Assalamualaikum w.b.t
Minta maaf jika anda masuk saja blog ini, ada lagu autoplay. Rata-rata orang (especially Blogger) memang tak suka lagu autoplay di blog. Bertambah tak suka bila cari butang 'pause' tak jumpa. Bertambah hangin satu badan dibuatnya. Hehe. Rileks. Sabaq. Aku hiddenkannya. Letak sat saja lagu ni kat blog. (Eleh kalau letak lama pun macam ada je yang sudi bertandang ke blog usang hari hari ni?)
Jadi itulah mukadimah untuk entri kali ini. Mukadimah berbasa basi orang kata. Mahu teruskan coretan dan titipan dalam meneruskan secebis hidup yang sementara ini. Mana tahu esok lusa kita dipanggil menghadap Ilahi, tak sempat pulak kita berbakti. Menulis sesuatu perkara yang baik, mungkin itu suatu sumbang bakti pada masyarakat, pada pembaca. Biarlah sedikit, asalkan perkongsian yang baik itu diteruskan. InsyaAllah.
Menyingkap kisah jatuh bangun hidup. Rupa-rupanya banyak juga cabaran hidup yang aku dah lalui selama ini. Pejam celik pejam celik sat saja masa berlalu. Dah 27 tahun (even Birthday tak sampai lagi) dah pun aku menumpang hidup di bumi Allah yang luas ini. Bila diingatkan kembali, boleh tersenyum sendiri. Tersenyum mengenang kisah-kisah hidup. Di dalam kisah hidup itu terselit elemen kesedihan, kekecewaan, kehampaan yang sering bertelingkah dalam diri. Asam garam untuk manusia. Perkara biasa apabila menjadi manusia biasa.
Terngiang-ngiang kata-kata seseorang pada aku suatu ketika dahulu.
"Hami, hang ni tak pernah sedih ke? Tengok hang happy saja!"
"Happy? Tak pernah sedih? Hehe. Manusia mana yang tak pernah sedih bro? Kita manusia biasa la, dan sedih itu sebahagian dari jadi manusia. Tapi kadang-kadang kita perlu menutup kesedihan kita dengan berpura-pura happy. Macam tu la kot."
Menerangkan sambil meleretkan senyuman.
"Macam mana pulak dengan kegagalan? Hang pernah gagal?", tanyanya lagi. Ingin tahu barangkali.
Aku tersenyum lagi. Lantas membalas.
"Hehe! Banyak sangat kegagalan dalam hidup ini. Orang lain saja yang tak pernah tahu. Yang tahu mungkin tahu."
Antara persoalan-persoalan yang pernah ditanya. Begitulah. Kadang-kadang orang hanya nampak pada apa yang terzahir pada kita. Tetapi mereka tidak nampak apa yang terselindung di sebaliknya. Terselindung itu tersembunyi pelbagai kisah yang mampu meruntun jiwa. Kisah yang tidak pernah kita mahu peduli. Kisah yang mampu buat manusia jatuh dalam jurang kelemasan. Jurang yang dinamakan KEGAGALAN.
Kegagalan membuatkan manusia hilang pedoman. Merasai kegagalan, kita akan merasai kehampaan, kekecewaan. Kekecewaan yang sukar ditafsirkan. Terasa hancur luluh sanubari. Seperti tiada harapan untuk meneruskan hidup lagi. Kegagalan mampu membuatkan manusia hilang kepercayaan pada diri. Kegagalan juga kadang-kadang mampu membuatkan manusia tidak nampak akan pengertian dalam hidupnya. Pasrah. Serabut. Buntu. Semuanya digaul menjadi sebuah rasa negatif di sudut hati kecil.
Kembalilah istighfar.
Jangan terlalu ikutkan emosi. Jangan biarkan emosi membatasi warasnya akal fikiran. Ingat, tiada seorang pun manusia dilahirkan sempurna dalam dunia ini. Kegagalan itu adalah perkara biasa bagi seorang insan yang bergelar manusia. Biar pun sehebatnya seseorang manusia itu, pasti kegagalan pernah singgah dalam hidupnya. Gagal dalam peperiksaan, gagal meneruskan pengajian, gagal dalam perhubungan, gagal dalam percintaan, malah gagal dalam perkahwinan. Dan pelbagai lagi kegagalan yang sering terjadi dalam hidup masing-masing.
Bangunlah dari kegagalan. Jangan pernah tunduk pada kegagalan. Kegagalan adalah tiket untuk mencapai kejayaan. Jika kita tidak menempuh kegagalan, kejayaan itu dirasakan biasa. Kegagalan itulah yang mengajar kita untuk lebih kuat, lebih tabah, lebih kental menghadapi serangan ujian dunia. Selalu aku ingatkan pada diri. Bukan senang mahu senang. Itu sudah cukup menjawab segalanya. Jika kita peroleh sesuatu perkara itu dengan mudah, kita mungkin tidak belajar erti kepayahan. Kepayahan dan kegagalan yang membuatkan kita lebih kuat harungi hidup, malah tetap kental hadapinya.
Jadi, berhentilah bersedih dengan kegagalanmu. Bangun dan menyerlah semula. Andai rebah, bangun dan terus melangkah. Jangan berputus asa. Kejayaan bakal milikmu kelak.
Dua tahun lalu pernah menulis entri I Love Living Life. I am Happy. Salah satu entri yang berkaitan kegagalan dan semangat untuk teruskan hidup. Klik pada linknya untuk mengetahui lebih lanjut. Aku tinggalkan anda pada satu video yang awesome di bawah. Video yang memberi motivasi dan inspirasi pada diri ini. Mungkin pada kalian jua.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Hidup tidak sentiasa menjanjikan kemanisan. Kepahitan itu lumrah hidup sebagai manusia. Penghujung pahit, pasti ada manisnya."