Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang
June 26, 2012
Assalamualaikum w.b.t
Golek ke kiri. Golek ke kanan. Bangun. Tidur. Baca doa tidur. Baca 3-Qul. Selawat. Semua dah cuba. Tetapi masih tidak berjaya memejam mata. Insomnia aku ni kadang-kadang tak sekata. Kadang-kadang datang tanpa dipinta. Entahlah. Dah pun terai beberapa petua untuk senang tidur. Berjaya juga. Tapi bertahannya tak lama. Dah pun meluahkan perasaan dalam entri Aku Seorang Insomnia ni.
Aku buka lampu tidur. On laptop dan menaiplah sesuatu. Masa nak menaip ni baru teringat sesuatu. Salah satu kaedah untuk mententeramkan jiwa dan minda. Ya lah kadang-kadang kita tak dapat tidur ni sebab minda tak tenang. Jiwa tak tenteram. Dok pikiaq banyak sangat. Mau la tak bikin jiwa ribut dan serabut.
Jadi ubatnya adalah Zikirullah.
Alaa, banyak sangat kat Youtube. Cuma perlukan kerajinan mencari ja. Dan aku memang sungguh tertawan dengan alunan Zikirullah Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Syahdu, sedap, meruntun jiwa. Tak percaya? Sila dengar di bawah.
Amacam? Sedap gila kan? Maksud aku penghayatan memang dirasai. Dengan alunan suara beliau tu yang buat hati bergetar. Sungguh. Aku dah pun beli CDnya dengar dalam kereta. Dengarlah berulang kali. Tak rugi pun. Malah faedah dan manfaatnya banyak sekali.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar. Benar, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.
Lantas aku capai headset. Letak di telinga. Dengar sampai terlelap.
Tutup lampu.
Tutup mata.
Lena.
Hami Asraff:
"Allah sentiasa ada menunjukkan jalan keluar. Jadi jangan tangguh berdoa."
22 Comments
ala bizikrillah tatmainnal qulub..makaseh atas infonya...
ReplyDeleteDengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..
ReplyDeleteAllah Maha Besar.. Dia lah yang sentiasa menenangkan hati yang gelisah..
syukur. :')
'kebahagiaan itu datang dari ketenangan hati. Hati yang tenang itu datangnya dengan mengingati Allah' - ustaz Pahrol Mohamad Juoi, setuju sgt dgn entry ni.. Kdg2 bile ssh sgt nk tido,br trigt nk brzikir. Mulut kumat kamit sambil pejam mata,tup tup dah bgn bg esok.. :D
ReplyDeletetutup lampu dulu..bru tutup mata..pastu br lena..hehehe..btw,nice entry..bley sy cbe pasni..:)
ReplyDeleteAllah dah pun berjanji dalam al Quran,
ReplyDelete"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(13:28)
Alhamdulillah, Allah sayang pada hambanya yg selalu mengingatinya
ReplyDeleteKY biasanya kalau tak boleh tidur, ambil tasbih dan berzikir, memang berkesan, cubalah..
@nurbisikan Sama-sama.
ReplyDelete@[ Yuyu Atiqa ] Ya ramai manusia yang sering terlepas pandang.
ReplyDelete@Shareeza Sangat berkesan kan?
ReplyDelete@jeritan batinku Eh ya tak ya jugak kan? Dah tukarin. Thank you :)
ReplyDelete@LynNyusuf Janji Allah itu pasti.
ReplyDelete@KY Allah dah tunjuk kita jalan dan cara. Cuma kita perlu sedikit usaha.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebetul tu.. dengar ayat Allah hati hilang gelisah tu..
ReplyDeletetips senang tidur ialah minum susu sebelum tidur =p
*btw best feature reply komen di blog ni.. ada tutorial x? kalau ada boleh bg link di blog saya x? ty*
@Hikaru Yui Ada. InsyaAllah nanti saya buat untuk next entri.
ReplyDeletestuju sangat dalam mengingati Allah hati kita akan menjadi tenang ;) lebih2 mendengar alunan ayat2 Al-Quran.. moga Allah sntiasa memberikan kte ketenangan dan sntiasa mendekati diri pada-Nya.. Insya-Allah
ReplyDelete@Hami Asraff
ReplyDeleteYup.. sedangkan, Dia sentiasa ada di sisi kita. Ruginya kalau kita abaikan Dia..
Thanks.. :')
mmg fitrah semulajadi manusia akan mencari sang Penciptanya...siapalah kita yang kerdil ini berbanding Dia Yang Maha Agung...
ReplyDelete"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2)
ReplyDelete:)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar.
ReplyDeleteDengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Banyakkan istighfar kerana kita lalai dan bnyk membuat dosa... semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.
terima kasih...
ReplyDeletesungguh tenang daku mendengarnya
aku setuju..bergetar hati dgr alunan suaranya zikir drpd Ustaz Dzulkarnain Hamzah memang meruntun jiwa..dlm astro oasis pun ada..
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)