Assalamualaikum w.b.t
Aku pencinta KamuTiub (sila baca Youtube). Jadi bila malam-malam sebelum melabuhkan kepala ke bantal untuk dibawa ke alam mimpi, aku akan memulakan sesi merayap. Dari satu channel ke satu channel yang lain. Seriously KamuTiub adalah medium yang sangat pantas dan cerdas dalam mengepost video tentang isu-isu terkini. Dari santai, ilmiah, agama, kelakar, menyanyi lagha dan sebagainya. Lagipun biasalah manusia kan lebih suka menonton dari membaca. Ye dak?
Makanya, di sini aku ingin sajikan Top 5 Shortfilm or Filem Pendek terbaik buatan anak-anak Malaysia. Eh wait wait. Top 5 video shortfilm ni adalah terbaik dari penilaian dan tontonan aku. Bukannya buat undian seluruh rakyat Malaysia pun. Okey let's cekidaut di bawah.
5. The Criminal
Mengenai persahabatan. Di sebalik persahabatan, terkandung perasaan cemburu yang membawa kepada niat jahat. Disebabkan niat jahat, sang sahabat sanggup 'menaya' kawannya. Eh mana boleh cerita semua. Klik dan tontonlah sendiri video kat bawah ni.
4. Tomato 1.0
Juga mengisahkan mengenai persahabatan. Ukhwah dalam persahabatan. Sikap tolak ansur, bersabar, saling percaya adalah nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam Filem Pendek di bawah.
3. The Invigilator
Mengisahkan kehidupan pelajar-pelajar sekolah. Kerenah acapkali yang dihadapi oleh mana-mana pelajar dan guru-guru. Tetapi di sebalik penceritaan dan kehidupan pelajar sekolah ini, tersirat sebuah kisah kepura-puraan cikgu dalam mendidik para pelajarnya.
2. Lightbulb
Short Film ni agak psiko sikit. Mula-mula aku tengok pun tak faham. Aku tengok kali kedua baru mula faham. Penceritaan yang santai, bersahaja tetapi isinya sangat superb dan memerlukan daya pemikir yang tinggi. Genius!
1. Pasport Ekspres
Dalam banyak-banyak Short Film, aku rasa ini adalah yang terbaik. Secara keseluruhannya memang adalah awesome. Video yang memberi seribu satu makna mendalam tentang hidup. Tentang hidup yang sedang kita kejar. Cuba tengok dan amati.
Kesimpulan aku tentang Filem Pendek
Ternyata, filem-filem pendek buatan Malaysia berada pada kelas yang tersendiri. Paling aku puji tentang filem-filem pendek di atas adalah kualiti video dan teknik sinematografi (Ambik hang sinematografi bagai! Bajet pakar. Haha!) yang sangat cantik dan awesome. Sekalung tahniah pada depa di atas yang menghasilkan karya untuk buah minda pada masyarakat.
Bila tonton filem-filem pendek di atas, terfikir aku, kenapa filem-filem di negara kita begitu ketandusan idea dalam penghasilan cerita yang terlalu sarat dengan filem gangster, hantu, lawak yang tiada kesudahannya. Sedangkan masih terlalu banyak perkara manfaat lain boleh digarapkan untuk minda masyarakat.
Jika anda ada saranan Filem-Filem pendek yang bagus lain, sila nyatakan pada ruangan komen di bawah. Moga ada manfaat bersama.
Hami Asraff:
"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat pada orang lain. Berilah manfaat pada orang lain, walaupun sedikit."
Assalamualaikum w.b.t
Dah lama aku tak menulis entri mengenai kehidupan masyarakat sekeliling. Kehidupan yang dijalani manusia dalam menongkah arus donia (bukan typo, memang sengaja tulih donia) penuh pancaroba. Terlalu banyak gejala yang memenatkan saraf otak manusia. Keadaan manusia di Malaysia makin tenat. Keadaan manusia Islam di Malaysia makin tenat.
Apa ni? Apa ni? Siapa yang tenat?
Begini. Aku tertengok tivi tiga. Rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa. Bukan sebab nak layan. Tapi terbuka dan terlayan. Ada satu part aksi yang buat aku geleng kepala 180 darjah ke kiri dan kanan.
"Alhamdulillah alhamdulillah. Anak makcik terpilih untuk masuk rancangan ini. Makcik bersyukur."
Air mata makcik free hair itu bercucuran. Sejurus kemudian terlihat anaknya. Juga free hair. Tapi free hair lain macam sikit. Rambut berkarat.
Lantas gua terus menukar siaran ke tivi empat. Tidak sanggup melihat adegan mencemaskan yang lain. Sejurus selepas itu monolog dalaman telah pun berlaku. Sepatutnya monolog dalaman ni aku simpan sorang-sorang. Tetapi memandangkan terlajak perahu boleh diundur, terlajak menaip teruskanlah, makanya gua ingin berkongsi di sini monolog dalaman gua.
"Sedih gila tengok masyarakat hari ini. Terlalu ramai mahu jadi penyanyi. Apa yang dibanggakan pun tak tau la. Paling tak boleh blah, mendapat sokongan padu dari ibu dan ayah. Siap menangis kegembiraan lagi bila anak-anak depa berjaya masuk rancangan realiti berkenaan. Menyedihkan mereka adalah orang Melayu yang beragama Islam. Seriously, kehidupan masyarakat sudah tenat."
Hmmmm...
Satu lagi rancangan realiti tivi yang dapat dikenalpasti tidak baik untuk masyarakat adalah Idola Kecil. Apa yang terlalu dibanggakan pun tak tahu la. Asuh anak-anak jadi seorang penyanyi di usia muda? Ajar anak-anak tidak menutup aurat sejak dari kecil? Astaghfirullahalazim. Adakah ini yang kamu bangga wahai ibu ayah? Tepuk perut tanya diri.
Ibubapa hari ini berasa bangga apabila anak-anaknya menjadi penyanyi, tetapi sedikit pun tidak bangga apabila anak-anak tidak tahu membaca Al-Quran. Ibubapa hari ini sedih jika anak-anaknya tidak berjaya memasuki rancangan realiti tivi, tetapi tidak sedih bila anak-anaknya tidak tahu solat, tidak pandai menutup aurat.
Apabila stesen tivi negara ini yang mementingkan rating dan wang ringgit, maka rancangan hiburan sebegini akan tumbuh dengan pesatnya. Lalu muncullah suara sumbang, ingin menegakkan benang yang basah kononnya.
"Hang kalau tak suka, tak payah tengok. Banyak lagi rancangan tivi yang Islamik, Ilmiah yang lain. Pi tengok sana. Usah menyemak di sini!"
Dan seraya aku membalas,
"Orang jahil sentiasa lari dari masalah. Orang jahil sentiasa tidak fokus pada masalah. Fokus pada masalah yang dihidapi, cari jalan penyelesaian. Keluar dari kemelut kejahilan. Bukan terus berada di dalamnya tanpa rasa bersalah bersarang di jiwa."
Sekali lagi, tepuk perut, tepuk dahi, tanya diri. Kita punya akal fikiran untuk memilih yang mana betul, yang mana salah. Terserah pada pilihan.
Ini sajalah perkongsian aku kali ini. Rasanya tak perlu aku taip panjang-panjang lagi. Yang penting hampa dapat point yang aku cuba sampaikan di sini. Jangan leka kejar duniawi, sehingga terlupa akhirat itu lebih penting. Hiburan itu tidak pernah salah. Tetapi manusia yang sering mencari hiburan yang salah. Moga ada manfaat bersama. Moga kita masih di bawah lindungan rahmatNya.
Hami Asraff:
"Dunia sentiasa menawarkan kelalaian. Jika iman tidak kuat, kita akan kalah, syaitan akan terus tertawa."
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.