Jiwa Yang Sedang Letih

August 28, 2023

 

“KemarilahSinggah dulu sebentarPerjalananmu jauhTak ada tempat berteduh
MenangislahKan kau juga manusiaMana ada yang bisaBerlarut-larutBerpura-pura sempurna
Sampaikan pada jiwa yang bersedihBegitu dingin dunia yang kau huniJika tak ada tempatmu kembaliBawa lukamu biar aku obatiTidak kah letih kakimu berlariAda hal yang tak mereka mengertiBeri waktu tuk bersandar sebentarSelama ini kau hebatHanya kau tak didengar”

****************

Lagu Ghea Indrawari diputar. Entah yang keberapa puluh kali. Tapi aku dengar yang versi Cover by Valdy Nyonk. Sekali dengar, sangat tertusuk di jiwa. Bait bait lagu seperti memahami segala rasa galau di hati. Hujan lebat di luar. Hujan lebat juga di jiwa ini. Kereta yang laju tadi, aku berhenti perlahan-lahan. Dan aku masuk ke kawasan “healing” yang sebenar.
Rumah DIA.
Walau rasa longlai melangkah, gagah jua. 
Usai solat asar, aku duduk lama. Memandang sekeliling masjid. Jauh di sudut sana ada seseorang tengah khusyuk berdoa. Lama. Doa yang penuh pengharapan.
Aku duduk sahaja. Cuba membuang segala rasa. Cuba muhasabah diri seadanya. Cuba memahami akan hakikat hidup. Cuba mendamaikan hati. Cuba bertenang dengan takdir ini.
 “Ya Allah, begitu banyak dosa ini padamu. Ampunkan segala dosa-dosa aku Ya Allah.”
Benar.
Segala rasa sedih, segala kegalauan hati ini, puncanya terlalu banyak dosa padaMU.
Aku juga mengerti, segala ujian, segala masalah yang tidak menepi ini, hanya untuk buat aku dekat padaMU.

**************

Aku hirup nescafe c kosong. Inilah ubat penenang aku barangkali. Sebelum balik rumah, memang aku “reset” dulu. Supaya balik rumah, tersenyum melihat isteri dan anak-anak. Tinggal sebentar segala permasalahan, fokus dengan insan tersayang.
Begitulah hidup ini.
Walau acapkali dihenyak dan jatuh tersungkur, pilihan yang ada hanyalah berusahalah untuk bangun semula. Perlahan-lahan tak apa, asalkan terus bergerak.
Jangan mengalah lagi.
Ini baru sahaja bermula.

HAMI ASRAFF
28082023
2330
Kajang

You Might Also Like

0 Comments

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe