"Kenapa tak rajin update blog"?

August 16, 2011



Assalamualaikum w.b.t

"Kenapa tak rajin update blog"?



Satu soalan terpancul. Ramai yang sinonim dengan perkataan 'update' dari kemaskini. Begitu jugak dengan perkataan 'study' dari belajar. Mengikut arus peredaran masa dan trend barangkali. Soalan itu memang berpatutan pun. Tetapi jawapan belum tentu berpatutan. Banyak jawapan sebenarnya. Kat bawah ni antara sebab-sebab yang aku dapat kenal pasti. 

1. Kewujudan Twitter



Aku tak mahu salahkan Twitter. Tapi dalam hal ini aku kena salahkan beliau jugak. Mahunya tak. Kat Twitter aku tak perlu fikir banyak-banyak nak update. Terlintas saja di fikiran, terus tweet. Pantas dan real time. Semua perkara terkini dan sensasi dengan pantasnya manusia memenuhi timeline. Aku yang mudah terpengaruh ni apa lagi, mulalah terjebak. Rasa janggal hidup kalau tak bukak Twitter dalam sehari. Boleh kata #TahiTwitter jugaklah. Kenapa tahi? Jangan tanya aku. Sila tanya Presiden Twitter Malaysia.

2. Idea Dibiarkan Hilang 



Sambungan... Idea dibiarkan hilang begitu sahaja tanpa sebarang pesan. Ini masalah besar jugak untuk aku. Apa untuk kamu jugak? Okey meh join sekaki. Contohnya begini. Idea ni bukannya kita boleh sekat dan kawal. Kadang-kadang ianya datang tanpa dipinta. Berpusu-pusu menerjah masuk kotak minda. Dan perkara yang paling membimbangkan ialah time tu berada di luar kawasan. Sedang berpeleseran di luar.  Lainlah ada iPhone atau iPad di tangan. Hanya ditemani handphone yang diikat getah di badan. Hebat tak alasan?

3. Tidak Tulis Segera




Yang nombor 3 ni boleh kata rentetan kesinambungan dari nombor 2 di atas. Sisa-sisa idea yang masih melekat di kepala tadi di bawa pulang ke rumah. Tapi faham-faham sajalah bila boleh ‘melengak’ dok kat rumah. Macam-macam boleh terjadi. Banyak sangat perkara tak rasmi bakal mengheret diri. Seterusnya melekat pada situasi berkenaan.

4. Sibuk Dengan Dunia Realiti



Walaupun anda bukannya artis atau selebriti perkara ini mesti terjadi. Sibuk menguruskan kestabilan hidup dalam memajukan diri untuk masa hadapan. Semua orang akan mengalami saat-saat tak terduga ini. Lainlah kalau memang kerja anda mengadap skrin komputer 24 jam. Bila dah berkerjaya lagilah. Komited pada kerjaya. Silap-silap hari bulan dah tak ambil tahu langsung tentang dunia maya. Eh jangan tak percaya. Ada jugak yang macam ni.

5. Kemalasan Membelenggu Jiwa Raga


 



Kalau alasan ni memang tak boleh buat apa la. Semua dah standy dah. Laptop/pc ada. Idea ada. Jari ada. Bekalan intenet jugak ada. Dan tambah satu lagi. Kemalasan pun ada. Lebih gemar membuang masa melayari internet. Mungkin. Jangan pupuk sifat ini. Takut-takut berpanjangan untuk perkara-perkara lain jugak. Ingat ye adik-adik. Ah, kedebush kena kat batang hidung!

6. Tiada Bekalan Internet



Yang ni hampa sendiri pun dah tau jawapan dia. Lain la kalau blog hampa memang tak perlu intenet? Ada ke? Kalau ada memang sangat magic in. 

Enam sudah cukup untuk aku menjawab soalan kenapa jarang update blog. Semua di atas tu untuk akulah. Kalau anda pun begitu, maka kita boleh jadi geng. Tapi kadangkala aku begitu heran dengan mereka yang update blog sehari sampai lima hingga ke enam entri. Banyak sungguh idea yang mengagumkan. Ataupun ianya cuma entri tangkap muat? Anda jawab sendiri.

InsyaALLAH walaupun agak jarang update, akan usahakan update jua. Menulis ni macam dah jadi sebahagian dalam hidup aku. Menulis mampu beri ketenangan pada diri kadangkala. Menulis jugak mampu jadi terapi hati. InsyaALLAH.

Dah 16 Ramadhan pun. Moga pergunakan sisa-sisa baki Ramadhan ini untuk terus mempertingkatkan ibadah. Semoga ALLAH menerima amalan kita.

Wassalam.

Hami Asraff:

“Selagi anda tidak pernah menyusahkan sesiapa sahaja disekeliling kamu, lakukanlah apa sahaja yang menggembirakan hatimu.”


You Might Also Like

59 Comments

  1. #ehsamalah kita.faktor terbesar adalah twitter.haha..
    aci la nak jadi geng camni. ;))

    ReplyDelete
  2. @namaakulynn:

    Boleh boleh jadi geng. Sila dapatkan borang di kaunter ye :)

    ReplyDelete
  3. salam, hok lain tul betul blake dah tapi yg pasal twitter tu tak la pulaknya, tu pun sebab tak reti gune twitter.hahaha :D

    ReplyDelete
  4. sebab tak update blog sama seperti semua di atas ;)

    ReplyDelete
  5. betul,time tengah cuti sem ada la masa di alam maya ni, kalau da start belajar balik,kena focus pada dunia realiti pulak la..memang bersawangla blog dibuatnya :D

    ReplyDelete
  6. Alasan no.2 tu sama la.
    Kdg2 jenuh tunggu ilham dtg, tapi tak boleh salahkan keadaan sbb ilham tu hak Allah nak bagi.
    Main tulis je pun, input tu jadi kurang berisi utk dihadam.

    ReplyDelete
  7. @MERAH:

    Oh kalau anda sudah mengenali apa itu Twitter nanti pasti akan jadi seperti diriku :)

    ReplyDelete
  8. @RIDZWAN MOHAMED HUSSIN:

    Rata-rata blogger mempunyai alasan sedemikian :)

    ReplyDelete
  9. tention klu xde internet..
    idea pon kdg2 beku..

    ReplyDelete
  10. @asnizaziz:

    Tetapi demi minat yang mendalam kena teruskan jugak :)

    ReplyDelete
  11. @fa-in:

    Ilham selalu datang menjelang awal pagi. Cubalah :)

    ReplyDelete
  12. selalunya bila dpt idea berblog,aku tulis siap2 kat reminder h,set

    then baru rr tak ilang,sbb aku nih pelupa sikit

    ReplyDelete
  13. sengaja tidak meng'sign up' kan account twitter sbb dengan fb pon dh mcm tak boleh tak jenguk setiap masa..haha

    ReplyDelete
  14. lebeh kurang la tp pasal twitter tu mmg tak sama langsung..
    saye x bape gemar sgt la ngn twitter...
    hehehe

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum....

    hmmmm....ok...alasan yg blh diterima akal...hehehe...
    kalo dah bekerja nnti lagilah x byk masa...lainlh keje ngadap komp jer kan...
    mcm saya ni...nak online pon kena tgk masa...tgk plak buku murid2 yg xbertanda lg tu...huhuuhu..confirm xjd nak online...
    tapi en hami ni..sy rs.. kalo dah keje nnti pon masih rajin update blog kan...jgn lupakan pembaca anda tau... ;)

    p/s:suka baca blog tp xsuka tulis blog

    ReplyDelete
  16. nak update blog, jangan bukak twitter, mmg ke lautttt jadinya. hahaha.

    ReplyDelete
  17. @hana:

    Mungkin masih belum tahu lagi penggunaannya bagaimana. Bila dah tahu nanti, pasti addict dengan Twitter :)

    ReplyDelete
  18. @faiezah hamzah:

    Waalaikumussalam. InsyaALLAH tak lupa. Saya pulak suka apabila ada orang yang menyukai tulisan saya :)

    ReplyDelete
  19. @Puteri Biru:

    Yup benar. Kalau bukak twitter lagi banyak penangguhan dilakukan.

    ReplyDelete
  20. twitter dan kemalasan merupakan faktor utama..heeeee

    ReplyDelete
  21. saya jarang update kerana lebih gemar membaca..itu saja alasan yg paling kukuh..update sekali sekala bila idea betul2 tengah mencurah..^_^


    naseb baek tak terjebak dgn twitter..sebab memang tak minat..

    ReplyDelete
  22. sama laa...nak2 twitter...ahaha....dan bila duk rumah lebih banyak tgk tv dan bersantai......

    ReplyDelete
  23. @~Miss_eiyDa ~:

    Tahu. Selalu sangat nampak anda di kancah twitter.

    ReplyDelete
  24. @♥CIK SHA♥:

    Good one. Janganlah terjebak ye. (pesanan untuk adik-adik)

    ReplyDelete
  25. @NURUL NADIAH MAMAT:

    Tengok TV dan bersantai adalah perkara wajib tika berada di rumah.

    ReplyDelete
  26. mr right ta reti maen twitter . so, blog jela menjadi peneman. fb cam da bosan-____________-"

    http://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/isu-cik-anon-lagi.html

    ReplyDelete
  27. Geli perut saya membaca sepotong ayat dari point no.2 : "Hanya ditemani handphone yang diikat getah di badan"
    Sebab terasa sebentar; macam handphone saya sendiri yg sentiasa diikat getah :D :D
    Semoga sentiasa dikurniakan ilham dariNya untuk berkongsi ilmu, amin ^__^

    ReplyDelete
  28. ingatkan apolah...terkezut akk..mmm.. semuanya sgt tepat, tapi x biasa guna twitter,guna fb jerlah. tp yg paling2 tepat kat akk, ialah no 4&5.. bila dah bz...jadik malas ler...huahuahua....

    ReplyDelete
  29. @mr_right:

    Sila belajar-belajar la ye guna Twitter lepas ni. Heh! :D

    ReplyDelete
  30. @Sarah Nabilah:

    Eh anda pun? Ditujukan untuk diri sendiri tu.

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum,

    yeehaaa.. stuju semua sebab twitter!! tapi penyebab utama di sebalik twitter adalah Kemalasan membelenggu jiwa raga. hahaaa :)

    ReplyDelete
  32. assalam..

    smua faktor di atas betul kecuali no.1,memang x de twitter :)..tq atas pkongsian,lps nih memang kena rajin2 update blog :)

    ReplyDelete
  33. menulis kerana suka.. jadi menulis dalam keadaan relax dan tenang sudah pasti menghasilkan entry yang berkesan..

    ReplyDelete
  34. hidup twittterrrr!:D

    ReplyDelete
  35. eh samaa lahh keenam2 reasons tu. macam mana boleh sama ni? hehe

    btw, alasan no.1 tu memang sangat kukuh. #TahiTwitter jugak. tskk

    ReplyDelete
  36. kalau aku pulak kesuntukan masa dan tak ada internet dekat ofis....sebab praktikal..balik dah petang..malam tido awal...

    ReplyDelete
  37. geng juga geng jugak! :)


    selalu baca tweet hami je. sebab blog jarang update :D

    ReplyDelete
  38. ciktom xpernah ada akaun twitter..hehe...tp kalau xrajin update tue sebab sibuk dgn real life..hee..skang tgh merajin diri buat entry autopublish bila weekend...so setup tiap2 hari akan auto-update entry wlpn busy...

    ReplyDelete
  39. @Husna Lana:

    Eh sapa tiru sapa ni? Cepat bagitau kamu yang tiru saya.

    ReplyDelete
  40. idea tu sebenarnya banyak...tapi bila malas dan tak reti nak susun ayat,mula la terbengkalai....hehehe

    ReplyDelete
  41. ah..dah lame xbace blog nie...lagi suke u talk bout stuff dulu2...paling suke pasal bab rantai yg lelaki pakai...agak berilmiah...

    ReplyDelete
  42. assalam..

    ain ada twitter tapi pertama kali je buka , suka.. akhir sekali jadi malas lak nak on twitter huhuhu

    betul jgk, idea datang tanpa di pinta , kekadang time tengah melompat dari main bola keranjang jgk boleh dapat idea, then nanti jadi lupa..

    sebenarnya bukannya malas nak post baru, tapi sibuk dengan hal kuliah..

    :)

    ReplyDelete
  43. salam ziarah :)
    jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

    ReplyDelete
  44. MALAS adalah punca segala-galanya. manusia itu juga yang kena disiplin kan diri..

    bila malas, apa pun tak boleh..

    ReplyDelete
  45. hehehe.. mostly bila malas dan idea xder.. twitter bila dah ada mcm update blog hehe ;p

    ReplyDelete
  46. peluang perniagaan Dalam bisnes top up semakin meluas dan berpotensi berkembang maju dari masa ke semasa. Peluang perniagaan nie terbuka kepada siapa sahaja tanpa mengira had umur, kedudukan status, tidak kira anda bekerja tetap atau tidak. Ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin mencari pendapatan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Boleh jadi suatu hari bisnes topup menjadi pekerjaan tetap anda.. dengan income yang anda puas hati.. IN SHAA ALLAH.. dengan usaha anda..Daftarlah sekarang !

    sesuai untuk :
    # pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
    # peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
    # penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
    # penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan

    MEMPERKENALKAN !!!
    Part Time Bisnes (Topup) - Pakej Agen..

    Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
    Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..
    YURAN PAKEJ

    AGENT (RM30.00)
    Produk Yang Disediakan :-
    * Maxis
    * Digi
    * Celcom
    * Umobile
    * Tunetalk
    * Xox
    * Merchantrade
    * Digissocial
    * Digisidd
    * Digibroadband
    * Molpin
    * Tron
    * Italk
    * Cib-Mall Pin
    * A-Cash Pin
    * Mcoins Pin
    * Njoi Flexi
    * Celcom Bill
    * Maxis Bill
    * Digi Bill
    * Umobile Bill

    Utility Bill :-
    * Telekom Bill
    * Astro Bill
    * Syabas Bill
    * Tnb Bill
    * Water Bill (Johor, Kelantan, Kuching, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sibu)
    * Electricity Bill (Sabah & Sarawak)
    * Indah Water Bill
    * Unifi Bill
    * Sada Bill

    UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe