(sebenarnya entri ini ditaip malam semalam. tapi hari ni baru publish )
Golek kot sini tak kena, golek kot sana pun tak kena. Aduyai ~ Entah kenapa malam ni rasa lebih hangat dari biasa ( macam agak familiar tagline ni ). Jam dindingku menunjukkan pukul 4.15 pagi. Okey aku tipu. Aku tak ada jam dinding. Again, jam di laptop aku sudah menunjukkan pukul 4.16 pagi ( seminit telah berlalu )
Banyak benda yang menyesak di minda. Banyak perkara bermain di layar mata. Banyak persoalan yang menanti jawapan yang tak kunjung tiba. Aku tak tahu kenapa. Anda tahu? Kalau tahu bagitahulah aku supaya aku yang tak tahu ini tahu. Oh stop it! Jangan memeningkan kepala aku lagi.
Aku rasa aku tahu ( lor ingatkan dah habis dah ). Sebelum memori di dalam kepala otak aku lupus begitu saja baik aku keluarkan di sini ( almaklumlah memori aku pakai 4 Tera Giga Bit je ) Adei ~
Bermula dalam bas. Seperti biasa kalau perjalanan siang menaiki bas aku perlukan bahan bacaan. Maka buku kesayangan aku ( siapa tahu angkat tangan! ) turut serta dalam perjalanan bersama aku.
Cerita bermula, baru sahaja membaca halaman kedua penumpang di sebelah menjeling ke arah aku. "Ala, nak tunjuk rajin la tuh! Ingat bagus sangat la membaca dalam bas ni". Eh, astaghfirullahalazim. Tak baik buruk sangka. Mungkin dia cakap macam ni, "Eh bagusnya mamat ni, mesti ulat buku, tak pun ulat bulu. Ishh mesti pandai budak ni." ( poyos )
Kalau dia cakap macam tu munkin aku akan balas macam ni, "eh standard la, gua ni kan rajin. Kat mana-mana pun gua membaca la. Tu lu tak tengok gua membaca dalam tandas lagi. Eh ni nak riak ni. Haha ~" ( eh jangan tak tahu, member gua ada buat. Baca dalam tandas. Tapi baca news paper la )
Semua dialog di atas hanya disuarakan di dalam hati. Harap maklum! Okey, tibalah saat-saat yang ditunggu. Sesi komentar tak bergergaji.
Itulah sikap orang kita. Ya la, orang kita, kita kan rakyat Malaysia ( kata-kata Jalaludin Hasan dalam iklan beras jasmin super 5 ). Apabila membaca di tempat awam dirasakan sesuatu yang pelik. Ke aku sorang je yang berpendapat sebegini? Adei ~ Buat malu je. Eh ada pun yang sokong. Tengkiu! Tengkiu!
Orang yang tengok tu sudah la mengata yang macam-macam. Si pembaca pula terus dengan keriakan yang menguasai jiwa. Last last tak fokus pun terhadap bahan bacaan tu. Ye la dok asyik dengan keriakan yang tak disengajakan tu. Okey, ini hanya pendapat dari gua. Kalau kalian membangkang kenyataan gua ni, janganlah pangkah gua untuk pilihan raya akan datang.
Oh masih berkisar pasal pembacaan. Masa bas berhenti di traffic light, aku sempat meninjau di luar jendela bas. Ada seorang brader membaca surat khabar. Bagusnya beliau! Akan tetapi secara tiba-tiba, Pon! Pon! Kedengaran kereta di belakang van brader tu membunyikan hon menandakan suruh jalan. Oh tarik balik. Tidak bagus di situ! Membaca tetapi mengganggu perjalanan manusia lain. En. Brader dah okey dah, nak tahu perkembangan dunia. Tapi biar kena tempat ya. Tak gitu?
Okey tamat cerita untuk bas. Bila sampai kat rumah flat aku, cubaan untuk menaiki anak tangga terhalang dengan tiba-tiba dek kerana ada segumpalan air jatuh kurang 2 inci dari aku. Okey 4 inci. Lantas ku mendongak ke atas. “ dei, watongperengge”. Sungguh biadap manusia itu. Ludah ke bawah. Kalau kena tadi, aihh. Angkat tangan kunun meminta maaf. Bukan minta maaf ukurannya. Tapi segelintir manusia yang tak bertamadun dan pengotor! Sikap manusia lagi.
Begitulah alkisahnya. Sikap adalah perangai dan perangai adalah sikap ( tiada motif ). Sikap kalau tidak diubah sekarang, jangan haraplah anda akan berubah 5 tahun lagi, 10 tahun lagi. Kirim salam sajalah.
Seperti biasa, menasihati diri ini terlebih dahulu. Marilah kita muhasarawakkan diri. Kenal kelamahan diri dan cuba perbaiki. Dari yang tak baik ke baik. Dari yang baik ke lebih baik. InsyaALLAH. Renung-renungkan dan selamat beramal ( pinjam ayat Prof Izzi )
Wassalam ~