Manusia Tidak Lekang Dengan Kesunyian. Jangan Risau Kita Ada ALLAH.

November 09, 2011










Assalamualaikum w.b.t


Kadang-kadang aku rasa makin tidak endahkan blog ini. Mahu sentiasa coretkan sesuatu di sini. Tetapi apa kan daya, kekangan masa itu selalu datang menghampiri. Kena duduk berteleku menghadap skrin laptop, jari jemari bersedia menari di papan kekunci dan seterusnya fokus pada penaipan. Baru segalanya berjalan dengan lancar.

Keterujaan menulis datang tak disangka-sangka. Hilang pun tak disangka-sangka juga. Jika kekangan masa bukan penyebabnya, kerajinan perlu diselaraskan sama. Aku rasa kerajinan menaip/menulis adalah faktor utama untuk menjadi seorang blogger. Ah, kalau dah nama kerajinan bukan untuk menulis sahaja. Semua kegiatan kehidupan seharian kita boleh diaplikasikan juga. Jadi mari menjadi manusia yang rajin.

Salam Aidiladha semua. Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan. Hidup ini mengajar kita akan erti pengorbanan. Kadangkala kita perlu korbankan sesuatu demi memperoleh sesuatu. Kita tidak mahu. Tapi kita perlu. Demi melihat diri sendiri bahagia. Demi melihat orang lain gembira. Ya kadangkala kita perlu korbankan rasa dan kepentingan diri demi melihat orang lain tidak berduka.

Sebenarnya bukan mahu memperkatakan perihal pengorbanan dalam entri ini. Hanya selingan sahaja sempena Hari Raya Korban ini. Tetapi aku mahu bercerita mengenai kesunyian.

Hari Raya Haji pergi menziarahi sanak saudara di kampung. Bersama-sama keluarga. Adik beradik mak di kampung ada menegur.

"Nampak Miyah ceria ja." Mak, lebih dikenali sebagai Miyah.

"Hmmm, Miyah ceria sebab anak-anak. Depa ada ni tak la sunyi sangat." Kata mak sejujurnya.

Memang benar. Kami anak-anak sumber keceriaan mak. Bila ada kami adik-beradik mak seronok. Mak ceria. Mak tak sunyi. Tetapi apabila semua keluar menjalani hidup masing-masing (belajar dan bekerja) mak kembali sunyi. Tetapi mak pendamkan sahaja. Bagi mak itu adalah lumrah kehidupan. Suratan takdir sudah tertulis begitu. Jadi menyembunyikan kesedihan mungkin salah satu cara terbaik. Mungkin.


Mak pernah bersuara.

"Siapa la tak sunyi. Mak sunyi. Petang-petang paling terasa sunyi. Duduk di kerusi rehat depan rumah sorang-sorang rasa hiba dan sayu sahaja. Tapi takkan nak tunjuk kita sedih selalu walaupun pada hakikatnya memang sedih."

Tersentuh dengan kata-kata mak. Aku tahu mak seorang yang kuat. Seorang yang tabah.

"Mak dok tunggu siapa tu?" Kakak pernah bertanya.

"Mak tunggu ayahlah. Kot kot ayah balik." Senyum.

Kakak tahu mak bergurau. Tapi dalam bergurau, mak memang merindui suaminya. Juga seperti kami merindui arwah ayah. Cuma kerinduan mak lebih tebal berbanding kami. Itu kami terpaksa akur sedalam-dalamnya. Jadi apabila kami rindu, kami sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah ayah. Juga doa-doa kudus kami. Harap ALLAH menerima doa-doa kami. Kami pohon supaya kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Ameen.

Kesunyian. Semua manusia pernah merasa, sedang merasa dan mungkin belum ada yang pernah merasa. Tetapi rata-rata manusia pernah merasa sunyi. Sunyi selalu dikaitkan dengan keseorangan. Kadangkala tidak keseorangan pun ada yang terasa sunyi. Kesunyian jiwa barangkali. Kekosongan jiwa yang belum terisi pada jalan yang sepatutnya. Meronta-ronta seorang diri. Mengharap kesunyian berlalu dan pergi. Tetapi kesunyian tetap singgah tanpa henti.

Sifat lahiriah manusia. Memerlukan seseorang di sisinya. Seseorang yang sudi mengisi kekosongan hati di kala sunyi. Seseorang yang dapat meluahkan rasa hati. Seseorang yang sudi menemani hari demi hari. Semua manusia ingini. Tetapi apakan daya. Tak semua yang kita ingini bakal diperolehi. Bukankah itu perkara biasa? Dan kadangkala juga bila sudah kita dapat, senang pulak hilangnya. Datang singgah sekilas cuma. Membawa rasa sayang, meninggalkan rasa ngilu dan pedih. Perit dan sedih.



Mari kita berfikir kembali. Tanya pada diri. Adakah manusia yang dapat atasi rasa sunyi itu? Adakah manusia yang beri kebahagiaan pada kamu itu? Adakah manusia yang boleh mengisi kekosongan jiwa itu? Adakah tanpa manusia di sisi, kita akan terus sunyi hingga akhir hayat?

Menjawab kembali persoalan di atas. Rasa sunyi itu dari ALLAH. ALLAH beri rasa sunyi itu pada manusia dengan cara menyalurkan pada manusia sebagai pendamping. Tetapi pada hakikatnya segala kebahagiaan itu datang dari ALLAH. ALLAH 'hilangkan' manusia untuk berada di sekeliling untuk kita merasai rasa sunyi. ALLAH hantarkan manusia untuk mengisi kekosongan jiwa. Dan ALLAH takdirkan kita bertemu dengan jodoh, berkahwin dan bahagia hingga akhir hayat.

Jelas bukan semuanya dari ALLAH. Justeru kesunyian itu dapat diatasi sekiranya kita yakin dengan ALLAH dan bukanlah kita mengharapkan manusia mengisi kekosongan hati. Jika rasa sunyi, ingatlah ALLAH sentiasa dekat di hati. Jika rasa keseorangan, ingatlah ALLAH tetap ada menemani hari demi hari. Jika rasa tidak berdaya, ingatlah ALLAH pasti membantu pada jalan yang tak disangka-sangka. 

ALLAH Maha Besar. ALLAH Maha Mengetahui. Jika rasa sunyi, cubalah gapai dan bacalah Al-Quran. Di situ sumber ketenangan hati dan jiwa. Lakukan sesuatu yang anda suka ketika anda rasa sunyi, insyaALLAH rasa sunyi itu akan hilang dengan sendirinya. Carilah sesuatu yang anda suka dan jadikan ia sebagai perkara yang manfaat. Contoh apa yang aku suka adalah MENULIS :)

DIA sedang mengaturkan perjalanan hidup kita. Jangan putus asa dalam mencari rahmatnya. Aku tahu kadangkala begitu mudah untuk melafazkan dengan kata-kata, tetapi amat payah dalam melaksanakan dalam bentuk kerja. Jadi caranya: USAHA, DOA, SABAR, TABAH, JANGAN PUTUS ASA, TAWAKAL. Buat semuanya. Berterusan. Istiqamah. InsyaALLAH. Kita akan peroleh sesuatu di hadapan.




Rasanya itu sahaja. Panjang pulak rasanya. Sekali sekala tulis beginilah. Moga ada manfaat bersama. InsyaALLAH.

Wassalam.

Hami Asraff:

"Kadangkala perlu sembunyi kesedihan demi meraih kegembiraan. Kadangkala perlu membuang keegoan demi meraih kebahagiaan."


You Might Also Like

57 Comments

  1. tq bro. manfaat buat aku juga bila baca entri ni. salam kenal

    ReplyDelete
  2. sedih jugak ye bila mak tinggal sorang2...kena selalu menjenguk diorang kalau macam tu...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt..
    benar apa yg saudara katakan. bersendirian tak bermaksud keseorangan, Allah sentiasa bersama-sama dgn kita. InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Allah memberikan kesunyian kerana Dia sentiasa ada untuk menemani hidup kita :-)

    ReplyDelete
  5. Allah beri kesunyian kerana Dia senantiasa ada utk menemani kita :-)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...bila kita SENTIASA sedar adanya Allah kita x akan rasa sunyi sebenarnya..walaupun tanpa manusia di sisi.. :)

    ReplyDelete
  7. Yup,semuanya itu dari Allah,as long as kita sentiasa ingat kat Dia,Dia akan ingat kat kita juga.your entry inspired others a lot.may Allah bless u hami asyraf.saya juga kehilangan arwah abah since mac 2009,mak punya kami untuk meneruskan kehidupan,kami cuba sedaya upaya untuk jadi anak yang baik untuk membahagiakan dia.(:

    ReplyDelete
  8. @iman rayyan:

    InsyaALLAH memang kena sentiasa balik jenguk.

    ReplyDelete
  9. @Nurliyana Ab Rahim:

    Waalaikumussalam w.b.t
    Allah sentiasa bersama kita sentiasa. Waktu tengah seorang, ramai-ramai, susah, senang. Sentiasa.

    ReplyDelete
  10. @zackque:

    ALLAH tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat. Tetapi kita yang sering tinggalkan ALLAH.

    ReplyDelete
  11. @cahayakehidupan:

    Terima kasih atas pandangan. InsyaALLAH mari kita berusaha sedaya upaya menjadianak yang baik :)

    ReplyDelete
  12. nice bro, terkesan dan termotivated gitu, haha..

    ReplyDelete
  13. Panjang, mmg panjang .. tapi byk jugak yg saya dpt dr entry yg pnjg nie :)
    thanks :)

    ReplyDelete
  14. @Muhammad Iqbal:

    Kalau rasa termotivasi baguslah. Memotivasikan diri sendiri terlebih dahulu :)

    ReplyDelete
  15. @fathiahRAIHANA:

    Sama-sama. Terima kasih sebab sudi baca :)

    ReplyDelete
  16. nice sharing bro... suke statement bro yang last tu.. ^^

    ReplyDelete
  17. baca entry ni rasa macam baca tulisan orang tua pon ada, sbb gaya bahasa mcm org dah berusia..ops, rase je, org lain rasa biasa je kot..

    Wa Hua ma'akum ainama kuntum.. :)

    ReplyDelete
  18. salam..
    Entri ini betul2 membuatkan sy kembali kuat lagi menghadapi kesunyiannya..Dan jangan risau.. Allah sentiasa disisi kita.. Terima Kasih..:)

    ReplyDelete
  19. Entri awak buat orang rasa terisi. Tapi, untuk pengetahuan awak kesakitan boleh mengisi kesunyian namun rasa sunyi tak akan boleh mengatasi rasa sakit. Sunyi itu datang dari hati, sakit itu datang dari segenap sisi. Kalau yakin bahawa ALLAH ada dari segenap sisi, rasa sunyi tak akan bertandang di hati. :)
    (Bukan Mengkodem, Sekadar Satu Komen)

    ReplyDelete
  20. Salaam, lama x singgah blog bro Hami. "Jangan bersedih, Allah bersama kita" Berkongsila, semoga berasa lebih tenang... Segala yg berlaku ada hikmahnya, ada yang boleh disingkap dan ada yang terus menjadi rahsia. Wallahu 'alam =)

    ReplyDelete
  21. best entry neh...

    Allah sntiasa ada dengan kita...apa pun..kita luah dengan Allah setiap kali apa y terjadi...Dia maha mendengar...

    n apa yg terjadi pun ada hikmahnya...;)

    ReplyDelete
  22. mmg bermanfaat, motivated enough ! =)

    ReplyDelete
  23. @Fezzy Sha:

    Terima kasih sudi baca. Mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu :)

    ReplyDelete
  24. @Anonymous:

    Tak rasa dikondem pun. Okey la tu. Pendapat kita kan berbeza :)

    ReplyDelete
  25. @Adhwa Yahaya:

    Berkongsi memang boleh membawa kepada ketenangan. Mungkin rahmat dariNYA :)

    ReplyDelete
  26. terima kasih bro..rase tenang sikit hati lepas bace entry nih..walaupon dlm kesedihan

    ReplyDelete
  27. Saudara memberi Info yang bagus...

    ReplyDelete
  28. entri ini seakan2 memahami keadaan sy skrg. thanks..bersyukur kerana Allah maha mengetahui semua ini

    ReplyDelete
  29. Thanx sangat bermanfaat..salam eidul adha..(",)..

    ReplyDelete
  30. Allah sentiasa bersama kita....
    dihati dan dijiwa.....
    hiburkan hati ibumu.....

    salam kenalan.... remyhazza

    ReplyDelete
  31. salam. dalam pada kita semua selami erti kesunyian, kesedihan, kesusahan segala dari kisah ini, korang perasan x betapa kuat kasih sayang emak abah kita? kita pun belum tentu setanding mereka. terkesan juga ngan kisah ini sbb, abah saya juga sudah tiada & emak tetap tabah layan kerenah anak2 biarpun tanpa abah di sisi.

    ReplyDelete
  32. hami, entry awak ni reflek pada diri sy jugak, nak2 ttg mak, sedih teringatkan beliau

    ReplyDelete
  33. @hawiz:

    InsyaALLAH, ketenangan itu dari ALLAH jua :)

    ReplyDelete
  34. @Anonymous:

    ALLAH Maha Mengetahui. Tidaklah Dia menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

    ReplyDelete
  35. @remyhazza:

    Kita tidak sedar yang ALLAH terlalu dekat dengan kita sebenarnya.

    ReplyDelete
  36. @Jissjazz Jazz:

    Waalaikumussalam. Ya benar. Kasih sayang ibubapa memang tiada tolok bandingnya.

    ReplyDelete
  37. i like ur entry,,sgt menarik.. harap2 entry ni tulus dr hati n harapnye tulisan ini dapat menggapai redha allah..

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum..

    salam aidiladha :)

    Allah mentarbiyyyah hambaNya dengan caraNya sendiri, Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya

    ReplyDelete
  39. Panjang entri ni. Sekarang jarang juga balik jenguk mak kat kampung kerana tanggungjawab sedia ada. Dan di kampung mak dah ada abang sekeluarga meneman :)

    ReplyDelete
  40. salam..

    thanks untuk entry ini..sangat berguna dikala ini untuk diri sendiri..=)

    ReplyDelete
  41. Alhamdullilah. Thank you for This! Memang betul ALLAH takdirkan kita bertemu dengan jodoh, alhamdulillah this came just right when I needed the most. Terima Kasih banyak2! May Allah reward you with kindness.


    Blog Hopper,
    Husna Yusri
    ~I am Nothing Given Everything.~

    ReplyDelete
  42. Sgt bermanfaat..bg sy yg mmg kesunyian..btul Allah bersama kita..tp sbg manusia biasa..begitu sukar menepis segala godaan utk terus sabar dan tabah.. terima kasih byk di atas tulisan pemilik blog ini

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe