*Situasi di sebuah restoran.
"Nak jadi baik ni memang banyak halangan kan?" Kata sang sahabat tiba-tiba, memecah kedinginan pagi.
"Hurmmmm...." Aku hanya senyum.
"Ni pasai apa hang senyum? Aku cakap serius ni!" Nada sedikit ditekan. Mungkin kurang berpuas hati dengan jawapan aku.
"Hehe. Rileks. Aku senyum sebab apa yang hang kata tu betoi sangat. Sikit pun tak salah." Jawapan yang memihak padanya.
"Tu la pasai. Aku tau la aku ni bukan baik sangat. Tapi tu dulu. Now aku perlahan-lahan nak jadi insan yang lebih baik. Mulalah orang perli macam-macam. Bajet ustaz la, bajet alim la. Macam-macam lagi la. Tambah-tambah bila aku share status-status yang islamik sikit dekat Facebook, terus kena drop. Tension jugak aku. Dugaan maybe!" Akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hati.
Aku senyum lagi. Lantas aku bersuara, "Aku tau jawapan ni cliche, tapi for your information and aku rasa hang sendiri pun dah tau rasanya. Nabi Muhammad SAW dulu ditentang habis-habisan time nak berdakwah. Memang tak boleh nak compare Nabi Muhammad SAW dengan kita. Tapi sekurang-kurang ia menyedarkan kita yang dugaan yang Allah beri ni sikit sangat. Dan perkara biasalah ujian untuk orang-orang yang nak jadi baik ni. Sabar je."
"Hang pernah dengar cerita kertas putih dan titik hitam?" Tambah aku lagi.
"Tak pernah. Cuba story kat aku tengok." Ada nada ingin tahu.
"Aku cuba create sedaya yang aku ingat. Macam ni. Dalam satu kelas ada sorang cikgu ni buat some game kat anak-anak murid dia. Di tangannya ada sehelai kertas putih dan pen hitam. Lepas tu dia buat satu titik kecil di tengah kertas putih tadi dengan pen. Lantas dia bertanya sesuatu kepada anak-anak murid dia. Dia bertanyakan apa yang mereka nampak pada sehelai kertas putih tadi. Katakan dia bertanya pada Ali, Abu, dan Aminah. Setelah ditanya Ali, Abu dan Aminah, jawapan ketiga-tiga mereka adalah sama iaitu mereka nampak titik hitam yang kecil tu." Sungguh ghairah aku bercerita.
***************
Eh tiba-tiba habis macam tu je? Oh tak tak. Ada lagi penyembangan dengan memberku itu. Tapi aku sambung di sini pulak. Okey baik, apa yang hampa dapat dari story kertas putih dan titik hitam di atas? Apa tak dapat apa-apa? Dapat sikit? Bagus!
Pengajaran dari cerita kertas putih dan titik hitam.
Manusia itu terlalu complex kadangkala. Rumit sangat. Kadang-kadang memang tak terjangkau dek akal dengan sikap manusia ni. Mungkin segelintir daripadanya. Berkali-kali rasanya aku selalu mention sikap manusia dalam blog aku ni. Sikap manusia yang tak habis-habis mahu mencari kesalahan manusia lain walhal kebaikan manusia itu masih terlalu banyak.
Seperti cerita kertas putih dan titik hitam tadi tu la. Punya la besar kawasan putih kertas putih tu tapi yang dia nampak titik hitam yang kecil tu jugak. See... Susah bebenor nak buang sikap, sifat, mentaliti, penilaian manusia ni. Yang ada di fikiran tu negatif, negatif, negatif. Elok sangat lah. Bila negatif itu kian bercambah tumbuh pulak hasad dengki yang membawa kepada fitnah mengfitnah, balas dendam dan sebagainya. Tak kesian ke kat hati dan diri tu? Cubalah beri peluang pada diri jadi insan positif, insan yang lebih baik. Boleh? Boleh sangat kalau kita mahu.
Mari aku bawa sebuah kisah lagi untuk melihat gambaran masyarakat hari ini.
Mamat (bukan nama sebenar) adalah seorang penagih dadar tegar. Dia ditangkap pihak berkuasa dan menjalani pemulihan di pusat pemulihan akhlak selama beberapa tahun. Sepanjang di dalam pusat pemulihan dia diasuh dan diajar menjadi insan yang lebih baik. Menjauhi najis dadah dan semestinya mengajar untuk mendekatkan diri pada Yang Esa. Mamat betul-betul insaf. Dia berazam untuk menjadi insan yang lebih baik. Setelah beberapa tahun, tibalah masanya dia dibebaskan. Menjadi orang yang baru.
Tapi tidak semudah yang disangka. Penerimaan masyarakat seperti tidak adil baginya. Ada yang tidak mahu mengambilnya bekerja dengan alasan masa silamnya. Begitu jugak masyarakat kampung. Ada yang memulaunya. Alasan tak habis-habis mengungkit kisah silam. Kenapa hal ini berlaku? Sebab manusia itu terlalu memandang keburukan pada diri Mamat sehingga menutup kebaikan dalam dirinya. Mereka tidak lihat apa yang ada pada dirinya hari ini, tetapi terus-terusan menilai masa lalunya. See...
Jika bukan kita yang membantu golongan ini siapa lagi? Apabila seseorang itu mahu jadi insan yang lebih baik, berilah peluang padanya. Beri sokongan membina, bukan cacian yang memusnah. Jadi bila seseorang tu ada potensi menjadi orang yang lebih baik, berdoalah padanya. Doakan kita juga supaya menjadi insan yang lebih baik. Biarlah apa orang kata seperti Letak Status Baik-Baik Di Facebook Dan Twitter Untuk Tunjuk Diri Bagus Dan Riak? Ingat, baik atau jahat manusia akan terus berkata-kata. Sebab itu apa bentuk amalan dan perbuatan kita perlu Utamakan Pandangan Allah Daripada Penilaian Manusia. Baru hidup rasa tenang.
Hurmmm... Itu sajalah perkongsian kali ni. Moga Ramadhan ini memberi rasa best untuk semua. Best dalam beribadah pada Allah. InsyaAllah.
Wassalam.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Setiap orang ada kisah silam dalam hidupnya. Jika mahu terus hidup dalam masa silam, kita tidak akan berganjak ke mana-mana."
"Setiap orang ada kisah silam dalam hidupnya. Jika mahu terus hidup dalam masa silam, kita tidak akan berganjak ke mana-mana."