Assalamualaikum w.b.t
Kepraktikalan adalah praktikal. Aku ni kalau bab-bab tambah imbuhan memang cukup cekap. Sapa yang dok baca entri aku tau la akan keimbuhan yang seringkali ditokoktambah dalam bait perkataan yang dicernakan. See ada kan imbuhan dalam ayat tadi? Spot the imbuhan!
Hari ke 12 berpraktikalan. Eh dah 12 hari? Sekejap saja masa tu berjalan. Kenapa orang selalu cakap masa itu berjalan bukan berlari? Itu yang kita tak tahu tu. Tapi yang pasti berjalan atau berlari dia tetap meninggalkan kita. Tinggal yang dah tak boleh patah balik. No turning back.
Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi sepanjang 12 hari aku berpraktikal di Syarikat Lotus West Sdn. Bhd. ni. Perkongsian yang aku rasa memang membawa manfaat bersama. InsyaAllah. Tetapi yang pastinya sangat sangat menarik perhatian aku. Serius.
Straight to the point terus.
Aku tersangat respek dengan majikan (big bos) sini yang menjaga solat para pekerjanya. Menjaga yang bagaimanakah? Memastikan para pekerjanya menunaikan solat. MasyaAllah bos yang begitu mementingkan amal ibadat. Bukankah itu yang diperlukan oleh semua majikan?
Tahu banyak lagi syarikat yang bosnya sangat pentingkan hal ini. Alhamdulillah la kan? Tapi ramai jugak majikan yang langsung tak ambil peduli. Ya kan? Kalau tunjang itu kuat, cabang-cabang dan ranting jugak turut utuh. Yang di atas perlu tahu peranannya supaya yang di bawah tidak pincang.
Tak faham? Ah, fahamkanlah!
Satu lagi setiap hari Jumaat, selepas Solat Jumaat this bos akan menjemput seorang ustaz untuk bertadarus Al-Quran beramai-ramai. Memperdengarkan bacaan Al-Quran daripada ustaz dan disambut dengan yang lain. Habis membaca Al-Quran, ustaz jugak akan menafsir bacaan yang dibacakan tadi. MasyaAllah sangat cantik begitu.
Ada syarikat lain masih seperti ini? Kalau ada alhamdulillah. Kalau tiada, maka mari adakan. Banyak sangat manfaat yang kita bakal dapat yang kita langsung tak pernah terfikir. Sebab? Sebabnya kita tidak pernah mencuba. Manusia kan tidak suka perubahan. Itulah sebabnya.
Itu sahaja yang nak dikongsi setakat ini. Moga ada manfaat bersama. Tak usah terpekik terlolong mengutuk mengumpat orang sana sini sebaliknya bacalah Al-Quran. (harap ada kena-mengena)
Wassalam.
Hami Asraff: Kalau pergi site baru best kerja ni. Sekarang ni dok ofis je. Kerileksan.