Banner “Burger Crispy” dah nampak dari kejauhan.
Lima enam kali lalu tak pernah nak singgah. Entah kenapa hari ni rasa teringin nak makan burger. Tak la favourite sangat burger. Bolehlah makan sekali sekala. (Yoolah tu, burger Mekdi bukan main kan drive thru panjang berjela sanggup rintangi jua).
“Oblong daging 1, burger ayam 1. Dua dua special ya.”
Mata melirik pada banner burger crispy. Mungkin burger crispy besar gedabak yang ditampilkan tu ada pesona dia tersendiri. Takpalah maybe lain kali aku try burger crispy ni. Hari ni kita beroblong dulu. Getus hati kecil.
“Bang, tak nak try burger crispy? Best seller ni.” Mak ai seakan, ada kuasa psikik. Membaca minda gua.
Jangan disuggest untuk hamba Allah yang mudah terpengaruh ni. Kurang masa 2 minit aku tukar fikiran.
“Boleh la bang. Burger crispy 2!”
Betapa pelahapnya, masuk dalam kereta aku terus ngap. Weh sedap. Ternyata sedap. Dan paling menariknya adalah harga burger crispy tadi lebih mahal dari burger-burger biasa. Tapi aku bayar sahaja tanpa mempersoalkan.
Jadi terpikir aku akan dua perkara.
Marketing;
Benda lalu lalang di mata hang, dia dah macam capture di pandangan mata. Hang nampak hang dah tau oh iklan ni, eh iklan tu la. Walhal bukan nak beli pun produk tu. Macam orang selalu dok pos gambar kucing la setiap hari. Never stop post, sampailah suatu hari dia tak pos, kita pun heran lalu bertanya, “Weh kucing hang dah mati ka?”
Value Added;
Tak kisahlah nilai tambah untuk diri ke, untuk product ke, nak jadi Super Saiya kena lain sikit dari yang lain. Nampak simple tapi maybe impact dia wow. Kalau brader tu tak offer burger crispynya, mungkin aku masih beroblong sehingga kini. Sama macam hang nak beli Tealive, sekali “Bang hari ni beli dua, RM10 setiap satu.” Aku dah terkena dan aku beli.
Haha begitulah.
Kadang idea spontan ni hang kena cepat post.
Justeru, tak dapat banyak sikit pun jadilah ya.