Ujian Hidup Aku, Kamu Dan Mereka Tidak Pernah Sama

August 21, 2011




Assalamualaikum w.b.t

Bila kamu diuji Ilahi, adakah kamu mampu berlari? Bila kamu ditimpa masalah, adakah kamu hanya mampu berserah? Bila kamu terjatuh, adakah kamu tidak mahu bangun lagi?

Persoalan-persoalan yang acapkali menjalar di minda apabila dirundum dugaan. Dugaan yang hebat sekali dirasakan diri. Hancur luluh hati. Emosi terbejat sekali. Langkahan kaki terhenti. Hanya mampu mendongak langit dan terus meratapi. Tetapi sampai bila?

ALLAH berikan ujian, dan ALLAH hantarkan bantuan. Pernah alaminya berkali-kali. Ternyata ALLAH sentiasa terus bersama kita. Waktu sukar mahupun senang. Waktu suka mahupun duka. Waktu miskin mahu pun kaya. Tetapi jarang sekali kita berlaku adil pada ALLAH. MasyaALLAH terasa kerdilnya diri. Terasa jahilnya hati.


Ada situasi yang pernah aku alami:

Hari tu baru sahaja habis kuliah pada waktu pagi. Dalam kelas tadi pun langsung tidak fokus. Terlalu banyak perkara yang menyesak minda. Habis saja kuliah, aku mengambil keputusan untuk singgah minum sebentar di cafe. Cafe yang tempat menjadi persinggahan sebilangan mahasiswa. Aku seorang diri ketika ini. Memerhati kelibat manusia yang lalu lalang. Bergegas ke kelas dan sebagainya.

Tiba-tiba ada sapaan sang gadis dari belakang.

"Assalamualaikum. Habis kelas dah ke?", soalan yang paling majoriti dihamburkan apabila berjumpa rakan-rakan di fakulti.

"Waalaikumussalam. Yup, dah. Pagi tadi je kelas aku. Hang pulak?", balas aku dan bertanya kembali.

"Tak ada kelas. Tapi nak jumpa supervisor Final Year Project kejap. Kau ni okey ke?", sesi bualan dirancakkan.

"Awat, nampak muka aku tak okey ke?", cuba bermain kata.

"Nampak sangat!", balasnya padat.

"Amboi tera hang noh teka aku ada masalah. Ah, biasalah manusia. Manusia mana tak ada masalah kan?", cuba buat ayat cliche.

"Dah dah. Cepat story kat aku. Mana tau kalau tak dapat tolong pun, maybe dapat redakan sedikit keresahan. Ceewahh!", bertindak menjadi ahli motivasi.

Aku pun berkongsilah sedikit masalah aku dengan dia. Lagipun dia kawan lama. Apa salahnya berkongsi. Aku tak memerlukan orang yang boleh menyelesaikan masalah. Cukuplah menjadi pendengar yang setia. Itu lebih memadai.

"Hang bawak keluar pen dan kertas. Okey sekarang ni divide kepada dua column. Column pertama tulis 'Masalah' dan column kedua tulis 'Jalan Penyelesaian'. Dan tulis sekarang!", beliau memberi cadangan dan arahan.

*Dialog tamat di sini.



Aku pun ikutlah arahan. Dan aku senaraikan segalanya yang dirasakan mengganggu jiwa ketika itu. Seterusnya meletakkan jugak langkah-langkah penyelesaian. Senaraikan satu-persatu. Memang masalah belum selesai. Tetapi sekurang-kurangnya keluarkan masalah itu dan bagi nampak jelas. Rasanya ramai orang tahu nak buat begini. Boleh kata majoriti. Tetapi biasalah, tidak amalkan. Tidak pratikkan. Padahal sedikit sebanyak memang memberi kesan.

Kita pecahkan sikit demi sedikit masalah yang dirasakan besar tadi. Dan sekarang masalah itu nampak lebih mudah untuk diselesaikan walaupun sebenarnya susah jugak. Tetapi sekurang-kurangnya berusaha dengan tindakan bukan? Masalah itu adalah ujian dari Ilahi jua. ALLAH beri ujian dan ALLAH hantarkan bantuan. Dan senario yang berlaku kepada aku di atas tadi salah satu bantuan dari ALLAH. Cuma salah satu contoh untuk hadapi masalah. Telah pun dijanjikan oleh ALLAH, Setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Perlu seyakin-yakinnya dengan janji ALLAH ini.

Ujian hidup kita berbeza. Hebatnya kita diuji, lagi hebat ALLAH menguji insan lain. Ya Ujian Aku, Kamu Dan Mereka Tidak Pernah Sama. Kita tidak ada jalan lain melainkan kena hadapi. Pernah menulis di status Facebook aku. Berbunyi begini:

Apabila kita ditimpa ujian oleh ALLAH, kita tiada pilihan. Melainkan hanyalah 2 perkara. 
1) Berusaha teruskan hidup. 
2) Mati.





Ada yang salah faham dengan kenyataan kedua. Maksud mati dekat sini ialah kita sudah hilang upaya untuk berusaha. Masalah-masalah hidup yang dirasakan rumit. Buntu. Tiada jalan keluar. Lupa ALLAH. Dan akhirnya mengambil jalan mudah. Bunuh diri.

Maka, nak tak nak perkara pertama menjadi pilihan.

Di saat ini teringat lagu nyanyian sahabat aku, Imam Muda Asyraf and the gang. Lagu bertajuk Ujian Hidup. Dah berpuluh kali aku putarkan. Bait-bait lirik yang bagus. Intonasi lagu yang baik. Berkesan jugak merawat hati yang sedang rawan. Berkesan jugak untuk lebih memahami erti sebuah kehidupan.


Ujian Hidup - Imam Muda
Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan
Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana
Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi
Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini
Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana
Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandangan Samar
Biarpun Hidup DigodaUjian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya


Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi
Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini



Belajar menerima hamparan kenyataan dengan baik. Dugaan bukan untuk melemahkan kita. Sebaliknya menguatkan. Menguatkan hati dan diri. Kita akan lebih kuat dan terus melangkah gagah sekiranya asas yang dibina sungguh utuh dan kuat. Belajar mencari jalan penyelesaian di setiap segala macam masalah. Teruslah usaha, usaha dan usaha lagi. Doa juga disusuli dengan tawakal.

Jangan sesekali membuat perbandingan dengan orang lain. Kamu tempuh itu tidak semestinya orang lain jugak akan alami. Kamu tidak dapat itu bukan bermakna ALLAH tidak adil. Malah ALLAH kasih pada kamu. Pernah juga menulis di entri Kesedihan Hanya Melumpuhkan Anda. Berhentilah Menangis Dan Terus Melangkah Gagah. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.


 


Itu sahaja. Moga kita pergunakan sebaik-baiknya malam-malam terakhir Ramadhan. ALLAH telah sediakan satu malam yang lebih baik dari seribu malam. Lailatul Qadar. Anda mahu lepaskan?  

Wassalam.

Hami Asraff:

"Bersyukur dengan apa yang ada. Redha dengan apa yang tiada. InsyaALLAH ketenangan pasti dirasa."



You Might Also Like

43 Comments

  1. seperti biasa..entry kamu x penah mengecewakan..

    ReplyDelete
  2. entry ni sgt memotivasikan diri..
    orang yg tiada masalah ialah org bermasalah...

    ReplyDelete
  3. Ujian ada dua, bentuk kesusahan dan juga kesenangan. Manusia selalu tersedar dia diuji apabila diberi ujian kesusahan sedangkan tidak sedar diri sedang diuji apabila Allah beri nikmat kesenangan kepadanya :)

    Bersamalah bangunkan ummah, sebarkan ilmu. salam alaika..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Nice..suatu entry yg sgt membina.
    DIA memang berhak memberi kita ujian.Memang benar ujian hidup kita berbeza.Saya pernah mengalaminya,tetapi setakat ni belum pernah share prob dgn kawan2.Alhamdulillah dapat atasinya.
    Bila difikirkan balik ujian itu sebenarnya peluang utk kita mendekatkan diri kepadaNYA...so pandanglah ujian itu dari sudut positif & dari situ kita dapat perbaiki kelemahan.Disebalik setiap ujian ada rahmat yang tak kita sedari..ALHAMDULILLAH..

    *sorry terbebel panjang kat sini..baca entry ni sambil dengar lagu ujian hidup...huhuhu...mmg touching.. :')

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    entry yang mampu memberikan kekuatan pada hati yang sedang ketandusan ketenangan...terima kasih saudara,
    Allah tidak akan memberikan ujian kepada kita sbg hambaNya melebihi kemampuan diri kita,bukan?..."setiap kesulitan pasti ada kemudahan"...
    akhir kata,teruskan menulis entry yang menjadi pembangun jiwa untuk semua...

    _blogwalker_

    ReplyDelete
  6. Teringat kata Dr Muhaya, org yg berjaya itu yg melihat masalahnya 20% shj, 80% lg ialah actions dan strategi utk selesaikan masalah tu. (lebih kurang begitu lah)

    Thumbs up utk entri ini :-)

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum

    Benar,setiap drp kita berbeza ujian dan dugaan yang diberi olehNYA.

    namun pilihan di tangan kita semua sama ada melihat ujian tersebut satu bebanan mahupun hadiah buat diri kita.

    Andai dirasakn seperti "hadiah" buat dri kita.Kita akan merasa tenang dan gembira melaluinya seumpama saat kita menerima hadiah daripada sahabat.

    andai diterima sbg satu bebanan kita akan merasa berat n sukar dalam melaluinya seumpama memikul muatan yg begitu berat hingga kita tidak mampu untuk brganjak utk smpai ke destinasi.

    terima ats peringatan ini.

    http://tintacintahatiku.blogspot.com/2011/08/kad-jemputan-daripada-allah.html

    salam ramadhan al-mubarak.

    ReplyDelete
  8. teruskan perjuangan walau apa yg berlaku

    ReplyDelete
  9. ujian ALLAH beri pada mereka yg mampu shj... :)

    ReplyDelete
  10. @NUR SU'AIDAH:

    Ya benar. Kebanyakkan dari kita hanya fikir kesusahan sahaja ujian hidup dari ALLAH. Tetapi lupa bahawa kesenangan hidup jugak adalah salah satu ujian dari ALLAH Taala. Moga kita sentiasa ingat akan hakikat ini.

    ReplyDelete
  11. @faiezah hamzah:

    Waalaikumussalam. Positifkan diri dalam semua keadaan dan situasi. Suatu hari kelak pasti kamu akan memahami. Takpa, bebel lah panjang-panjang pun. Tak kisah :)

    ReplyDelete
  12. @Anonymous:

    Waalaikumussalam. Menulis untuk diri sendiri terlebih dahulu. Sekiranya terbias pada yang lain, alhamdulillah. InsyaAllah akan terus menulis. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. @NS:

    Tindakan itu yang paling penting dalam menangani sebarang masalah.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. @NooR AzLen BinTi HaRoN:

    Waalaikumussalam. Sekiranya manusia nampak akan ganjaran kebaikan yang diberikan, pasti ramai yang berebut meraih kesabaran :)

    ReplyDelete
  16. @wanie m'nJ:

    Kalau tak mampu, itu putus asa namanya :)

    ReplyDelete
  17. i like ur entry..
    sentiasa memberi motivasi untuk diri ni..
    thank a lot bro..
    =D

    ReplyDelete
  18. btol3...
    entry yg sgt baik...
    sy slalu jugak hadapi masalah tp xtahu nak buat mcm mane..
    mungkin boleh try cara yg kawan hami asyraf ajar tu =)
    try tgk keberkesanannya..

    ReplyDelete
  19. Entry yang boleh buat sy berfikir selepas membacanya.Penulisan anda sgt baik.Tahniah.

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah, saya suka 'tips' yang terselit. ak pernah terfikir untuk senaraikan masalah dan tulis penyelesaiannya. Selalunya penyelesaiaan cuma di congak di minda sahaja. Saya kira menulis itu lebih teratur dan mudah untuk kita semak kembali.

    Ujian yang datang dari allah tidak lain tidak bukan sebab Allah nak angkat darjat, allah sayang dan untuk lihat iman kita.

    ReplyDelete
  21. @hana:

    Terima kasih. Sebenarnya sentiasa memberi motivasi kepada diri sendiri terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  22. @ViOlEt:

    Bila tulis baru nampak jelas masalahnya.

    ReplyDelete
  23. @RULZA:

    InsyaAllah lepas ni boleh cuba tips tu :)

    ReplyDelete
  24. selama ni hanya silent reader di sini :) setiap kali baca entri di sini, ada sahaja input baru yang diperoleh.. :) terima kaseh atas perkongsian! :)

    p/s : takkan terasa manisnya hidup andai tak dilambung gelora :)

    jazakallah! :)

    ReplyDelete
  25. "Allah beri ujian, namun Allah tetap hantarkan bantuan"

    terima kasih kerana entry ini juga merupakan satu bantuan untuk diri yang diuji ini..

    ReplyDelete
  26. @Queen F:

    Terima kasih sudi baca. Itulah hakikatnya insan yang bergelar manusia :)

    ReplyDelete
  27. @ina:

    Sama-sama. Moga kita dapat hadapi semuanya dengan tenang. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  28. >(",)< aku masih mencari-Nya... bantulah aku mencari keredaan-Nya...terasa amat kerdil diri ini di sisi-Nya..semoga aku tidak lupa walau sesaat pun, jangan terleka dengan urusan dunia..ingatkn diri ini bahawa yang menanti adalah di sana..yang kekal abadi selamaya ♥.

    ReplyDelete
  29. Saya pernah rasa sedih yang amat suatu ketika dulu...dalam keadaan kita bercelaru dan serabut,syaitan mudah nak cucuk2...masa tulah ada seorang kakak nasihatkan saya baca bismillah50x dengan khusyuk...insyaAllah jiwa yg tgh meracau masa tu,tenang sedikit demi sedikit...

    ReplyDelete
  30. entry yang sangat memotivasikan diri ni disamping otak tengah kusut fikirkan masalah dan dugaan yang sedang menyerabutkan kepala...insyaAllah akan hadapinya dengan tabahnya...huuu~

    ReplyDelete
  31. ‎"Tatkala Allah makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
    pabila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
    pabila DIA tidak pula makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yg terbaik untukmu..
    Bersangka baiklah pada Tuhanmu yg Maha Esa... kerna DIA lebih mengetahui apa yg terbaik utk kehidupanmu di dunia & akhirat..."

    ReplyDelete
  32. hidup ni takkan sunyi daripada ujian kan.. sedangkan belajar yang beberapa tahun pun ada ujian inikan pula hidup..

    tapi, tips yang hadapi masalh tu nak try lah nanti.. boleh namapk dengan jelas apa yang kita hadapi kan.. =)

    ReplyDelete
  33. Baru baca entry ni. Alhamdulillah terkesan. Ya masalah tak pernah lari, tapi lari daripada maslah tak mengubah apa-apa. Maka hadapilah semuanya. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah.Semuanya bakap berakhir.Bersabar itu perlu.

    ReplyDelete
  35. Salam, sangat membina...tq for sharing... :-)
    Andai diuji dengan kepayahan...maka ingatlah ramai lg yg payah...dan andai diuji dgn kemewahan...maka beringat-ingatlaahh...lagi besar dugaannya...
    **peringatan untuk diri agar tidak mudah dan tidak akan akan lupa diri dgn segala yg dipinjamkanNya...**

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe