Cerita Yang Penuh Dengan Unsur Nasihat Dan Pengajaran

March 26, 2010


Assalamualaikum w.b.t

Minta maaf. Eh awat dok tak dok minta maaf ni? Err, yer la dah dekat seminggu aku tak update blogku ini. Yang selalu dok update kat my Twitter saja. Kemaafan dihulur kepada mereka yang menanti akan kehadiran entri terbaru aku. Bagi mereka yang tidak menunggu, maka statement di atas sangat memalukan! (-_-")

Kalau hampa semua ada perasan dekat Post Script aku on the previous entry, aku ada mengkhabari bahawa aku ingin mengulas [bajet sempoi] mengenai sebuah filem yang bagi aku best. Tapi filem ni dah berkurun kot. Aku saja yang baru tengok. Sadiskan gua!

Cerita bermula.

Hari itu yang kebetulan juga hari Sabtu, gua menapakkan diri ke rumah member gua. Mat Areep namanya [huih Mat Areep akhirnya nama hang masuk dalam entri aku]. Beliau tanya aku.

"Wey hang dah tengok KCB?"

"KCB? Apadia tu? Kampung Cik Bedah ke?" [kunun buat lawak]

"Ceh, dok buat lawak pulak! Ketika Cinta Bertasbih la." [ceh beliau dapat detect aku buat lawak]

"Tak tengok lagi. Best ka wey? Kalau best nah transfer ke external hardiskku yang berkapasiti 14 Tera Giga Bite ni!" [kataku dengan penuh keriakkan = tipu saja berkapasiti itu]

"Mesti la best!" [eh ingatkan dah habis perbualan ni]

Okey perbualan tamat.

Aku ni pantang sikit kalau orang kata 'BEST'. Mesti nak tengok cepat-cepat. Kalau orang kata 'BOLEH LA', lambat sikit la kot.



Dipendekkan cerita aku dah habis menonton filem ini. 1 dan 2. Percaya atau tidak dan anda harus percaya, dalam masa 2 hari 4 kali aku tengok cerita ini. Hoho ~ Begitu jarang aku berbuat sedemikian untuk jangka masa yang singkat. Ishh pasti ada keistimewaannya sampai begitu sekali terjadi.

Okey, mari teruskan pembacaan.

Pertama

Filem ini begitu mengangkat aspek Ketuhanan yang tinggi. Sebelum ni orang kata filem Ayat-Ayat Cinta best. Tapi aku tak pernah tengok pun. Permulaan yang agak mendatar untuk filem yang bercorak sebegini. Tapi nasihat aku, teruskan menonton sampai ke penghujung. InsyaAllah banyak sangat nilai-nilai murni yang akan anda temui.

Kedua

Berkisar pencarian jodoh yang begitu dianjurkan oleh agama suci kita, Islam. Ini baru betul. Etika dan tatasusila dijaga sebaiknya. Bukti? Akan aku cerita di bawah nanti. Walaupun ada scene yang tak perlu menutup aurat, contohnya di dalam rumah. Yer la dalam rumah siapa nak tengok kan? Tetapi dalam filem ini begitu menekankan aspek itu. Langsung tidak menunjukkan aurat. Lainlah pelakon yang memang dah tak tutup aurat dalam filem ni.

Ketiga

Pemilihan perlakon. Ini yang paling aku puji. Aku ada bertanyakan seorang rakan blogger yang sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau ialah saudara Pamiesz. Dan ini blognya Hikayat Si Janggut Perang. Bagus ustaz ni. [wey aku dah promote blog hang ni. hehe ~] Katanya, pelakon di dalam filem ini kebanyakkannya di uji bakat. Bukanlah mengambil pelakon handalan sedia ada. No wonderlah Bahasa Arab yang dipertuturkan very influence. Maksudnya permilihan berdasarkan yang terbaik. Maka mereka yang terpilih itulah yang terbaik. Tambah-tambah watak Abdullah Khairul Azzam dan Anna Althafunnisa

Keempat

Ayat-ayat dan runut bunyi dalam filem ini sangat 'matching'. Betul-betul memberi satu intonasi dan penceritaan yang mempersona. Aku sangat tertarik akan satu babak dalam filem ini di mana Eliana Parmesthi Alam ingin memberi 'french kiss' kepada Abdullah Khairul Azam, tetapi ditolak dengan mengemukakan hujahan ini :
Setiap orang pasti punya prinsip dalam hidupnya. Biasanyakan berdasarkan yang diyakini kebenarannya. Prinsip hidup saya berdasarkan Al-Quran dan hadis. Dalam agama kita, masalah kesucian itu sangat diutamakan. Itu terbukti kenapa pelajaran pertama dalam buku-buku fikh ialah qro [ini aku tak pasti sebutannya] tentang bersuci agar penganutnya selalu menjaga kesucian lahir mahupun batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga adalah kesucian antara pria dan wanita. Kalau saya melakukan ciuman dengan wanita yang tidak halal bagi saya berertikan saya telah menoda kesucian saya sendiri dan juga menodai kesucian wanita itu juga. Itu adalah musibah bagi saya. Mungkin orang akan berkata saya ini kolot, kampungan, budak jamani bahkan primitif sekali pun saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya.

Menangis si Eliana Parmesthi Alam itu. Aku pun kurang pasti sebutan mereka sebab tiada subtitle untuk Ketika Cinta Bertasbih 1. Tapi aku masih faham lagi walaupun aku bukan penggemar setia Sinetron.
Hanya empat ulasan saja kot yang aku boleh huraikan. Selebihnya anda perlu menonton sendiri. Aku yakin dah ramai orang tengok filem ni. Aku ni je kot yang baru tengok. Ketinggalan sungguh!

Ada orang cakap kat aku sebelum tengok filem ini, pastikan baca bukunya dulu sebab dalam filem tak sedetail karya Novel Habiburrahman El Shizary ni. Tak pa tak pa, nanti aku pi cari novel ni. Pasti! Entah entah dah habis dah.
"Eh apa barang wey tengok cerita ni, jiwang gila!"
"Err, sebelum kata sebegitu, silalah tengok dahulu ye!"
Bukanlah dengan aku mengulas filem ini, aku cuba mengangkat filem luar. Oh tidak! Filem-filem kita pun hebat dan ada kualiti dalam kelas tersendiri. Cuma Filem berbentuk ketuhanan agak kurang. Tapi alhamdulillah sekarang ni sudah ada banyak karya-karya sebegini diketengahkan. Syabas untuk itu!
Untuk mereka yang masih belum tengok lagi, bolehlah download di bawah. Kualiti DVDrip [Mediafire] Rasanya boleh kot. Try la dulu.
Ketika Cinta Bertasbih 1
Ketika Cinta Bertasbih 2
Apabila anda sudah download, ketiga-tiga Part tu, pastikan anda ada WinRAR untuk extract ketiga-tiga Part tu. Rasanya ini semua orang tahu kot. Kalau tak tahu tanya yang tahu okey?
Aku terjumpa pula E-Novel untuk Ketika Cinta Bertasbih ni. Untuk sesiapa yang nak download juga boleh klik link di bawah :
Tak pasti pulak lengkap ke tak. Sebab waktu entri ini ditaip aku pun sedang download juga.
Itu saja kot aku nak cerita. Aku copy paste sikitlah sinopsis cerita ini di bawah. Orang selalu letak sinopsis di atas, yang aku ni letak kat bawah. Hehe ~


Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh bea siswa untuk belajar di Al Azhar Mesir selepas menamatkan Aliyah di desanya. Baru setahun di Kairo dan menjadi mahasiswa berprestasi peraih predikat Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna), ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak tertua Azzam mau tidak mau harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya, dikarenakan adiknya masih kecil-kecil. Sementara itu, dia sendiri harus menyelesaikan studinya di Negara orang. Akhirnya dia mulai membagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Ia mulai membuat tempe dan bakso yang ia pasarkan di lingkungan KBRI dia Kairo. Berkat keahlian dan keuletannya dalam memasak, Azzam menjadi populer dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi hal itu berimbas pada kuliah Azzam, sudah 9 tahun berlalu, ia belum juga menyelesaikan kuliahnya.

Itu saja rasanya nak cerita. Eh sat sat, sebenaqnya umoq Abdullah Khairul Azzam tu baru 20 tahun dan nama sebenar beliau [sedang google]. Oh tak jumpa. Haha ~ Tapi memang nampak berkaliber betoi lakonan dia walaupun pertama kali berlakon. [betoi ka kali pertama? aku rasa la]
Selamat menonton! Tetapi sekali lagi pesan aku, tengok dan hayati mesej-mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini. Sekian.
Wassalam ~
Post Script : Minta maaf untuk pemenang-pemenang Contest. Hadiah anda insyaAllah minggu hadapan akan aku usahakan. Minggu ini masih sibuk dengan tugasan-tugasan.

You Might Also Like

44 Comments

  1. salam...cerita ni best..memang best..saya sudah tengok banyak kali...sedih ada juga tapi banyak pengajaran dalam citer ni..pasal jodoh..bila tengok citer ni..brula tahu oh begitu oh begini..pelakon2 dalam cerita ni pun comel2...

    ReplyDelete
  2. salam hami..
    ekceli sy dh baca novel ni thn lepas..cuma siri 2 je tak smpt beli lagi..yerp citer die best sgt..m gonna watch the movie as well..

    ReplyDelete
  3. laki2 pon layan heh cter nih..ingtkan pompuan jek

    ReplyDelete
  4. 1. tu terbukti kenapa pelajaran pertama dalam buku-buku fikh ialah qro [ini aku tak pasti sebutannya] <---- sebutan sebenornya TOHAROH.. maksudnye bab bersuci. :)

    2. sib baik hang tak masukkan nama aku kat entri ni. takde la aku bangga. hahahaha.

    ReplyDelete
  5. sebanarnya saya dah baca novel kcb ni dah lama..n sangat teruja bila dapat tau pasal movie kcb..tapi agak mengecewakan sebab banyak yg dipotong..tapi walaupun dipotong, cita dia tetap best..so try to find the novel...banyak lagi sebenarnya..kat mph pun ada banyak lagi..sebab karya habiburrahman elshirazy ni memang best..contohnya,
    1.ayat2 cinta
    2.dalam mihrab cinta
    3.pudarnya pesona cleopatra
    4.diatas sajadah cinta

    try read all those books..it's really interesting..=)

    ReplyDelete
  6. suka cerita ni.music pun bes.yep dlm versi izzah tgk part last ada dia tunjuk diorng bt ujibakat,mmg bertudung.

    ReplyDelete
  7. Salam Hemi..thanks sudi singgah rumah buruk saya.hehe..ttg filem ni slalu jgk dgr komen best2 ttg filem ni..tp x de kesempatan nk tgk lg..bila baca entri awk ni trasa mcm nk tgk skrg jgk.haha..=)

    ReplyDelete
  8. yeahh
    cite ni memang best ok
    tersangat suka

    ReplyDelete
  9. panjang betul entry hang weih
    jenuh nak baca haih

    ReplyDelete
  10. kte xtgk lagi citer nih.ramai gak mber ckp best.tp xberkesempatan nak tgk..

    wifi nga lembab.xdapek nak download..adeh~

    tgu balik umala..;p

    ReplyDelete
  11. salam ziarah..

    dah lama dengar pasal cerita ni.and selalu diajak tengok. xpernah amik tau.tp lepas baca entri ni, rase macam nak tengok la pulak.heeee :)

    ReplyDelete
  12. Salam warahmatullah..

    kebetulan sy juga bru posting ttg filem ni.

    sgt hebat & membangun jiwa.. subhanallah.. :)

    ReplyDelete
  13. two thumbs up for this film... don't worry, novel ngan film lebih kurang sama... x mcm ayat2 cinta di mana byk adegan di potong and x sama mcm dlm novel...

    ReplyDelete
  14. salam..

    ziarah kawan2.. :)

    wah..tntg KCB..ana dulu pun ade wat entri pasai ni
    (http://miverdaderodestino.blogspot.com/2009/12/ketika-cinta-bertasbih.html)

    KCB 2 dh tgk lum?lau blum,tgk la..best jugak..sedih pun sedih..paling sedih time mak dia meninggal..huhu..merah jugak bijik mata ni ha..cuma dlm KCB 2,sepenuhnya berlakon kt Indonesia..huhu..rindu la kt suasana al-Azhar..

    erm..bukan qro..dia sebut طهارة : bersuci..mmg dlm kitab2 fiqh..bab awal mesti citer pasai toharoh ni..bnyk mesej kan dari citer ni..

    ReplyDelete
  15. betul3~
    sangat suke~
    dah berapa kali tengok dah,tak bosan2~

    ReplyDelete
  16. madihah :
    Salam. Yup, memang sangat best! :)Eh ni tengok pelakon ke tengok cerita ni?

    saya yang suka menulis - SHAHIRA - :
    Saya je yang tak sempat nak beli lagi bukunya.

    shazika :
    Err, layan jugak beb! Kan filem ini untuk tontonan umum?

    The Pamiesz® :
    Tengkiu tolong perbetulkan. Ceh hang yang tak mau. Aku memang nak letak nama hang. Hehe ~

    Nur Atiqah :
    Buku-buku yang anda sarankan tampak begitu best. InsyaAllah akan dapatkan nanti!

    izzahfarhana :
    Pelakon2 dalam filem ini memang betul2 menjaga tatasusila.

    w.a.n.n.o.r.f.a.d.z.l.i.n.a :
    Salam. Err, blog saya pun buruk jugak. Cepat download sekarang jugak! Haha ~

    joegrimjow :
    Aik! Ko pun suka jugak Joe? Hehe ~

    hans :
    Haha ~ Dalam kejenuhan pun baca habis jugak kan?

    beLLa :
    Okey, just take your time.

    I*K*T*I*R*A*F :
    Salam. Tengoklah. Pasti takkan menyesal punya! :)

    syauqah nur :
    Sangat bersetuju dengan kenyataan anda! :)

    zackque :
    Oh really? Tapi rasanya nak beli jugak novel tu. :)

    محمد فردوس سعد :
    Salam. InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti akanku singgah. Sudah tengak dua2 wahai sahabat. Yup time mak beliau meninggal memang agak sedih.

    ~roslinda~ :
    Betul! Tambah2 lagu dalam filem ni pun sangat best!

    ReplyDelete
  17. yup, cita ni memang best.. dah tengok ketika cinta bertasbih 1 dan 2.. novel pun ada jgk yg 1 dan 2, tapi belum habis baca lagi..huhu

    ReplyDelete
  18. Karya habiburrahman BEST!!! err.. quote: "filem tempatan tak banyak yang ada unsur ketuhana.." err.. ADA ke yang berunsur ketuhanan??? citer pe ek?? berunsur permotoran, kesempitan, kesemputan, keseksian, keseksaan ade r.. BERLAMBAK!! huu ke saya terlepas pndang citer ketuhanan tersebut..

    ReplyDelete
  19. salam..
    akhirnya kuar gak entry pasal KCB ni ye.. lme gak la menunggu..

    xper, smue tentu fhm ngan situasi student2 skank.. bz ngan tugasan n preparation 4 exam..

    apa2 pn KCB mmg best.. dari segi pemilihan pelakon dan juga jalan cerita.. bru 2 kali tgk.. sperti mne yg sye katakan kt entry sebelum ni, tak di nafikan mmg mengalir airmata ni tatkala Husna memberi ucapan serta time ibu tersayang meninggal..

    novel?? insya'allah akan di cari nnti..

    ReplyDelete
  20. salam..sy pun suka crita nie..tersgt suka..smpaikan rasanya lebih dari 20kali sy tgk kcb 1 n 2...smpaikan rumate sy ckp..lg skali tgk..dia nk pdm crita nie dari laptop sy..heheh..nway nama btl azam, kholidi sadil alam :D
    nama anna, oki setiana dewi.. :)

    ReplyDelete
  21. salam.
    KCB memang best.
    ye sila baca novel dia jugak.
    lagi best best best.
    huhu~~

    *nama sebenar khairul azzam tu, kholidi asadil alam.
    :)

    ReplyDelete
  22. hah betul3
    memang bes bangat ini movie..
    huh sy siap ngis2 dsyat mse tgk kcb 2..bnyak betol pndertaan si azam tuh
    akhirnya
    yeah hepi ending with anna

    ReplyDelete
  23. tak dinafikan cte memang bes..n aku rase mcm bes gle kalo dpt suami mcm khairul azzam tu..well..sape tanak laki yg boleh didik dia kan??tapi susah kot nak jumpe laki mcm tu skang..aku tak kate laki mcm tu dah pupus..ade..tapi yg btol2 mau kawen tanpa berchenta dlu sgt lah susah nak jumpa..jadi kesimpulannye aku rase, menda ne, lam filem bolehlah kot..tp realiti susah owh..tp kalo btol dpt, syukur gla..huhu..alamak..panjang gla la plak..boleh wat entri da ne..lol

    ReplyDelete
  24. ish. tringin lh plak hati ku nak baca cite tue. mcm best je

    ReplyDelete
  25. saya dah tengok crita ni berpuluh kali hehe.. setiap kali tgk setiap kali tu dapat pengajaran yang berbeza.. tengoklah.. serius best hehe

    ReplyDelete
  26. Best sangat...saya yakin lau dah jodoh xkemana...tgkla khairul azzam n anna...Allah itu Maha Mengetahui ..

    ReplyDelete
  27. macam ok je. ok nnt try carik kat member.

    ReplyDelete
  28. salam..first time kot komen disini..saya dan rakan2 suka sgt KCB..and kitorg jadikan Anna Althafunnisa sebagai role model..n sibuk nak cari bakso cinta ..hehe

    ReplyDelete
  29. salam..first time kot komen disini..saya dan rakan2 suka sgt KCB..and kitorg jadikan Anna Althafunnisa sebagai role model..n sibuk nak cari bakso cinta ..hehe

    ReplyDelete
  30. salam,.

    dah tngok cita nih,

    mmg bes.,.
    xde unsur2 yg menyakitkan pemandangan mata..

    jalan crita agak menarik,.

    dan yg paling pnting,,x menyesal tengok,.

    ReplyDelete
  31. nama mas azam yg betul kholidi asadil alam..hueh2..dah tgk dah kcb.memang best ah!

    ReplyDelete
  32. cite ni sgt2 best
    nisa tgok sampai nangis2
    heheh
    suka part bila ana sujud tuh
    time azam nk lamar diee

    hmmm

    nisa tinggalkan jejak di sini
    :)

    blog ni menarik

    :)

    ReplyDelete
  33. xpnah tgk. huhu!!

    ReplyDelete
  34. haha..aku tak tengok pun cerita tu bro..tapi baca ulasan kau,macam menarik juga..

    anyway,yang pasal comment tu,tu namamnya threaded comment,..aku beljar dari sini..

    http://maribinablog.blogspot.com/2009/12/permudahkan-balasan-setiap-komen-reply.html

    ReplyDelete
  35. salam...sy x tgk lagik.asyik tangguh2 je nk tgk=(((

    ReplyDelete
  36. best ke?..
    tak berkesempatan lak nak layan cerita2 nie..hee;)

    teringin gak nak tgk...mcm best je bunyi..:)

    ReplyDelete
  37. salam..
    lepas bce entry nih, bru rase nak tgk gak..
    sy dah baca novel. mantap!! haha bes lah.. :)
    ape2 pun, rasenye, novel lg detail dy describe envrnment sume..cuma nvl x da music bckground.
    yup, novel2 habiburrahman bes2!
    tambahan, Ketika Cinta BErbuah Syurga" bes jugak..tp crita pendek2 ja. hepy reading n watching d movie again n again!

    ReplyDelete
  38. salam.

    nurul dh tgk dh cerita ni. 2,2 part. mmg best.

    ReplyDelete
  39. salam..
    lama nak tengok tapi x tengok tengok lagi..
    nak pi tengok la ni..
    mekaseh ye da provide link
    xie xie~ :))

    ReplyDelete
  40. salam..

    telmbt ke nk bg komen nih??.. hakhak=P
    skY pon de posting psl KCB nih kt blog skY taP sedikit berbeza.. pe2 pob, tetap menarik, bagus jd ikutan dlm insan2 yg ingin bercintan cinton..

    Wallahuaklam..

    ReplyDelete
  41. salam...
    sebenarnye aku pon suke citer nih...
    x tau da bpe puluh kali tengok citer ni..
    dan babak yang paling suke tengok babak Azzam n Eliana dlm bas tuh...
    memang byk pengajaran dalam citer nih..

    ReplyDelete
  42. Cerita ne bersambung-sambung..

    Ketika Cinta Bertasbih I & II
    Ketika Cinta Bertasbih Mencari Redha Ilahi
    Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadan
    Dari Sujud ke Sujud
    Dalam Mihrab Cinta

    Kalau tak salah la.. Hehehehe :))

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe