Manusia Kian Tenat Dengan Hiburan Yang Melalaikan

October 11, 2012







Assalamualaikum w.b.t

Dah lama aku tak menulis entri mengenai kehidupan masyarakat sekeliling. Kehidupan yang dijalani manusia dalam menongkah arus donia (bukan typo, memang sengaja tulih donia) penuh pancaroba. Terlalu banyak gejala yang memenatkan saraf otak manusia. Keadaan manusia di Malaysia makin tenat. Keadaan manusia Islam di Malaysia makin tenat.

Apa ni? Apa ni? Siapa yang tenat?

Begini. Aku tertengok tivi tiga. Rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa. Bukan sebab nak layan. Tapi terbuka dan terlayan. Ada satu part aksi yang buat aku geleng kepala 180 darjah ke kiri dan kanan.

"Alhamdulillah alhamdulillah. Anak makcik terpilih untuk masuk rancangan ini. Makcik bersyukur." 

Air mata makcik free hair itu bercucuran. Sejurus kemudian terlihat anaknya. Juga free hair. Tapi free hair lain macam sikit. Rambut berkarat.

Lantas gua terus menukar siaran ke tivi empat. Tidak sanggup melihat adegan mencemaskan yang lain. Sejurus selepas itu monolog dalaman telah pun berlaku. Sepatutnya monolog dalaman ni aku simpan sorang-sorang. Tetapi memandangkan terlajak perahu boleh diundur, terlajak menaip teruskanlah, makanya gua ingin berkongsi di sini monolog dalaman gua.

"Sedih gila tengok masyarakat hari ini. Terlalu ramai mahu jadi penyanyi. Apa yang dibanggakan pun tak tau la. Paling tak boleh blah, mendapat sokongan padu dari ibu dan ayah. Siap menangis kegembiraan lagi bila anak-anak depa berjaya masuk rancangan realiti berkenaan. Menyedihkan mereka adalah orang Melayu yang beragama Islam. Seriously, kehidupan masyarakat sudah tenat." 



Hmmmm...

Satu lagi rancangan realiti tivi yang dapat dikenalpasti tidak baik untuk masyarakat adalah Idola Kecil. Apa yang terlalu dibanggakan pun tak tahu la. Asuh anak-anak jadi seorang penyanyi di usia muda? Ajar anak-anak tidak menutup aurat sejak dari kecil? Astaghfirullahalazim. Adakah ini yang kamu bangga wahai ibu ayah? Tepuk perut tanya diri.

Ibubapa hari ini berasa bangga apabila anak-anaknya menjadi penyanyi, tetapi sedikit pun tidak bangga apabila anak-anak tidak tahu membaca Al-Quran. Ibubapa hari ini sedih jika anak-anaknya tidak berjaya memasuki rancangan realiti tivi, tetapi tidak sedih bila anak-anaknya tidak tahu solat, tidak pandai menutup aurat.

Apabila stesen tivi negara ini yang mementingkan rating dan wang ringgit, maka rancangan hiburan sebegini akan tumbuh dengan pesatnya. Lalu muncullah suara sumbang, ingin menegakkan benang yang basah kononnya.

"Hang kalau tak suka, tak payah tengok. Banyak lagi rancangan tivi yang Islamik, Ilmiah yang lain. Pi tengok sana. Usah menyemak di sini!"

Dan seraya aku membalas,

"Orang jahil sentiasa lari dari masalah. Orang jahil sentiasa tidak fokus pada masalah. Fokus pada masalah yang dihidapi, cari jalan penyelesaian. Keluar dari kemelut kejahilan. Bukan terus berada di dalamnya tanpa rasa bersalah bersarang di jiwa."

Sekali lagi, tepuk perut, tepuk dahi, tanya diri. Kita punya akal fikiran untuk memilih yang mana betul, yang mana salah. Terserah pada pilihan. 

Ini sajalah perkongsian aku kali ini. Rasanya tak perlu aku taip panjang-panjang lagi. Yang penting hampa dapat point yang aku cuba sampaikan di sini. Jangan leka kejar duniawi, sehingga terlupa akhirat itu lebih penting. Hiburan itu tidak pernah salah. Tetapi manusia yang sering mencari hiburan yang salah. Moga ada manfaat bersama. Moga kita masih di bawah lindungan rahmatNya.



Hami Asraff:

"Dunia sentiasa menawarkan kelalaian. Jika iman tidak kuat, kita akan kalah, syaitan akan terus tertawa."


You Might Also Like

28 Comments

  1. artikel yang bagus..saya pun dah lama rasa macam tuh..tapi tak tau nak tegoq lagu mana..itu belum masuk masalah sosial yang makin jadi-jadi..hanya mampu doa dan terus doa terpelihara daripada semua ini..

    moga-moga keluarga kita tidak tergolong dalam golongan sebegini insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  2. stuju sgt masyarkat kte kini, trutama beragama Islam sgt tenat dgn hiburan yg melalaikn.. benar, rasa sedih sgt ble ibu bapa blh m'nangis ble anak2 tk dbri peluang memasuki prgm realiti yg tdk m'datangkn manfaat sekadar memuaskn minat mereka bkn m'mbri contoh yg baik.. Qari junior salah satu yg terbaik dn ptut m'jadi contoh dn ditruskn..

    ReplyDelete
  3. Sangat setuju dengan entri ini.

    ~Saya pun 'tertonton' rancangan seperti yang dinyatakan di atas. Sungguh tidak disangka seorang ibu boleh melafazkan kesyukuran atas kejayaan anaknya terpilih ke peringkat seterusnya. (Siap nangis lagi...huhu)
    ~Inilah penyakit 'wahn' sebagaimana yang Rasulullah sabdakan...(selawat dan salam ke atas Rasul junjungan)
    ~Program sebegini pada pandangan saya bukannya membantu mengembangkan bakat tetapi membantu menjatuhkan masyarakat khususnya yang beragama Islam.
    ~Hedonisme bermaharajalela, iman melemah tanpa dibela.

    p/s: Ayuhlah pemuda pemudi, tanggungjawab kalian lagi besar dari sekadar bergelar penyanyi picisan!

    ReplyDelete
  4. bismillah,
    perkongsian yg amat bermakna,
    memang x dpt dinafikan pilihan muslim skrang pada yg melalaikan. contoh kat kampus; program agama terpaksa memaksa smua join,tp kn tahan telinga bila di'mengatakan', tp bila masuk bab program hiburan yg melalaikan dengan rela hati dan tanpa paksa rela, smua nak join...sedih n rasa bersalah pd Allah makin b'tmbh coz x bnyk menyeru ke arah kebaikan...

    :(

    ReplyDelete
  5. ringkas tapi padat.....syabas! keep it up...!

    dunia akhir zaman...agama dibelakangkan, hiburan diutamakan...

    ReplyDelete
  6. @alFarafisyah Jika mahu lihat pemuda pemudi masa akan datang, lihatlah pemuda pemudi masa kini. Dan... ianya amat menyedihkan.

    ReplyDelete
  7. Pelik melihat manusia yg memilih hiburan melalaikan ni, padahal dalam Islam dah ada hiburan yg jelas2 dapat pahala.Baca Al-quran zikir, nasyid kan elok tu.

    #dengan memperingati Allah hati akan menjadi tenang..entri yg menarik. like 88x. :)

    ReplyDelete
  8. @bintu assiddiq Hiburan melalaikan semua orang sokong. Bila program ilmiah semua orang menentang.

    ReplyDelete
  9. Berhibur itu tak salah.Cuma bila hiburan itu terlalu berlebihan dan tidak mengikut syariat Islam yang menyebabkan ia menjadi najis,bak kata UAI.Hiburan yang belebihan diibaratkan seperti meminum air laut.Semakin diminum semakin dahaga.Hausnya tidak hilang juga.WALAHUALAM.

    ReplyDelete
  10. Suka...tajuk melambangkan kelalaian manusia kini.

    ReplyDelete

  11. penyakit cinta dunia semakin berleluasa
    Moga Allah lindungi kita

    ReplyDelete
  12. betul-betul, masyarakat sekarang akan berbangga sekiranya anak-anak mereka berjaya masuk tv, nama disebut-sebut kerana pandai menyanyi. tetapi tak risau pun jika anak-anak mereka tidak solat 5 waktu sehari, tidak risau jika aurat didedah sana-sini. =( moga kita semua diberi kekuatan untuk melakukan perkara-perkara yang benar di sisi Allah.

    ReplyDelete
  13. bingkisan yg menarik..mampu membuka akal dan hati..bak kata imam hassan al-banna persiapkan diri 20 thn sblmnya utk generasi yg bkl dilahirkan....bila syariat makin ditolak ketepi,bila kebatilan makin dimegah2kan,lahirlah hati yg tidak beriak melakukan kemungkaran...Allahubarikk lana !

    ReplyDelete
  14. takde apa yang pelik pon dengan perangai manusia ni..dan bukan baru zaman sekarang ni manusia berperangai macam tu. sejarah sentiasa berulang..berkali-kali. hanya golongan yang berusaha membersihkan diri yang akan terselamat.


    *yang lagi best, bersyukur sebab berjaya lakonkan watak hampir dirogol. terbaik... ;p

    ReplyDelete
  15. @Cik Jarum Emas Selalunya manusia lebih suka buat perkara yang ditegah agama :)

    ReplyDelete
  16. @cik bulan Moga generasi kelak masih mencintai agama.

    ReplyDelete
  17. @Haris Khairuddin "Kami hanya menghayati watak lakonan. Itu sahaja." Jawapan para pelakon.

    ReplyDelete
  18. Sangat setuju. Sy pun ada tengok. Si ibu tu dgn free hair rambut berkarat (bukan mngata tp knyataan) ucap syukur alhamdulillah. Memang wajib kita lafaz ayukur tapi mcm xkena gaya dan tempat. Akademi al-quran ada ke nk buat mcmtu?rasanya dah lama xdak ujibakat kan. Wallahualam

    ReplyDelete
  19. saya ade tertengok siaran sekumpulan adik-adik yang menyanyikan lagu qasidah ya badrotim di Astro tivi Al-hijrah(assalamualaikum) , sangat merdu suara mereka.
    Ibu bapa patut mencontohi mereka untuk mendekatkan diri dengan Agama Islam.

    Bukan nak sentiasa mempelajari Islam saje , cume pendekatan tentang agama harus di pertingkatkan supaya masa depan anak-anak nanti tidak tercemar.

    sekarang ini pun banyak dah tercemar. Allah.

    Semoga manusia-manusia itu sedar dari hayalan duniawi yang sementara ini. aminn.

    ReplyDelete
  20. salam..
    sengaja menjenguk blog anda.
    tertanya-tanya, tumblr anda telah dibiarkan bersarang saja?
    ^_^

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum w.b.t

    Hairankan dengan segelintir para ibu, bila anak-anak terpilih dalam rancangan realiti, para ibu menangis terkedu-kedu, tergagap-gagap hendak berbicara seolah-olah anak-anaknya melakukan perkara yang amat membanggakan? lainlah jika anak-anak layak untuk ke akademi Al-Quran itu adalah perkara yang baik untuk di syukuri..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe