...rindu orang yang dah tak ada ni rasanya lain macam...
ReplyDeleteTiada lagi teman berbual untuk apabila selesai makan mlm..al fatihah untuk arwah abah haji salleh bin haji chik..
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)